Malam semalam mimpi BAPA. Dan lepas balik kerja shift petang tadi, sambil makan, tiba-tiba sebak dan RINDU Bapa. Memang selalu rindu sebenarnya tapi tahan perasaan tu.
October 19th, 2014 yang lepas, telah genap 6 bulan pemergian Allahyarham Bapa. Hati selalu berkata, kuatkan semangat Bingo. Jangan terlalu bersedih dan emosi. Sebab bila genap 19hb setiap bulan mesti saya akan teringat Bapa. Sempat menghitung berapa lama Bapa & Mama hidup bersama sebagai suami isteri. Dalam 38 tahun lamanya. Memang sudah lama. Kenangan manis selama itu pasti mama tidak dapat lupakan. Saya kira semuanya manis manis belaka sebab Bapa sangat sangat sayangkan mama. Bapa terlalu mengambil berat mengenai kesihatan mama. Contohnya, Sebelum naik flight, atau ke mana2 mesti bapa ingatkan Mama jangan lupa bawa Inhaler, kalau dah habis terus ke hospital atau klinik untuk ambil stok walaupun flight tinggal beberapa jam lagi. Sebab mama ada penyakit lelah/asma. Lepas tu, setiap kali mama ada appointment berjumpa Doktor, bapa yang akan tulis dalam diary dia & ingatkan mama. Bukan untuk mama je, untuk kesemua anak2 dan cucu pun bapa buat macam tu. Bapa akan remind remind dan remind berulang kali jikalau ada sesuatu tarikh/appoinment yg penting untuk kami semua. Jauh2 kat KL ni pun Bapa akan wechat ingatkan saya makan ubat atau jumpa DR.
Masa belajar kat PPUM dulu, saya ingat lagi, masa tu ramai yang kena Denggi, Tiba2 dapat bungkusan poslaju dari Bapa.. Bapa poskan Kelambu berserta paku & tukul untuk saya. Bapa sanggup pos semua tu dari sabah. Rasa nak menangis pun ada. Bapa taknak anak dia kena Denggi. Dia tau masa tu saya baru belajar kat KL & xtau mana nak beli kelambu etc. Sedihnyaaa...
Beberapa hari lepas pula, mama ada send gambar Bapa dalam wechat family. Mula mula sekeping, dua keping, tiga keping, empat keping, lima keping.. cakap dalam hati, jangan nangis Bingo.. tapi bila mama send gambar sampai berbelas2 keping. Jantung laju & hati terasa sebak. Airmata panas terus mengalir laju. Saya menangis juga akhirnya. Masa tu sedang baring & baru nak lelapkan mata. Rasa sedih menyelubungi sebab keadaan bapa dalam gambar tu, cukup sihat dan tegap. Gambar Oktober/November tahun lepas.
Mama hantar gambar2 Bapa yang kebanyakkannya Bapa sedang buat kerja & Bapa tak sedar mama snap gambar tu. Mama bagitau, memang banyak gambar Bapa yang mama ambil, Bapa x sedar. Bila sedar, bapa kadang2 akan tanya, buat apa ambil gambar dia. Mama senyap2 je save dalam photo album HP dia. Saya rasa itulah rasa kasih sayang. Bila kita sayangkan atau suka seseorang, kita akan simpan & save gambar org tu tanpa pengetahuan dia kan.
Harini nak share beberapa gambar Allahyarham Bapa yang Mama ambil secara Candid. Bapa sedang angkat kayu, bapa sedang buat atap zink, bapa sedang pakai kasut boot, bapa sedang bagi ayam makan, semuanya Bapa sedang bekerja. Bapa seorang yang sangat WORKAHOLIC. Terlalu. Sampai lah suatu masa bila Bapa mula batuk2 ( Penghujung Oktober tahun lepas ) dan mula batuk berdarah. Disitulah bermulanya episod kisah duka bapa sebelum di diagnoskan menghidap Kanser Paru Paru Awal bulan Febuari 2014 ini.
Bapa masih merahsiakan dari kami sekeluarga selain mama, yang Bapa batuk berdarah sebenarnya. Bila tanya mama kenapa pergi hospital sedangkan bukan hari appointment, mama bagitau yg diorang ambil stok ubat. Sebab Bapa tak bagi mama bagitau kami. Terus terang saya bagitau disini yang apabila mama bagitau yang Bapa kena buat Xray, check sputum AFB & Mentaux test ( sebab suspected PTB ) saya dah mula risau. Itupun mama curi2 call saya sebab tak tahan bersedih seorang diri bila Bapa kena buat ujian itu ini. Saya balik Sabah pun secara senyap2 sebab nak temankan Bapa ambil result CT Scan haritu. Dapat result pula semua negatif dan normal. Maksudnya bukan TB. Bapa pula dinasihatkan membuat Ujian Broncoscopy. Juga normal. Lepas tu dikehendaki buat pula Ujian VATS ( biopsy paru2 untuk menentukan samada kanser atau bukan ) dengan bius penuh. Disitulah Jawapan dari kesemua persoalan diatas terjawab.
Bapa disahkan menghidap Kanser Paru Paru. Semua terduduk masa tu. Keputusan tersebut Doktor bagitahu di dalam klinik respiratori Hospital Queen. Masa tu ahli keluarga ada bersama sama Bapa untuk kuatkan semangat Bapa dan berharap itu bukanlah Kanser. Masa tu saya berada di KL dan sedang berkerja. Pitam di dalam dewan bedah bila dapat tahu pasal keputusan VATS bapa. Apa yang kami semua takutkan terjadi juga. Masa tu semua terdiam & masing2 tak tahu nak cakap apa. Tapi adik bagitau, yang Bapa masih mampu tersenyum. Hati bapa cukup cekal walaupun mendengar keputusan paling perit dalam hidup. Bapa terus bagitau kami semua, Jangan bagitau sesiapa. Alangkah sedihnya kami. Bapa taknak sesiapapun bersusah hati dengan penyakit dia. Sampailah pembedahan Lobectomy, barulah ramai ahli keluarga yang tahu dan ramai yang datang melawat. Ramai yang inbox & PM saya pasal keadaan Bapa. Saya tahu terlalu ramai yang sayangkan Bapa. Dalam ipad Bapa pun ramai yang inbox Bapa kat FB dia. Jangan risau kami baca kesemuanya. Cuma tak terdaya reply sebab keadaan tak mengizinkan masa tu. Saya menangis baca mesej2 dari saudara mara & kawan2 yg prihatin pasal Bapa. Thank u from the bottom of my heart.
Tapi bila tengok kesemua gambar2 ni, mesti saya akan terlalu sebak. Taip tulisan ni pun airmata menitik2. Sebab mengenangkan terlalu banyak lagi actually impian dan cita2 Bapa yang tidak kesampaian dalam Syarikat kepunyaan Bapa. Syarikat bapa baru nak berkembang sebenarnya di daerah KM. Tapi apakan daya, sudah ketentuan Ilahi Bapa pergi sebelum semuanya tercapai. AidilFitri tahun lepas, Bapa ada bagitau kami semua adik beradik yang dia ada nak bagitau kami adik beradik sesuatu ( bunyi macam suatu amanat yg penting ) . Tapi sampai ke hari ini, kami masih belum tahu apakah niat Bapa. Sedih sangat. Sebab Bapa bagitau, mama pun tidak tahu apa yang dia ingin beritahu. So memang tiada siapa yang tahu apa yang tersirat dalam hati Bapa sampai harini. Alangkah sedihnya.
Tetapi, walau apapun yang berlaku, InsyaAllah abang sulung saya akan uruskan Legasi Syarikat Bapa ini. Mudah mudahan akan terbuka peluang seluas luasnya untuk kita semua terutamanya buat orang2 yang berusaha dan bersabar. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi dikemudian hari. Yang penting usaha & berdoa kepadaNYA. Semoga hati ini terus Tabah, setabah hati Bapa. Amin ya Rabbal Alamin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment