Apa yang saya nak ceritakan disini hari ni adalah mengenai Hari bersalin hari tu..iaitu pada 28hb April..
Syukur Alhamdulillah kerana tiada apa2 masalah besar berlaku semasa dalam proses bersalin..
Tapi Sebelum itu..ada lagi satu perkara saya nak bagitau disini..
Semua dah maklum mengenai kepergian datuk sebelah bapa kan..
Semalam,Selesai sahaja pengkebumian datuk pada sebelah pagi bertempat di perkuburan Orang Orang Islam,Pekan Lama Kota Marudu,Sabah..
Petang itu saya mendapat pula berita yang amat mengejutkan iaitu, Adik saya..Yohana,
telah mengalami kemalangan jalanraya pula di Kota Belud,Sabah bersama seorang kawan Vivi..
Kakak sulung yang menelefonku mengenai perkara tersebut..semua ahli keluarga terkejut dan bergegas ke tempat kejadian yang terletak 1 jam dari rumah...
saya cumalah mampu menunggu berita dari keluarga memandangkan saya berada di KL...
Kereta Toyota Hilux yang dipandu adik hancur remuk kata abang...
saya berasa amat susah hati mengenai keadaan adik saya..bapa beritahu yang adik dah otw ke hospital Kota Belud..
dia dihantar oleh org yang lalu di kawasan itu..Bapa dgn ahli keluarga lain pun belum mengetahui keadaan adik lagi..
Saya cuba menghubungi beliau tapi xdapat..cuba call sekali lagi baru dia pick up the phone..
dia bgtau yang dia pening dan sedang dlm perjalanan ke hospital...
selang beberapa jam selepas itu,kakak bagitau yang kepala adik sedang dijahit kerana kulit kepala koyak 2 inci di bahagian kiri belakang kepala..
bengkak & lebam everywhere..tapi adikku sangat bernasib baik kerana tiada kecederaan dalaman berlaku..dia dan vivi dirawat sebagai outpatient sahaja tanpa perlu admit wad..
Syukur Alhamdulillah kerana mereka terselamat..walaupun kalau melihat keadaan kereta yang remuk teruk itu..
(nanti akan ku ceritakan di entry lain psl kemalangan ini)
Allah maha Adil..
Amin..
Ok enough for that..berbalik kepada tajuk sebenar..
*******
Sekarang nak cerita mengenai hari bersalin hari tu pula..
Pada 27hb april:
8am : telah ada tanda2 Show
11am : sekali lagi show kelihatan
(oleh kerana masih berada dalam kursus selama tiga hari..saya masih menganggap ianya mungkin tanda2 awal sahaja.cuma memberitahu kawan rapat sahaja..ini kerana bimbang dimasukkan ke wad dan cuma tinggal sehari lagi untuk menghabiskan kursus Laktasi tersebut..
Habis course utk hari kedua,
pada 5pm: balik ke rumah..
11pm: telah mula merasa senak2 perut..
1.30am: kontraksi telah bermula dengan kerap setiap 1:10 minit
3.30am: kontraksi semakin kuat dan kerap iaitu 2:10minit
4.00am: kejutkan suami untuk ke hospital
sempat mandi lagi ok..manatau proses bersalin lambat..
xnak lah busuk2 masa bersalin kan..
5.00am: admit Labour Room:
Doktor mengatakan bukaan os baru 2cm dan akan memeriksa lagi 4 jam kemudian..
sepanjang 4 jam itu,kontraksi yang amat kuat kurasakan..rasanya setiap 3 minit..tuhan saja yang tahu betapa sakitnya kontraksi...rasa macam nak cabut je penghadang katil tu..
sebelum tu saya ada meminta Epidural Anaesthesia memandangkan saya seorang Jururawat Bius dan tahu kesan2 dan kebaikkannya semasa proses bersalin..itupun kalau sempat kataku..
Tapi xsempat pun.. :(
Epidural anaesthesia boleh diberi jikalau bukaan os telah 3 cm..dan jika diminta oleh pesakit..
Ini adalah untuk mengurangkan sakit kontraksi dan semasa menjahit episiotomi jikalau ada..
9.00am: seorang jururawat memanggil ku ke bilik pemeriksaan..untuk mengetahui bukaan os ku..
Dr.S yang juga kawan ku,memeriksa dan amat terkejut kerana bukaan os telah 8cm..
keadaan menjadi kelang kabut apabila mengetahui yang aku telah berada di peringkat ke3 proses bersalin..
Kata Dr.S...xsempatlah kak sept nak bagi epidural..sbb dah 8cm..
its ok kataku..yang penting nak keluarkan baby je skrg..
Seorang jururawat membawa wheelchair untukku tapi aku rasa baik aku berjalan sahaja ke bilik bersalin yang terletak hanya bersebelahan dgn bilik pemeriksaan itu..
aku meminta untuk ke tandas sebentar kerana merasa ingin pass urine..
Dr.S mengetuk pintu tandas mengingatkanku agar tidak meneran..
Aku mengiakan walaupun kontraksi yang amat kuat ketika itu..
rasa ingin menangis pun ada tapi ku tabahkan hati..
kedengaran dibilik sebelah ku menjerit2 kesakitan..aku cuma mampu mengetap gigi dan membaca selawat sahaja..
*kepada ibu2 mengandung sekalian..jangan lah terjerit2 semasa nak bersalin kerana itu hanya akan memenatkan kita sahaja dan tenaga akan hilang..bacalah semua selawat dan ayat2 suci yang sempat diingat masa tu ok *ini petua supaya senang bersalin..
selesai ke tandas,aku diminta ke katil bersalin..
bermulalah proses teran meneran :)
oh sebelum itu,suamiku di benarkan masuk,memandangkan Hospital ini ialah
"Husband Friendly"
Aku sangat terharu apabila suami dapat berada disisi ketika proses bersalin itu..
Semangat menjadi kuat untuk meneran walaupun ianya amat payah sekali..
rasanya 4 kali teran baru aku berjaya melahirkan...
Bayi Lelaki yang seberat 3.48kg..
phewww...patutlah susah nak keluar :p
Jururawat terus meletakkan ke dadaku...aku amat terharu (T_T) sekali..
"tiada kata yang dapat diucap selain kelegaan selepas melahirkan.."
Syukur kehadrat Allah SWT kerana memberkan aku anak yang sihat dan cukup sifat..
itu sudah memadai..
8.30pm: setelah baby boy kencing dan berak serta keadaan ku dan baby semuanya stabil,kami di benarkan pulang pada malam itu juga..ini juga adalah permintaan ku kerana memang aku tidak suka duduk dalam wad lama2..
Maka bermulalah hari berpantang dirumah sehinggalah ke hari ini..
Dibawah adalah beberapa gambar baby dan masa bersalin hari tu..
Lets have a look..
Thankful fo Mommy!!
(gambar hari ke3)
ni masa kat rumah dah pun...
(gambar hari ke2) bersama patung yang telah di pilih oleh yiyen sendiri masa pegi ikea hari tu..
"ini utk adik..nama dia 'PUPU'
hei..mentang2 lah dia ada 'MUMU' :)
*baju sama ada LOVE ok*
Gambar hari pertama.. (sesampai di rumah terus rasmi baby cot dia.hehehe..)
Ini adik saya Yohana
*yg accident* bersama baby boy selepas discaj malam tu.
Muka gembira seorang Kakak :)
Aku yang baru 30minit melahirkan..
muka baby boy masih biru lagi..
Papa n his Hero!!
Yiyen for the first time met her brother!
muka Happy sangat!
Oh My Baby!!
Syukur Alhamdulillah...
Uppsss...
Coklat Bounty ini adalah pemberian sahabat baik ku,Syaidatul..
sehari sebelum aku bersalin..dia tau yang aku amat menggemari coklat ini dan dia hadiahkan kepadaku untuk dimakan sebelum bersalin..
lepas pantang kan xboleh makan,sbb coklat ini mmg full of coconut!
hmmmm..xsabar nak jamah coklat ni lagi...
Thank u so much BFF!
Yang ini pula..sempat kujamah setelah selesai kursus pada hari ke 2 iaitu sehari sebelum bersalin juga..nasib baik...oder Milo ais kaw kaw pula tu...hmmm terus terliur..
thanks to Kak Zura sbb belanja kami :)
Sepanjang bersalin ini..rasanya dapat makan semua apa yang diidamkan..
terutama sekali Choc Iced Blended yang mmg hari2 ku minum..
tanyalah siapa saja..semua dah maklum yang aku amat menggemari Choc Iced Blended untuk my 2nd pregnancy ini sampai sanggup beli ais dan blend sendiri di rumah..
kuat sungguh penangan ais ni...
Ini dia muka si ibu mengandung sehari sebelum bersalin..
masa ni dah keluar 'show' tapi muka rileks je kan...
hmmmm...buat apa nak tension,semua perempuan akan mengalaminya juga..
yang penting bawak banyak2 bersabar dan jangan terlalu tertekan..
Pasti semuanya ok!
Sebagai penutup...
terimalah gambar diatas ini sebagai pencuci mata..hehehehe...
Ini adalah Baby Shower Gift dari seorang Kawan :) *biarlah rahsia*
iaitu *Burberry Wristlet* ehem!!
terbeliak mataku bila menerima gift ini..
hmmmm....kalau mcm ni..mengandung every year pun xpe..
awwww...x mungkin!
Anyway,
Thank u so much kawan..u know who u are..
~Sekian cerita bersalin ku~
terima kasih kerana sudi membaca..
buat kawan2 yang akan bersalin xlama lagi...tabah kan hati ok..
wish u all the best!
p/s: nama baby boy..di lain entry k..