Friday, April 8, 2016

Allahyarham Bapa dalam kenangan ( Ditulis pada 08.04.14 )



Truly Madly Deeply rindu Bapa.

Tidak dapat membendung airmata dari berlinangan harini. Teringat masa arwah Bapa dtg KL utk menjalani prosedur PET Scan tahun lepas pada tarikh harini 8/4/14. Genap setahun.

Mana mungkin dapat saya lupakan sebab 9 hari sebelum Bapa menghembuskan nafas terakhir, bapa ada di rumah saya ( Kota Kemuning, Shah Alam ). Terasa baru seminggu bapa meninggalkan kami semua. Rupa rupanya sudah dekat setahun. Saya teramat rindu bapa. biarlah betapa banyak gambar kami yg nampak happy tapi deep inside our soul sangat kosong. Orang yg kehilangan berpuluh tahun pun masih bersedih dengan kehilangan. Inikan pula yg tak sampai setahun.

8 April 2014, Bapa dijadualkan untuk menjalani ujian PET Scan, satu prosedur dimana utk detect samada kanser Bapa telah merebak kemana mana bahagian lain badan atau tidak. Balik dari PET Scan dan Bapa berehat dirumah saya. Malam 8hb tersebut, bapa suruh saya cari tiket flight balik Sabah. I know there's something dlm fikiran Bapa. Sebab tiket balik sepatutnya 10hb & telah dibeli & confirm. Bapa suruh juga beli tiket lebih awal utk Balik Sabah.

9 April 2014, Bapa, mama, Cheng2, kakak & anak buah, Amirah balik Sabah dengan tiket yg baru sebab Bapa mau balik Sabah secepat mungkin. Saya sudah merasai kelainan Bapa. Bapa kurang bercakap, sesak nafas, susah berjalan dan sgt lemah masa ni. Naik kerusi roda lagi. Hantar sampai balai perlepasan, salam bapa, cium tangan, Bapa cium dahi saya & thats it. Saya bgtau Bapa yg saya akan balik Sabah nanti utk bwk result PET Scan. Dan Bapa angguk. Lambaian terakir Bapa masa di lapangan terbang haritu adalah lambaian terakhir seorang ayah terhadap anaknya yg akan dikenang sampai bila2. Sobsss..

10 April 2014, Bapa berada di Kota Marudu, tapi keadaan bapa semakin teruk.

11 April 2014, Bapa bawa semua ahli keluarga yg berada di rumah Sella Pink, Kota Marudu utk tengok sekeliling rumah, binatang ternakan & tanam tanaman Bapa. Masa ni semua sedih sangat  sebab Bapa seolah olah ingin mengucapkan selamat tinggal utk semua. Seolah ingin beritahu, inilah kali terakhir kita akan bertemu. Adik hantar gambar ke wechat masa Bapa jalan sambil dipapah abang utk semua ni. Saya yg berada di KL masa tu, can't stop crying.

12 April 2014, Bapa dimasukkan semula ke wad 7C Kenanga , Hospital Queen II , KK atas sebab kesihatan yg semakin merosot.

13 April 2014, Keadaan Bapa semakin teruk tapi mampu makan bubur ayam McDonald yg dibeli oleh adik Bapa, iaitu Pakcik Ustaz Numan. Bapa makan dengan berselera sekali sedangkan sebelum itu, bapa tiada selera makan dan susah makan. Ini diceritakan oleh abg William & ahli keluarga lain yg berada disisi Bapa masa Bapa sdg makan. Kesungguhan Bapa makan, berlainan sekali. Siapa sangka itu makanan terakhir Bapa.

14 April 2014, Seawal jam 12 malam keadaan bapa semakin merosot sampai bapa tidak sedarkan diri bila dipanggil oleh Doktor. Urgent CT Brain dilakukan & Kelihatan kanser Bapa telah merebak ke bahagian kepala Bapa. Bapa telah di intubasi  oleh Doktor dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Saya & keluarga telah mengambil tiket paling awal utk balik hari itu juga.

15 April 2019, Berada disisi Bapa walaupun Bapa sudah tidak sedarkan diri. Masa ni hanya Tuhan yg tahu betapa hancurnya hati saya tidak dapat berjumpa Bapa masa Bapa sedar. Kali terakhir berjumpa bapa adalah masa hantar ke airport 9hb itu. Melihat tapau makanan dgn nama Bapa tertera diatas polisterin lagi buat saya terduduk & menangis memahunya. Apakan daya Bapa sudah tidak boleh makan.

16 April 2014, Doktor bagitahu yg keadaan Bapa memang semakin teruk. Kami memujuk para doktor agar dpt berbuat apa2 sementara menunggu adik dari USA sampai.

17 April 2014, Bacaan Yasin, doa selamat dilakukan setiap malam walaupun di hospital. Berharap jikalau ada keajaiban berlaku. Berharap sesungguhnya biarlah Bapa sedar & kembali sihat seperti biasa.

18 April 2014, Setiap pagi masuk CICU utk lap badan Bapa, bacakan surah Yasin untuk Bapa & untuk mengetahui progress Bapa. Tapi kenyataan menyedihkan dari para doktor kerana kesemua organ dalaman bapa telah merosot. Keputusan darah dan sebagainya. Transfusi darah pun tidak membantu. Bapa sudah tidak sedar diri selama 5 hari.

19 April 2014, Adik Yohan sampai dari USA, dalam jam 12 tengahari. Masa tu kesemua ahli keluarga berkumpul depan Bapa & memeluk Bapa. Bersyukur yg adik sempat jumpa Bapa sebelum apa2 berlaku. Detik 3.45 petang, Bapa disahkan meninggal dunia selepas CPR & defibrillasi. Kami pasrah.

A date to be remembered 19th of April 2014 at 3.45pm T_____T

Selama lamanya.
We miss u dear DAD Tawith Sungkit
ALFATIHAH.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin