Monday, March 31, 2014

We FIGHT together DAD.





Lama sangat tak update blog. Ini adalah perkongsian saya mengenai ayah yang rasmi. Saya tak pernah lagi bagitau mengenai ayah kat FB, Twitter & Instagram apa sebenarnya yang ayah saya sedang alami sekarang. So sesiapa yang baca Blog ni, kira orang first yang tau pasal ayah. Saya cuma pernah beritahu yang ayah sakit tapi tak bagitau perkara sebenar :(

Siapa yang tahu simbol reben pink kat gambar ni mesti tau apa.

Ye, ayah saya telah didiagnoskan menghidap Kanser Paru-Paru sebulan yang lepas. Agak berat untuk beritahu semua ni. Tapi kena juga bagitau sebab ramai sangat yang bertanya.

Kami sekeluarga dah tau pasal ni, selepas pembedahan pertama ayah lagi iaitu VATS (Video assisted thoracoscopic surgery) . Selepas keputusan VATS keluar, Doktor jumpa ayah , mak dan semua ahli keluarga di Klinik Respiratori, QEH. Masa tu, saya dah balik KL. Memang pahit untuk dikenang kembali T____T

Masa tu adik bagitau. "It's POSITVE" Ayah ada Cancer.. Adik share gambar mak kat wechat. Mak menangis bila dapat tau ayah ada Kanser. Terasa gelap sekeliling. Semua broke down masa tu. Semua ahli keluarga bersedih. Saya pitam dalam tandas tempat kerja, nasib baik ada Doktor sambut saya daripada jatuh. Tapi cakap dgn kengkawan xmakan lagi. Konon2 pitam sebab hypo. Taknak bagi diorang sedih. Masa tu menangis teresak esak sebab dah tau ayah ada Kanser. Tak boleh berdiri masa tu. Tuhan saja yang tau perasaan saya ketika itu.

Sedih yang teramat sedih tak dapat digambarkan.Kalau la boleh dipindahkan penyakit tu kat saya :(

Tapi adik bagitau, ayah nampak tabah. Dia langsung tak menangis. Ayah diam je masa tu. Lepas dapat tau pasal tu, terus sms ayah, yang ayah kena tabah. Sedangkan dia tak tau yang anak dia ni yang tak tabah sebenarnya. Tak sanggup call ayah masa tu sebab saya tau yang saya tak cukup kuat untuk tahan menangis. Ayah siap pesan, buat masa ni jangan bagitau sesiapa dulu. Ayah takut saudara mara dan lain2 terkejut dengan berita ni.

Harini dah dekat sebulan ayah suffering from Lung Cancer. Keadaan ayah nampak teruk disebabkan batuk berpanjangan sejak dari hari pembedahan hingga ke hari ini.

Ayah tak dapat tidur dengan baik. Sehari dapat tidur dalam 3 jam je. Selebihnya batuk non stop. Berat badan pun susut dengan mendadak. Kurang selera makan & kadangkala taknak makan. Sedih sangat dengar adik, mak, abang & kakak ipar cerita. Tak sanggup tengok ayah sengsara macam tu. Adik bungsu dapat ambil cuti tanpa gaji buat masa ni. Nasib baik permohonan dia diluluskan. Alhamdulillah.

Kadang - kadang masa kerja, teringat ayah, sampai kerja pun tak berapa menentu. Rasa nak berhenti kerja pun ada. Baik jaga ayah. Bila lagi nak berbakti kepada ayah sendiri. Penat2 je belajar jadi staff nurse T_____T

Saya yang di kejauhan ni, tak tau apa nak buat. Jumaat lepas, review ayah ke QEH lagi, Adik bagitau yang ayah kena buat Prosedur PET Scan kat hospital tempat saya berkerja. Alhamdulillah. Dapat jumpa ayah minggu ni. Tapi ayah kena kuat untuk naik flight. Tekanan udara di awan biru amatlah rendah. Risau pula , InsyaAllah ayah ada surat kebenaran menaiki Flight & membuat rawatan susulan di sini nanti.

Hopefully ayah kuat semangat untuk melawan Kanser. Tak sanggup tengok ayah macam ni hari hari. Saya akan cuba tolong ayah setakat yang termampu. Niat nak refer ayah ke Institut Kanser Negara. InsyaAllah..

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Saya akan update lagi mengenai progress Ayah nanti. InsyaAllah.


Together we FIGHT for Cancer!!
Be strong DAD!
We're all with you.


4 comments:

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin