Friday, April 8, 2016

Throwback March 06, 2015


March 6th, 2015 :

1) A year ago ( March 6th, 2014 ) at this very moment, Dad are fighting with one major operation removing his Right upper lobe lung. Undergone almost 11 hours of surgery, called Lobectomy. U are always gonna be our hero dear dad. Love u n miss u Pa, Allahyarham Hj Tawith Sungkit . April 19th, 2014. Al Fatihah. #repost from RT Wechat moment.

2) Husband just discharged from ward this evening. Admitted for four days after a minor surgery.

3) Eldest sister birthday today. Happy birthday NFM Kartini. Hope u had a great one.

4) Yiyen last day of Exam - week today ( Early year exam for Sekolah Kebangsaan - Standard 5 ) Hope the result are Good. InsyaAllah.

5) For the first time, i heard Neidal read his English school reading book, fluently. He is just 4+ . I am very excited about that & can't wait to share with you guys the video. Will upload ASAP.

There you go. A date to be remembered. A hectic week for me. Sad & Happy but Life goes on.

Allahyarham Bapa dalam kenangan ( Ditulis pada 11.11.14 )


Hari ini, Sebelas haribulan November dua ribu empat belas [ 11.11.2014 ] Allahyarham Bapa, Haji Tawith Bin Haji Sungkit, genap berusia 60 tahun.

Hati tidak mungkin akan bergembira seperti tahun tahun lepas lagi.
Hari yang kami semua adik beradik tunggu setiap tahun terasa hambar harini. Pertama kali tarikh 11.11 tanpa Bapa tersayang. Selalunya ada kejutan ataupun paling tidak, kiriman ucapan dari kejauhan.

Kebiasaannya masuk saja detik dua belas malam 11hb 11, saya akan terus sms / wechat Bapa bagi ucapan "HAPPY BIRTHDAY PA, I LOVE YOU. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki" Dan sudah pasti saya akan wish Bapa juga di FB , Instagram & juga Blog.

Dan saya akan dapat balasan / reply. "Thanks for the Birthday wish Ngo. Bapa sayang semua anak anak Bapa"

So, harini bila tidak dapat buat semua tu, perasaan terasa kosong. Tidak mahu terlalu bersedih dengan
kehilangan Bapa yang sudah masuk bulan ke 7 ini. Dan saya tahu mama , adik beradik lain mesti tengah melawan perasaan bersedih masa ni. Dan saya juga tahu yang saya akan terus tewas melawan perasaan bersedih ini.

Seawal pagi tadi, bertubi tubi mesej Wechat family masuk dalam HP. Saya tak sanggup baca lagi sebab saya tau harini Harijadi Bapa. I knew they'll post something yang akan mengganggu emosi saya. Maksud saya ayat-ayat yang akan buat saya sedih. Oleh kerana masih dalam keadaan bekerja sehingga jam 7pagi. Bila kawan shift pagi sampai, takeover kes & siap pass report. Tukar baju OT ke Uniform, saya melangkah longlai ke kereta. Belum sampai kereta, saya nampak seseorang macam susuk tubuh badan bapa sedang berjalan depan Hospital dan sedang pakai baju sama macam baju bapa. Baju warna hitam lambang kuda merah. Baju RL hadiah father's day dari kami utk Bapa beberapa tahun lalu. Airmata terus menitik laju. Kenapa saya nampak semua tu? Sampai dalam kereta, terus check msg Wechat family.. Menangis sepuas puasnya dalam kereta. Sebab memang apa yang saya sangka betul. Kesemua ahli keluarga ucap Selamat harijadi Bapa berserta gambar2 gembira kami dengan Bapa selama ini. Semua sedang bersedih..

Terbaca pula post Adik Yohana di FB mengenai Harijadi Bapa harini, lagi membuatkan saya tak berhenti menangis dalam kereta. Setelah beberapa ketika, tarik nafas panjang dan teruskan memandu balik ke rumah dengan perasaan yang sebak.

Malam semalam saya kerja malam terakhir utk shift malam, dan hari ini night's off. Selalunya kalau kebetulan saya cuti masa birthday Bapa, saya dah plan siap2 untuk balik ke Sabah atau Bapa & mama akan datang KL untuk sambut Harijadi Bapa. Bukan menyesali takdir ini tapi hati sayu sekali. Without fail, setiap tahun kami akan bagi Bapa satu atau dua hadiah istimewa sempena harijadi dia. Sayalah yang selalu jadi ketua planning apa hadiah nak bagi Bapa. Bincang dlm wechat & buat collections adik beradik. Bila Bapa dapat hadiah tu, pasti Bapa tersenyum dan akan cakap sesuatu yang akan buat kami juga tersenyum.
Itulah kegembiraan. The meaning of Love. Siapa pernah buat ni, pasti paham maksud kepuasan menggembirakan seseorang.

Sorry semua, Pada permulaannya, taknak tulis panjang panjang harini tapi, tertulis juga. Laju je jari ini menaip. Gambar di atas adalah gambar minggu lepas masa saya balik Sabah. Perkara pertama yang saya mesti buat kalau balik Kota Marudu, adalah melawat pusara Bapa. Perasaan bila balik kampung halaman tanpa bapa menyambut di Airport amat sedih saya rasakan sebenarnya. Selalunya bapa akan tunggu di luar pintu kereta sambil tersenyum, saya akan salam tangan bapa & bapa akan cium dahi dan angkat Beg saya untuk diletakkan di dalam bonet kereta. Bapa akan terus tanya, sudah makan Ngo? Kalau belum makan, kita singgah mana2. Selalunya hentian yang kami akan singgah sebelum balik KM dari KK ( jikalau sampai lewat malam
dari KL ) adalah McDonald dekat University Condo Apartment. Depan One Borneo. Sambil Bapa isi minyak kereta, kami akan makan di McDonald & teruskan perjalanan balik Kota Marudu.

Sedih kan.. Apa lagi yang amat saya terasa sekarang adalah, apabila setiap hujung tahun atau cuti sekolah, Bapa mesti akan rancang sesuatu untuk Family gathering samaada ke tempat2 riadah / pelancongan untuk semua ahli keluarga. Bapa begitu pentingkan semangat kekeluargaan. Bapa mahu kami semua bersatu dan gembira. Walau se simple2 jalan2 ke tepi pantai, mandi sungai ramai-ramai ataupun tidur di Kinabalu Park melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Itu sudah cukup bererti untuk kami semua untuk bersama walaupun sekejap. Sebab kami adik beradik tinggal berjauhan. Selalunya Saya dan adik, Yohan lah yang agak susah untuk balik kampung. Walaubagaimanapun,  InsyaAllah akan kami teruskan juga tradisi berkumpul satu keluarga ini walaupun tanpa Bapa. Kerana kami tahu Bapa pasti akan gembira melihat ini semua.

Semalam, Yiyen bagitau saya yang dia bermimpi jumpa Atuk, Yiyen ceritakan yang Kami semua satu keluarga  ( mama, bapa, adik beradik, cucu, menantu ) berada di satu kawasan luas macam di lereng bukit, Berjalan2 dan naik bukit. Lepas tu Yiyen bagitau yang semua dapat salam dan peluk Atuk satu persatu sebelum Atuk bagitau yang dia hendak pergi. Sebak saya dengar masa Yiyen cerita semalam. Mungkin Bapa ingin berjumpa kami semua sempena Harijadi dia yang ke 60 ini. Sobss..

Dihari yang berbahagia ini, saya memohon dari semua agar dapat sedekahkan AlFatihah atau bacaan Yassin untuk Bapa dan mendoakan kesejahteraan Bapa di Sana. Itu sajalah yang kita di alam ini dapat berikan untuk Bapa di alam Barzakh sekarang. InsyaAllah. Untuk semua, ucapkan perasaan sayang anda kepada Bapa, mama, adik beradik, saudara mara & kawan-kawan sebelum terlambat. Sebab kita tidak tahu mungkin esok kita tidak dapat nyatakan lagi perasaan itu setelah dia tiada. But i'm glad i did it to Dad. Dan semua orang tahu. Once again,

Pa, I LOVE YOU. And you know that.

Allahyarham Bapa dalam kenangan ( Ditulis pada 08.04.14 )



Truly Madly Deeply rindu Bapa.

Tidak dapat membendung airmata dari berlinangan harini. Teringat masa arwah Bapa dtg KL utk menjalani prosedur PET Scan tahun lepas pada tarikh harini 8/4/14. Genap setahun.

Mana mungkin dapat saya lupakan sebab 9 hari sebelum Bapa menghembuskan nafas terakhir, bapa ada di rumah saya ( Kota Kemuning, Shah Alam ). Terasa baru seminggu bapa meninggalkan kami semua. Rupa rupanya sudah dekat setahun. Saya teramat rindu bapa. biarlah betapa banyak gambar kami yg nampak happy tapi deep inside our soul sangat kosong. Orang yg kehilangan berpuluh tahun pun masih bersedih dengan kehilangan. Inikan pula yg tak sampai setahun.

8 April 2014, Bapa dijadualkan untuk menjalani ujian PET Scan, satu prosedur dimana utk detect samada kanser Bapa telah merebak kemana mana bahagian lain badan atau tidak. Balik dari PET Scan dan Bapa berehat dirumah saya. Malam 8hb tersebut, bapa suruh saya cari tiket flight balik Sabah. I know there's something dlm fikiran Bapa. Sebab tiket balik sepatutnya 10hb & telah dibeli & confirm. Bapa suruh juga beli tiket lebih awal utk Balik Sabah.

9 April 2014, Bapa, mama, Cheng2, kakak & anak buah, Amirah balik Sabah dengan tiket yg baru sebab Bapa mau balik Sabah secepat mungkin. Saya sudah merasai kelainan Bapa. Bapa kurang bercakap, sesak nafas, susah berjalan dan sgt lemah masa ni. Naik kerusi roda lagi. Hantar sampai balai perlepasan, salam bapa, cium tangan, Bapa cium dahi saya & thats it. Saya bgtau Bapa yg saya akan balik Sabah nanti utk bwk result PET Scan. Dan Bapa angguk. Lambaian terakir Bapa masa di lapangan terbang haritu adalah lambaian terakhir seorang ayah terhadap anaknya yg akan dikenang sampai bila2. Sobsss..

10 April 2014, Bapa berada di Kota Marudu, tapi keadaan bapa semakin teruk.

11 April 2014, Bapa bawa semua ahli keluarga yg berada di rumah Sella Pink, Kota Marudu utk tengok sekeliling rumah, binatang ternakan & tanam tanaman Bapa. Masa ni semua sedih sangat  sebab Bapa seolah olah ingin mengucapkan selamat tinggal utk semua. Seolah ingin beritahu, inilah kali terakhir kita akan bertemu. Adik hantar gambar ke wechat masa Bapa jalan sambil dipapah abang utk semua ni. Saya yg berada di KL masa tu, can't stop crying.

12 April 2014, Bapa dimasukkan semula ke wad 7C Kenanga , Hospital Queen II , KK atas sebab kesihatan yg semakin merosot.

13 April 2014, Keadaan Bapa semakin teruk tapi mampu makan bubur ayam McDonald yg dibeli oleh adik Bapa, iaitu Pakcik Ustaz Numan. Bapa makan dengan berselera sekali sedangkan sebelum itu, bapa tiada selera makan dan susah makan. Ini diceritakan oleh abg William & ahli keluarga lain yg berada disisi Bapa masa Bapa sdg makan. Kesungguhan Bapa makan, berlainan sekali. Siapa sangka itu makanan terakhir Bapa.

14 April 2014, Seawal jam 12 malam keadaan bapa semakin merosot sampai bapa tidak sedarkan diri bila dipanggil oleh Doktor. Urgent CT Brain dilakukan & Kelihatan kanser Bapa telah merebak ke bahagian kepala Bapa. Bapa telah di intubasi  oleh Doktor dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Saya & keluarga telah mengambil tiket paling awal utk balik hari itu juga.

15 April 2019, Berada disisi Bapa walaupun Bapa sudah tidak sedarkan diri. Masa ni hanya Tuhan yg tahu betapa hancurnya hati saya tidak dapat berjumpa Bapa masa Bapa sedar. Kali terakhir berjumpa bapa adalah masa hantar ke airport 9hb itu. Melihat tapau makanan dgn nama Bapa tertera diatas polisterin lagi buat saya terduduk & menangis memahunya. Apakan daya Bapa sudah tidak boleh makan.

16 April 2014, Doktor bagitahu yg keadaan Bapa memang semakin teruk. Kami memujuk para doktor agar dpt berbuat apa2 sementara menunggu adik dari USA sampai.

17 April 2014, Bacaan Yasin, doa selamat dilakukan setiap malam walaupun di hospital. Berharap jikalau ada keajaiban berlaku. Berharap sesungguhnya biarlah Bapa sedar & kembali sihat seperti biasa.

18 April 2014, Setiap pagi masuk CICU utk lap badan Bapa, bacakan surah Yasin untuk Bapa & untuk mengetahui progress Bapa. Tapi kenyataan menyedihkan dari para doktor kerana kesemua organ dalaman bapa telah merosot. Keputusan darah dan sebagainya. Transfusi darah pun tidak membantu. Bapa sudah tidak sedar diri selama 5 hari.

19 April 2014, Adik Yohan sampai dari USA, dalam jam 12 tengahari. Masa tu kesemua ahli keluarga berkumpul depan Bapa & memeluk Bapa. Bersyukur yg adik sempat jumpa Bapa sebelum apa2 berlaku. Detik 3.45 petang, Bapa disahkan meninggal dunia selepas CPR & defibrillasi. Kami pasrah.

A date to be remembered 19th of April 2014 at 3.45pm T_____T

Selama lamanya.
We miss u dear DAD Tawith Sungkit
ALFATIHAH.

Allahyarham Bapa dalam kenangan ( Ditulis pada 23.10.14 )

Malam semalam mimpi BAPA. Dan lepas balik kerja shift petang tadi, sambil makan, tiba-tiba sebak dan RINDU Bapa. Memang selalu rindu sebenarnya tapi tahan perasaan tu.

October 19th, 2014 yang lepas, telah genap 6 bulan pemergian Allahyarham Bapa. Hati selalu berkata, kuatkan semangat Bingo. Jangan terlalu bersedih dan emosi. Sebab bila genap 19hb setiap bulan mesti saya akan teringat Bapa. Sempat menghitung berapa lama Bapa & Mama hidup bersama sebagai suami isteri. Dalam 38 tahun lamanya. Memang sudah lama. Kenangan manis selama itu pasti mama tidak dapat lupakan. Saya kira semuanya manis manis belaka sebab Bapa sangat sangat sayangkan mama. Bapa terlalu mengambil berat mengenai kesihatan mama. Contohnya, Sebelum naik flight, atau ke mana2 mesti bapa ingatkan Mama jangan lupa bawa Inhaler, kalau dah habis terus ke hospital atau klinik untuk ambil stok walaupun flight tinggal beberapa jam lagi.  Sebab mama ada penyakit lelah/asma. Lepas tu, setiap kali mama ada appointment berjumpa Doktor, bapa yang akan tulis dalam diary dia & ingatkan mama. Bukan untuk mama je, untuk kesemua anak2 dan cucu pun bapa buat macam tu. Bapa akan remind remind dan remind berulang kali jikalau ada sesuatu tarikh/appoinment yg penting untuk kami semua. Jauh2 kat KL ni pun Bapa akan wechat ingatkan saya makan ubat atau jumpa DR.

Masa belajar kat PPUM dulu, saya ingat lagi, masa tu ramai yang kena Denggi, Tiba2 dapat bungkusan poslaju dari Bapa.. Bapa poskan Kelambu berserta paku & tukul untuk saya. Bapa sanggup pos semua tu dari sabah. Rasa nak menangis pun ada. Bapa taknak anak dia kena Denggi. Dia tau masa tu saya baru belajar kat KL & xtau mana nak beli kelambu etc. Sedihnyaaa...

Beberapa hari lepas pula, mama ada send gambar Bapa dalam wechat family. Mula mula sekeping, dua keping, tiga keping, empat keping, lima keping.. cakap dalam hati, jangan nangis Bingo.. tapi bila mama send gambar sampai berbelas2 keping. Jantung laju & hati terasa sebak. Airmata panas terus mengalir laju. Saya menangis juga akhirnya. Masa tu sedang baring & baru nak lelapkan mata. Rasa sedih menyelubungi sebab keadaan bapa dalam gambar tu, cukup sihat dan tegap. Gambar Oktober/November tahun lepas.

Mama hantar gambar2 Bapa yang kebanyakkannya Bapa sedang buat kerja & Bapa tak sedar mama snap gambar tu. Mama bagitau, memang banyak gambar Bapa yang mama ambil, Bapa x sedar. Bila sedar, bapa kadang2 akan tanya, buat apa ambil gambar dia. Mama senyap2 je save dalam photo album HP dia. Saya rasa itulah rasa kasih sayang. Bila kita sayangkan atau suka seseorang, kita akan simpan & save gambar org tu tanpa pengetahuan dia kan.

Harini nak share beberapa gambar Allahyarham Bapa yang Mama ambil secara Candid. Bapa sedang angkat kayu, bapa sedang buat atap zink, bapa sedang pakai kasut boot, bapa sedang bagi ayam makan, semuanya Bapa sedang bekerja. Bapa seorang yang sangat WORKAHOLIC. Terlalu. Sampai lah suatu masa bila Bapa mula batuk2 ( Penghujung Oktober tahun lepas ) dan mula batuk berdarah. Disitulah bermulanya episod kisah duka bapa sebelum di diagnoskan menghidap Kanser Paru Paru Awal bulan Febuari 2014 ini.

Bapa masih merahsiakan dari kami sekeluarga selain mama, yang Bapa batuk berdarah sebenarnya. Bila tanya mama kenapa pergi hospital sedangkan bukan hari appointment, mama bagitau yg diorang ambil stok ubat. Sebab Bapa tak bagi mama bagitau kami. Terus terang saya bagitau disini yang apabila mama bagitau yang Bapa kena buat Xray, check sputum AFB & Mentaux test ( sebab suspected PTB ) saya dah mula risau. Itupun mama curi2 call saya sebab tak tahan bersedih seorang diri bila Bapa kena buat ujian itu ini. Saya balik Sabah pun secara senyap2 sebab nak temankan Bapa ambil result CT Scan haritu. Dapat result pula semua negatif dan normal. Maksudnya bukan TB. Bapa pula dinasihatkan membuat Ujian Broncoscopy. Juga normal. Lepas tu dikehendaki buat pula Ujian VATS ( biopsy paru2 untuk menentukan samada kanser atau bukan ) dengan bius penuh. Disitulah Jawapan dari kesemua persoalan diatas terjawab.

Bapa disahkan menghidap Kanser Paru Paru. Semua terduduk masa tu. Keputusan tersebut Doktor bagitahu di dalam klinik respiratori Hospital Queen. Masa tu ahli keluarga ada bersama sama Bapa untuk kuatkan semangat Bapa dan berharap itu bukanlah Kanser.  Masa tu saya berada di KL dan sedang berkerja. Pitam di dalam dewan bedah bila dapat tahu pasal keputusan VATS bapa. Apa yang kami semua takutkan terjadi juga. Masa tu semua terdiam & masing2 tak tahu nak cakap apa. Tapi adik bagitau, yang Bapa masih mampu tersenyum. Hati bapa cukup cekal walaupun mendengar keputusan paling perit dalam hidup. Bapa terus bagitau kami semua, Jangan bagitau sesiapa. Alangkah sedihnya kami. Bapa taknak sesiapapun bersusah hati dengan penyakit dia. Sampailah pembedahan Lobectomy, barulah ramai ahli keluarga yang tahu dan ramai yang datang melawat. Ramai yang inbox & PM saya pasal keadaan Bapa. Saya tahu terlalu ramai yang sayangkan Bapa. Dalam ipad Bapa pun ramai yang inbox Bapa kat FB dia. Jangan risau kami baca kesemuanya. Cuma tak terdaya reply sebab keadaan tak mengizinkan masa tu. Saya menangis baca mesej2 dari saudara mara & kawan2 yg prihatin pasal Bapa. Thank u from the bottom of my heart.

Tapi bila tengok kesemua gambar2 ni, mesti saya akan terlalu sebak. Taip tulisan ni pun airmata menitik2. Sebab mengenangkan terlalu banyak lagi actually impian dan cita2 Bapa yang tidak kesampaian dalam Syarikat kepunyaan Bapa. Syarikat bapa baru nak berkembang sebenarnya di daerah KM. Tapi apakan daya, sudah ketentuan Ilahi Bapa pergi sebelum semuanya tercapai. AidilFitri tahun lepas, Bapa ada bagitau kami semua adik beradik yang dia ada nak bagitau kami adik beradik sesuatu ( bunyi macam suatu amanat yg penting ) . Tapi sampai ke hari ini, kami masih belum tahu apakah niat Bapa. Sedih sangat. Sebab Bapa bagitau, mama pun tidak tahu apa yang dia ingin beritahu. So memang tiada siapa yang tahu apa yang tersirat dalam hati Bapa sampai harini. Alangkah sedihnya.

Tetapi, walau apapun yang berlaku, InsyaAllah abang sulung saya akan uruskan Legasi Syarikat Bapa ini. Mudah mudahan akan terbuka peluang seluas luasnya untuk kita semua terutamanya buat orang2 yang berusaha dan bersabar. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi dikemudian hari. Yang penting usaha & berdoa kepadaNYA. Semoga hati ini terus Tabah, setabah hati Bapa. Amin ya Rabbal Alamin..

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin