Seperti yang dijanjikan.. saya nak share dengan uolls semua masa JJCM kat Paradigm Mall. Jalan jalan hari tu memang actually nak cari makan je. Takde niat pun nak shopping tau.heee... Oh ye, Sesiapa yang tak pernah ke Paradigm Mall lagi, shopping kompleks tu bestttt sangat!! Rasanya banyak kedai yang best best macam kat Setia City Mall juga.. Apa yang best lagi, kat sana ada SEPHORA!! Omg!! nanti nak memborong kat Sephora pula :)
Hari tu pakai tema Electric Blue katanyer :) Neidal & yiyen pakai baju H&M sebab memang suka pakaikan diorang baju yang sedondon :)
Mula mula, kami gi makan dulu.. Restoren pertama yang kami jumpa, Nandos. Oleh kerana dah lapar sangat, so kami terus masuk dan makan. Tak sempat gi cari restoren lain dah.. Seperti biasa, oder quarter meal with 2 side dishes. Saya confirm akan order coleslaw & nasi :)
Neidal tiba tiba nak patung Mickey mouse hari tu sebab kebetulan Toys R us ada buat promotion kat ruang legar concourse. Terpaksalah saya beli biskut lollychoc yang ada Mickey mouse..
Bila dapat, dia terus senyap. Nasib baik :) So bolehlah saya teuskan agenda bershopping saya dengan tenang ^_____^
Koleksi Hello Kitty kat H&M hari tu.. banyak design baru daripada yang kat Lot 10 dan Setia City Mall.. Siapa yang gila dengan brand Hello Kitty ni, wajib gi H&M. Ada baju, beg tangan,rantai etc etc..
Best gila pegi hari pembukaan sebab banyak Opening price Sale!!
Jangan tak percaya, Dress cantik ni saya beli dengan harga RM12.90 jerr each!! instead of RM49.90 tau!
mula mula terkejut juga dengan harga dia..bila check balik, memang itulah harga promotion dia..
Terus grab 4 pieces.. total pun dalam RM50 lebih je. Berbaloi baloi :)
Dress ni saya belikan untuk Yiyen & cousins dia Audra, Audri dan Mia.
Hasil Shoppingan yang saya grab kat H&M Paradigm Mall hari tu. 7 pieces at only RM160++
Sila percaya! Oh ye, Tshirt Hotwheels Neidal tu, normal price RM39.90 tapi saya dapat dengan harga RM7.90 je.
Koleksi pakaian H&M ni memang memikat hari. Kain dia pun memang berkualiti. So Uolls takkan rugi berbelanja kat H&M. Hari raya nanti, InsyaAllah nak borong baju kat sini lagi :)
Sebelum pegi H&M tu, uolls pilih dulu apa yang berkenan kat
Website H&M Malaysia ok, sampai sana, dah senang nak beli apa. hehe.. Selamat bershopping uolls!! Sabtu atau Ahad depan saya pun nak pegi lagi..
Jumpa di sanaaaaaa!!