Saturday, December 21, 2013

Bercuti ke PD. A last minute plan.



Salam semua. bagi yang follow Mamayiyen kat Instagram & FB, mesti dah tau kan, Mamayiyen tengah bersedih sebab apa yang dirancangkan tak menjadi T______T

Kami sekeluarga sepatutnya ke Medan 17hb - 20hb Disember lepas, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, flight dibatalkan. dah siap check in uolls.. huwaaaa.. Hotel burn juga. Flight tu saya buat Open ticket tapi rasanya macam malas nak guna tiket tu dah sebab kena charge rm200 seorang one way untuk pertukaran masa flight. Beli tiket baru lagi murah. Tapi kena tunggu sale. lah. Yang ni flight MAS pula tu. sobsss..

So weolls plan nak ke satu tempat ni, after flight ke Medan tak menjadi, tapi atas sebab2 tertentu juga, tak menjadi lagi. Oleh itu, kami cari tempat bercuti yang paling dekat je. Thats why, kat FB saya cakap Plan C. Plan A dibatalkan, Plan B tak dapat, so Plan C.




Port Dickson, ya. PD Yiyen & Neidal loves you!! Sebab ada pasir & taman tema air ^____^
Akhirnya kami bercuti satu malam kat PD.



Ni bergambar masa nak balik dah actually. Masa nak beli2 sourvenir. Oh ye, baju Tshirt kat atas tu harganya RM10 je + RM1 per printed each letter. Murah kan? Uolls kalau nak cari, gi je bahagian tengah yang jual2 tshirt tu depan Pantai Teluk Kemang ok.




Camwhore sementara tunggu Yiyen dengan Neidal mandi manda :) Perasan kat paris konon. hahaha!




Yeehaa.. ada fight dengan Yuna tak? Saja try2 jadi turbanista.hehe..




Yiyen & Neidal lepas mandi :) Nak gi dinner masa ni.




masa sampai kat tepi Pantai Teluk Kemang haritu, ternampak signboard PD Coconut Shake..maka Mamayiyen ni pun shaking! haha! mamayiyen kan peminat tegar Coconut shake :) hehe.. terus suruh Papayiyen gi beli. Minum masa panas2 tepi pantai pula kan.. sedapp sangat.




Ni lepas main pasir di tepian pantai, Yiyen dengan Neidal nak mandi kolam pula. Saya memang purposely book hotel /resort yang ada taman tema. So BW ni jadi pilihan. Sebelum beli, saya tanya Yiyen siap2 samaada dia bersetuju atau tidak saya book kat sini. Mesti tanya dia sebab dia yang nak bergumbira kan. hehe




Ok ni suasana dalam bilik yang saya tempah. RM230 pernight. Ni pun book satu hari sebelum. Kalau awal sebulan, confirm saya dah tempah Avillion PD yang ada kolam dalam resort tu -_____- itu memang dah lama jadi idaman Yiyen untuk bercuti. Sedihhhh.. sebab semua fully booked. tapi nasib baik Yiyen berpuas hati juga dengan Best Western ni. Sebab ada taman tema dalam resort ni & dekat dengan pantai katanyer. Yiyen memang suka sangat dengan pantai. Tak tau kenapa.




Tengok muka Neidal kegembiraan ^_____________^



Yiyen pun sama.. Malam sebelum ke PD, saya bawak diorang cari mainan untuk buat istana pasir ni, Murah je RM10 satu, Beli kat AEON Bukit Rimau. Kat PD jual RM20+ saya tengok haritu.


Sambil diorang main pasir, saya minum Coconut Shake. boleh? hehe



Mendamaikan..


Tiada pemandangan yang lebih indah dari pemandangan ini. Kids + sea = happiness !
Ni caption saya kat FB haritu. Saya happy tengok diorang macam ni. Bukan senang nak cuti uollsss.. mak kan selalu busy. huhu..


Ootd sebelum ke PD. Ni gambar paling atas sepatutnya . Tapi sya malas nak susun balik :)



Gambar kat Instagram sebelum ke PD. Hijau kuning hitam. Oh i love green ~


Till then, banyak lagi nak cerita. tapi sat no, nak kemas rumah dulu. Minggu depan, MIL nak datang rumah :)
tata.. 


No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin