Full version katanyer.. hehehe..
Hari ni nak share semua info pasal trip weolls ke Hong Kong especially ke Hong Kong Disneyland :)
Nak share secara ringkas tapi semua nya i akan share, jangan risau ok.
Harga tiket kami :
Kami naik Airasia je hari tu & kebetulan dapat harga promotion RM190 one way belum termasuk tax etc. so return tickets dalam RM600 seorang.
RM600 x 8 orang = RM4800 ( belum termasuk luggage & meals )
luggage pulang balik tambah dalam RM500 + hotseat RM20 per person pulang balik untuk 8 orang = RM320 semuanya.
so total utk flight + luggage + hotseat = RM6K. kalau naik MAS, harga dalam 12K :) harga double
Meal kami beli dalam flight je haritu. Saya syorkan uolls semua amik hotseat No 1A - 1F ( seat paling depan ) sebab selesa sangat. Ini untuk yang nak jimat duit flight la. Untuk yang nak naik MAS tu, xkisah nak duduk mana2 kan. hehe..
Tempoh perjalanan:
3 jam 50 minit.
Tapi bila nak amik luggage bagai tu tambah lah dalam 30 minit, Mula2 pun ingatkan jauh sampai 9 - 10 jam ke Hong Kong ni. Rupanya macam nak balik Sabah je. huhu..
Tempat penginapan kami:
Hotel Imperial,
Nathan Road, Kowloon.
Memang saya amat syorkan Hotel ni sebab nak cari Halal food kat sebelah hotel je. Masjid Kowloon depan sikit je dari hotel ke sebelah kanan pintu hotel.
Satu lagi paling best, kedai pengurup wang bersepah2 kat sebelah hotel. so kalau HKD dah habis, sila tukar RM anda hehe..
Hotel Imperial 4 days 3 nights ( 4 bilik ) satu bilik rm500 lebih + Airport Van return + Disneyland Hotel + Ocean Park ticket + Coach to Disneyland + Ocean Park for 8 pax :
*Kesemua ni berharga dalam lebih kurang12K juga*
Jadual yang kami buat sendiri masa kat HK. Tujuan memang nak ke Disneyland je pun. So 4 hari dah cukup.
Itinerary kami haritu:
Flight dari KL 8.50AM ( 2 Sept 2013 )
Day 1 : Free & Easy ( sampai HK dalam 1230PM )
Day 2 : HK Disneyland
Day 3 : Ocean Park
Day 4 : Free & Easy --- > Shoppingg!!
Flight balik haritu pukul 6.15PM tapi delayed sampai 9PM. sempat lah shopping sikit2 kat HKIA :)
Sampai Malaysia 1AM & sampai Shah Alam pukul 2AM.
*********************
Semua ni di arrange oleh Hotel penginapan kami. Tapi kena inform dengan diorang awal2 lagi sebelum sampai Hong Kong. Diorang ambil kami dan bawa kami ke hotel pergi dan balik ke airport haritu. Setiap hari akan ada reminder notes dari kaunter reception to inform weolls nak get ready pukul berapa untuk ke Disneyland & Ocean Park the other day. Hari ke 4 tu, weolls jalan2 sendiri je kat sekitar Kowloon tu. senang gila. Lagipun designer boutique banyak gila di sekitar Kowloon.
FYI, Hotel kami bersebelahan dengan Hotel mahal, The Peninsula :) satu malam RM1500+ Thats why sebelah hotel kami ada Ralph Lauren, LV, Coach, Bally, Chopard etc.
So total keseluruhan kami ke HK haritu dalam 20K untuk 8 orang. Not bad kan. Setahu saya kalau amik pakej, seorang dalam 4k. Kalau pergi tanpa travel agent, seorang dalam 2.5k je.
Jimat tak jimat? hehe
rasanya itu je yang saya dapat share untuk uolls.. semoga banyak memberi tips untuk sesiapa yang nak ke Hong Kong tanpa travel agent. Kalau ada apa2 nak tanya, bole tinggalkan comment kat bawah entri ni ok..
InsyaAllah saya akan jawab :)
ok now,
Lets enjoy our photo at
HONG KONG DISNEYLAND!!!
YEAY!!!!
DAY 2
Ni gambar depan main enterance kat Hong Kong Disneyland. Wajib bergambar kat sini & upload gambar kat Instagram hahaha!
Posing lagi depan signboard
Hari tu beli tiket melalui hotel penginapan kami & diorang bagi kertas yang dah ada barcode. So weolls scan je QR Barcode tu kat Magic tickets counter & dapat tiket sebenar macam yang saya dan my SIL pegang tu.
Ok ni gambar setibanya kami kat coach parking kat HK Disneyland tu.
Cuaca agak mendung tanda2 nak hujan hari tu. Tapi syukur alhamdulillah sebab tak panas terik. Saya lebih suka hujan renyai2 daripada panas terik. Risau sangat sunburn ^_____^
Gambar mak, ayah, yiyen & neidal depan signboard HK Disneyland :)
Makan kat restoren Tahitian Terrace, salah satu restoren halal dalam HK Disneyland. Ni menu dari Malaysia, Malaysian roasted chicken katanyer, macam nasi lemak tapi nasi dia takde santan. Harga satu set ni dalam 40+ kalau tak silap saya. Ye makanan kat sana memang mahal, apatah lagi halal foods.
FYI, chef yang incharge kat Restoren Tahitian terrace ni orang Malaysia, dia siap datang lagi ke meja weolls hari tu tanya pasal makanan :) bangga sekejap sebab org Malaysia yang incharge. hehe..
Kedai souvenir depan restoren Tahitian Terrace.. Semua nak pakai hairband konon.
Setiap kawasan kat Disneyland akan ada kedai souvenir. Uolls jangan risau.
cuma perlu sediakan ongkosnya aja. huhu..
Husband & Yiyen bersama Neidal yang tengah tido.
Yiyen memang happy gila dapat ke Disneyland ni.. memang angan2 dia dari dulu lagi.
Mom & dad
kat Grizzly mountain
Cik abang lagi :)
Masa kat sana kena pakai baju hujan sepanjang masa sebab sekejap hujan sekejap tak.
Sesiapa yang ada follow saya kat instagram, saya dah bagitau harga satu raincoat ni. Untuk Adult HKD55 dan untuk adult HKD45. kami beli 6 utk dewasa & 1 untuk kanak2 hari tu. Mak beli payung mickey :) So total dalam Rm260 untuk baju hujan + payung je. Itu baru kat pintu masuk +______+
bergambar dan bergambar..
Kat Mystic Manor. Tempat 4D yang paling best kat sini :)
Adik ipar & adik beli Ice Cream Mickey
Mak, ayah & Yiyen naik parachute
Yiyen cakap best & nak naik lagi.. hehe.. Mak pula cakap scarry :)
Kami dan Signboard :)
Puteri bunga
Berjalan sambil bergambar..
Masa makan kat Tahitian tadi.. gambar pun dah tak ikut susunan dah.huhu..
Menu dari chef Malaysia :)
Papa & Neidal
Yiyen & Neidal
Masa ni lepas turun dari train, stroller tinggal kat stroller parking. So adik tolong amikkan &Yiyen ikut Uncle dia amik stroller tu. That's why Yiyen takde time ni.
Sekeping gambar ni pun berharga RM50 *pengsan*
Staff Disneyland yang amikkan gambar & boleh redeem kat kedai & bayar.
Antara souvenirs yang sempat saya beli kat HK Disneyland :) Mahallll sangattt tapi apa nak buat, kena beli juga kalau x, rugi takde kenang kenangan dari sana.
All i can say, best sangat ke HK Disneyland!!
DAY 3
Ok gambar kat bawah ni dah keesokkan harinya iaitu hari ke 3 kat Hong Kong.
Bersiap sedia ke Ocean Park pula.
My SIL, Nett bergambar di tengah2 bandaraya Hong Kong :)
kota metropolitan yang sentiasa sibuk.
Dah sampai Ocean Park.
Ocean park ni actually macam Aquaria KLCC tapi ianya lagi besar & outdoor dia ada theme park yang amat besar kalah Genting highland. Paling best lagi, kat sini ada Panda, Dolphin, Anjing laut dan lain2 hidupan laut :) Semua boleh kita tengok depan mata.
Underwater sea dia sangat besar. Kagum sangat!
Bergambar depan enterance Ocean Park masa sampai tapi still hujan.
Adik & wife dia depan Arctic blast. Salah satu park kat sana.
Makan kat Bayview restaurant
Pekerja kat sana sedang bagi makan walrus
Saya dan replika penguin yang di perbuat daripada bunga
cantik kan..
Yiyen depan Tuxedo restaurant.
Sea dreams
Pertunjukan dolphin & anjing laut. best pertunjukan diorang ni.
Panda comel. tidur sambil duduk
Raincoat yang berharga HKD55 = RM25 duit kita.
Balik je dari Ocean park, hantar barang2 etc kat hotel,
kami teruskan perjalanan ke sebelah hotel kami.. dekat je pun..
beli sedikit barang2 cenderahati. hehe..
Inilah dia cenderahati tu.. huhu..
Coach kat sana agak murah berbanding Malaysia.. rasanya murah dalam 200+ juga.
Malam ke dua hari tu, adik survey tempat makan halal di sekitar hotel & jumpa Syed restaurant dari Malaysia! Ada juga cawangan restoren ni kat Shah Alam. Apa lagi teruja lah makan nasi lemak di tengah malam.. huhu.. keesokkan harinya kami makan kat restoren tu pula. Tapi memamg ya ampun.. mahal yang amat! satu keping tosei berharga rm9! terus rindu Malaysia sebab harga dia murah..
Kat Hong Kong International Airport
Masa ni nak balik dah :)
Flight delayed 3 jam disebabkan flight dari Malaysia lambat sampai HKIA.
Sempat merembat Burberry kat sana..
Ada diskaun sampai 50% uolls!
Ok ni gambar masa Mickey magic show..
Persembahan 30 minit kesemua Cartoon karektor Disneyland.
best gila sampai nak suruh ulang. hihi..
Jumpa Mickey secara live rasa macam budak2 balik :)
Souvenir khas pilihan Yiyen dari HK Disneyland :)
Old Hong Kong kat Ocean Park
Adik ipar & Yiyen
Mcm gwiyomi pula kan.. ni actually sign untuk Mickey & Minnie :)
that's the end of our trip to Hong Kong Disneyland..
Best gila dan memang nak datang lagi..
InsyaAllah..
Love,
Mamayiyen