Saturday, March 1, 2014

Dad Discharge from Hospital.





Salam Sabtu semua.

Lama sangat tak update blog selepas bapa buat operation 12hb Febuari lepas. Bukannya apa, cuma saya diserang demam selsema yang teruk atau dengan istilah medicalnya "Acute Pharyngitis" :Jangkitan pada pharyngs

Tekak pedih gila. Batuk berkahak, berhingus non stop , gatal tekak , demam panas etc. Dah la dengan cuaca kering sekarang ni. Memang bertambah tambah lah susah nak baik sakit saya ni. InsyaAllah esok, habis makan antibiotik & hopefully sihat lepas ni.

Berbalik kepada keadaan Bapa saya pula, Bapa telah discaj dari Hospital Queen Elizabeth II, Selasa lepas ( 18hb Feb 2014 ) Telah pulang ke rumah untuk berehat dan akan mulakan rawatan susulan Jumaat ni ( 7hb Mac 2014 )

InsyaAllah saya akan balik minggu depan untuk menemankan bapa sebelum rawatan tersebut. Doakan yang baik2 untuk bapa saya. Semua dah boleh terima keadaan ayah sekarang. Walaupun sangat perit untuk ditelan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul :(

Sayang BAPA.


No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin