Thursday, November 29, 2012

Happy 8th Birthday Yiyen sayang.





I see a little more of me in you with each passing year.You are my one true treasure. You grow sweeter year by year. Thanks for bringing so much joy into our lives each and every single day. Happy birthday my wonderful daughter and a great friend. Wishing the sweetest girl the sweetest 8th birthday, my Nureen Aleesya Azlan .

We ❤ you so much Yiyen!

From Mama, Papa & Neidal.


Wednesday, November 28, 2012

JJCM Makan burger bakar :)





Hi semua!

Hari ni nak share gambar i dengan burger bakar :) hehe..

Ni actually first time makan. Kebetulan gi seksyen 7 Shah Alam hari tu, singgah restoren ni kat area jln Plumbum, belakang pintu Uitm Shah Alam tu.

Memang sedaplah burger bakar ni. Yang saya order ni, burger ayam. Siap ada mushroom goreng dgn onion ring. Uolls yang belum cuba, silalah cuba ye.. Sedap tau! Harga yang ni dalam rm11.90 kalau tak silap saya.



Monday, November 26, 2012

Resepi Shuffle Laici Habibie





Bagi kawan kawan yang dah tengok gambar ni kat instagram, twitter & fb, mesti tertunggu tunggu resepi ni. Sorrylah sebab tak sempat nak update sebab temankan kakak ipar saya gi shopping :)

Ok jum mulakan resepi..

SHUFFLE LAICI cik Habibie.

Bahan-bahan:

Whipping cream x 2 kotak kecil
Telur x 2 biji
Laici x 1 tin
Gula x 1 cawan
Biskut Marie 1 peket
Butter potong separuh

Cara-cara:

Blend gula, telur,whipping cream dengan butter sekali sehingga sebati.

Susunkan biskut Marie satu lapisan, lepas tu susunkan buah laici diatas biskut marie tersebut, kemudian tuangkan bahan yang di blend tadi. buat sehingga 4 layer, Taburkan serbuk oreo diatasnya, kemudian sejukkan dalam peti sejuk.

Shuffle laici ni tak payah dimasak ye kawan2. Lepas rasa rasa dah sejuk, bolehlah makan Shuffle laici ini.. Uolss mesti suka sebab nak buat ni sangat senang!

Sekian terima kasih..
Selamat mencuba semua! Bila dah buat tu, jangan lupa tinggalkan link uolls di bawah comment entry ni ok.
I nak baca. Tapi kalau nak bagi i rasa pun ok juga. hehe..

Ok,
Byebye semua :)


Thursday, November 22, 2012

JJcM Cuti cuti Sabah



Salam semua..
hari ni nak update lagi sikit pasal cuti cuti Sabah minggu lepas..
kesian uolls kan.. sorry lah mesti ada yang tertunggu nak baca pasal entry balik kampung saya ni..
eh ada ke? hehe..

Whatever it is.. jom baca..





Ni gambar rumah kat kampung.. masa ni kami sekeluarga nak bersiap ke gi picnic ke sebuah tempat peranginan yang terpencil dalam Daerah Kota Marudu juga.
Tempat peranginan ni actually dah lama di usahakan oleh Yayasan Sabah Kota Marudu, di bawah naungan ayah saya sendiri suatu masa dulu..

Sekarang sudah diambil alih oleh Taman Taman Sabah :)
Apa yang saya paling suka dengan tempat ni, suatu masa dulu tempat ni xde chalet atau rumah peranginan yang best mcm sekarang.. dulu weolls tidur kat ofis ayah je kalau datang ke sini..





Ok Selamat Datang ke Tapak Warisan Dunia,
Serinsim.. actually kami panggil tempat ni Sorinsim :)
Masa umur 15, 16 tahun dulu selalu datang ke sini untuk mandi manda dengan keluarga..
Paling menarik tentang tempat ni ialah.. terdapat sungai yang bercabang.. satu cabang sejuk, satu lagi air suam!
Tempat ni actually bersebelahan dengan banjaran Crockers je. tapi the other side la..




Ok ni Papayiyen yang sedang dukung Neidal :)



Ni dah tak sabar nak terjun sungai actually..
Sampai je Sorinsim hari tu, makan sandwich dulu sebab takut lapar, pastu terus bersiap untuk mandi sungai sebab takut hujan pula di sebelah petang..

Perjalanan dari Pekan Kota Marudu mengambil masa selama satu jam untuk sampai ke Sorinsim ini. Tapi jalan nak ke Sorinsim sekarang masih dalam pembinaan ye.. so sangat mencabar hari tu.. nasib baik semua pemandu berkaliber hari tu..hehehe..

siaplah kalau tak guna kereta 4 wheel drive sebab confirm sangkut tayar kereta..





Okey, sempat camwhore dalam kereta..
masa ni actually saya nak muntah dah.. almaklumlah dah lama xjalan jalan yang tak berturap ni kan..
harusss..




Ni gambar keesokkan harinya..
Sempat main Ukulele adik :)




Depan pintu Chalet kami hari tu..




Yeay!! Mandi sungaiii!!
BEST!!!




Chalet yang cantik di Taman Taman Sabah, Sorinsim,
cantik kan.. yang 3 bilik rm1100 satu malam uolls..




Aktiviti budak budak hari tu adalah..
Pertandingan makan Epal.. hehe.. bestkan..

Neidal pun apa lagi.. terus tunjuk skill makan epal, walaupun sebenarnya sikit je dia makan..
Acara ini dimenangi tak lain tak bukan anak buah saya Adam, diikuti oleh adik dia Audri, pastu Audra, no 4 jatuh kepada Yiyen dan lepas tu Amirah.. dah last sekali Neidal :)

Suka sangat budak budak dengan pertandingan makan epal ni. lepas tu siap minta lagi games apa lepas ni..haha!


 


Auntie Ceceng bergambar dengan anak anak buahnya :)




Saya pun nak juga posing..
dengan Audri..




Ok selamat tinggal Sorinsim yang saya gelar
Lost World of Sorinsim sebab line Maxis xde..haha
hari tu cuma ada line Digi dengan Celcom je itupun susah dapat line..

Keesokan harinya lepas balik dari Sorinsim baru dapat update gambar dalam Instagram :)

Sesiapa nak try menginap disini, sila hubungi
Sekian Terima Kasih..




Xoxo,

Eh ada lagi..
Keesokkan hari ni dapat perfuma dari ibu terchenta..jangan jeles uollss..
From manila with Love katanyer :D
hehehehe..




Ok, jangan heran entry kali ni bercampur campur sebab saya upload gambar direct dari Blogger..
so gambar campur2 ok..




Yang kat atas ni adalah hadiah kami untuk Ayah sempena birthday dia 11.11.12 yang lepas :)
harus gittewww...


Ok gambar dah habis.. sat lagi, saya buat entry marathon ok..
selamat membaca..


Makan Ice Cream kegemaran Yiyen & Neidal




Hi semua!!
Kalau uolls nak tau, kat Kota Kemuning dekat dengan rumah weolls dah ada kedai Baskin & Robbin. Best kan.. bila bila rasa nak makan je, boleh pecut gi sana & makan.. dalan 3 minit je dari rumah..




Tengoklah Neidal dengan muka happy dia makan Ice Cream ni..





Ice Cream perisa Chocolate adalah kegemaran Yiyen & Neidal.. Tapi kalau saya makan kongsi dengan Neidal, mesti saya order perisa kegemaran saya, Chocolate praline with caramel! Kena makan slow slow sebab manis leting! haha!




Sharing is caring!




Nyam nyam!!




Concentrate makan tau!




Aummmmm!!




Gambar boleh buat iklan B&R!
Part lidah tu yang tak tahan kan Neidal...hehehe...




Oh We Love B&R!!


Thanks kakak ku sebab belanja Ice Cream hari tu.. lain kali belanja lagi ok. sebab kami memang penggemar Baskin & Robbin !





Sunday, November 18, 2012

Cuti cuti Sabah :)





Happy Sunday uolls..

Semalam baru je balik dari bercuti di kampung halaman sendiri :) Agak padat cuti kali ni sebab setiap hari ada je aktiviti kan..

Salah satunya ke Taman Kinabalu yang terletak di Kundasang, Ranau.. Ada banyak gambar tau. Nanti saya update lagi ye. Kami menginap kat Dream World Resort. Best tempat ni..

Nanti saya update lagi ok. Nak buat sarapan dulu :) Tata..




Wednesday, November 14, 2012

JJCM last 2 weekend.





Hi semua.. lamanya xupdate blog... sorry guys sebab banyak sangat agenda sejak 2 menjak ni kan..

Sekarang ni ada kat Sabah. Balik kampung sempena cuti sekolah. Yiyen nak jumpa kazen kazen dia :)

Hari ni nak gi picnic kat tepi sungai katanyer. Nanti saya update balik ok..

tata uolls..




Top : H&M
Wedges : Clarks
Lipstick by : MAC

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin