Saturday, October 27, 2012

Aidil Adha 2012





Salam semua.. sepatutnya semalam lagi nak wish tapi terlupa :)

Ucapan Salam Aidil Adha ni saya ingin tujukan untuk pembaca setia blog Mamayiyen ini.. Sorry kadang kadang je sempat update blog. bila ada masa, saya update lagi ok :)

Tengah berkerja ni. Semalam di pagi Raya pun kerja juga. Haruss..



Saturday, October 20, 2012

My Convocation Day ❤❤❤





Syukur Alhamdulillah majlis konvokesyen saya dah selesai selasa lepas. Majlis berlangsung kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak.

Gembira sangat sebab parent ada sekali masa majlis tu. Kakak dgn anak dia pun ada sekali. Nanti nak update lagi pasal konvo ni. Banyak sangat agenda sampai xsempat nak berblog.

Apa2 pun syukur sekali lagi sebab Kursus Peri Anaesthesia yang saya ambil ni dah tamat dengan jayanya :)
Ni ke yang orang cakap Successful with flying colours? hehehe..



Thursday, October 11, 2012

Hasil hiasan bilik by Mamayiyen


Salam semua..
agak lama juga tak update belog letak gambar banyak banyak ni kan..
bukannya apa uolls.. sekarang ni memang susah nak online.. lagipun banyak kerja sekarang. Ini pun nasib baik ada iPhone senang sikit nak update dalam belog ni..




Hari ni just nak share dengan uolls semua mengenai hiasan dinding kat bilik Yiyen ni..
Sabtu lepas adalah hari mengemas bilik Yiyen dan bilik tetamu. Almaklumlah dah lama tak kemas kan..
So hari tu buat general cleaning sambil buang buang apa yang takpatut.

Owh.. teruja tak tengok cat dinding kat bilik Yiyen tu? Itu actually saya yang buat. Apa? tak percaya? hmmm... percayalah sebab memang saya yang cat :) 
Cantik tak? siap buat design LOVE lagi.. Fyi, cat tu adalah jenama Jotun dan memang bagus sangat. Kalau anak anak conteng dinding, boleh padam je contengan diorang tu.. Ok enuff pasal tu.. kita gi gambar kat bawah ni pula ok..




Ini bilik tetamu yang saya dan ubah sedikit kedudukan tempat tidur tu. Yelah kadang kadang kena juga tukar citarasa kan.. baru tak boring sangat :) Hiasan dinding dan lain lain memang saya yang hiaskan semua..
Nantilah kalau ada rezeki nak tukar design pula tahun depan.. InsyaAllah..




Yang ni mesti dah boleh agak bilik siapa kan.. yang ni confirm lah bilik anak kesayangan saya tu..
Bilik Yiyen :) Dia kan memang suka kaler Pink, so bilik dia pun ala ala girlish gittew..
Seperti biasa, hiasan bilik dia saya yang uruskan..
Owh ya, bilik Neidal kat tingkat bawah tapi bilik dia, dia tak pernah tidur pun sebab masih kecil kan.. so bilik tu ala2 stor mainan  diorang berdua juga. Nanti kalau ada masa, saya ambil gambar bilik Neidal pula ye.. Hopefully you guys suka baca pasal interior design ni ok. sebab saya memang dari dulu suka bab bab Interior design ni. Cuma profession je lain :)

hehe.. bye guys!



Sunday, October 7, 2012

Bersyukur kepadaNYA





Sykur Alhamdulillah.. result exam kami sekelas dah keluar dan 100% lulus (Perianesthesia Care) sepertimana yang diberitahu oleh kawan2 dan tutor.

Tapi apa yang menggembirakan ku lagi ialah.. apabila pensyarah kursus sendiri hantar mesej dan beritahu yang saya dapat Cemerlang dalam course ni.

Bersyukur sangat sangat diatas kejayaan ini ya Allah.. lepas baca mesej tu, airmata terus menitis kegembiraan.. Orang pertama yang saya bagitau ialah, ayah saya, ibu dan suami :)

Terima kasih ahli keluarga dan kawan2 yang selama ini membantu dan memahami ku masa dalam kursus pengkhususan selama 6 bulan itu (16hb Januari - 14hb Julai). Aku bersyukur pada mu ya Allah.. Hajat terpendam menjadi pelajar cemerlang termakbul..


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin