Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Friday, July 31, 2015

Handbag Baru!





Lamanya tak update kat Blog pasal Handbag baru kan.. hehe. Cantik x handbag baru saya? Eh tak pernah nampak kita pakai handbag ni?




By the way, memang pun. Ni handbag adik ipar kita. Kita pakai untuk bergambar je. Feeling feeling che Ta bila pakai handbag ni tau! Awww.. 

Ok itu je nak cerita harini. Walaupun sebenarnya banyakkkk nak bagitau. Esok esok je lah ye. Tata.. 

Wednesday, February 5, 2014

Neidal new leather shoes!



Salam Rabu semua! 
Nak share untuk sesiapa yang ada anak kecil terutamanya anak lelaki & nak pakaikan diorang kasut trendy macam ni, bolehlah ke kiosk LG floor, Sunway Pyramid ye. Depan Aussino je. Sebelah eskelator LG tu. Ada banyak kiosk kat sana, nanti uolls mesti jumpa kiosk Bambino's ni. Confirm.

Yang ni saya belikan utk Neidal. Harga rm39.30 skrg. Before discount is rm49.90. Full leather ye. Cow leather jangan risau uolls. Excited gila masa jumpa kasut ni haritu. Sebab kasut ni ringan, sesuai untuk budak. Pastu macam trendy je bila pakai. hehe.. 

So sesiapa yang nak tengah mencari kasut macam ni, pegi sekarang sementara masih SALE! 

Good luck uolls.




Sent from my iPhone

Monday, December 9, 2013

Mamayiyen & Pandora





Sejak dua menjak ni, tetiba suka sangat dengan Pandora. Pandora ni actually a join venture / produk Habib Jewels. Ada banyak cawangan kat Malaysia sekarang. Saya biasa pegi kat Pandora setia City Mall & Alamanda tapi paling suka ke Pandora Empire shopping gallery. SA dia baik sangat dan peramah.

Suka sebab nampak cantik bila pakai dan pada setiap charms ada maksud tersendiri. Contohnya kalau mother's day ada charms untuk itu, untuk friendship pun ada etc.

Untuk koleksi Pandora Mamayiyen sekarang, bertemakan PURPLE. hehe.. cantik tak collections kita? InsyaAllah setiap kali ada hari penting, nak beli charms ataupun dapat as a birthday gift ok juga kan..

Buat masa ni, saya mampu ada yg sterling silver je, takde lagi yang emas. Mahal okeh kalau emas T_____T Harga kalau gelang silver tu je without charms pun dah RM295. Satu charms, start dengan harga RM139 keatas kalau tak silap saya. Takpe pelan pelan buat koleksi ni. Confirm penuh nanti kan. Jom kita buat koleksi sama sama. Mesti meriah nanti :) Pandora Club katanyer. yeehaaa..


Wednesday, November 27, 2013

Shopping kat Shoeblitz.com!


Salam Rabu semua. Cantik tak flats ni? Actually dah lama usha flats ni. Memang follow Shoeblitz kat Instagram, tapi selalunya tengok je kasut kasut theyolls. Haritu kebetulan Shoeblitz buat SALE, ternampak owner dia update gambar flats MissKaty Cat ni sale RM30 je! do you read me? RM30 je uolls!!




Cantik kan! Apa lagi, bila tau sale RM30 je, terus whatsapp laju laju owner dia. Dia rely & bagitau termasuk poslaju, RM40.Ok lah kan sebab siap dapat kotak pink theyolls yang cantik tu. Terus transfer duit thru Maybank2u :) saya ni memang cepat je kalau nak shopping online. Susah gila nak cakap taknak ^_______^ Sukaaa sangat flats ni. Dah le selesa! Belum rasmi lagi tau. Mungkin next vacation, saya akan rasmi flats ni :) heee..




Ni haritu just try test je. Suruh Yiyen snap. Masa ni nak hantar Yiyen gi school. Sempat snap sebab nak tunjuk kat owner shoeblitz.hehe..

Uolls yang nak beli flats cute macam saya ni dan macam macam design lagi, boleh lah ke website diorang kat SINI dan boleh beli direct dari sana juga. Ada wedges yang cantik juga tau. Cepat gi website diorang.
Fyi, i pakai saiz 38 atau 39. mana2 pun boleh. hehe.. budget ada orang nak sponser SHOES baruuuuu.

Selamat bershopping uolls!!

psst, tadi saya check masih ada SALE Rm30 lagi sekarang. Cepat! Add to cart!



Sunday, October 13, 2013

Kasut baru Yiyen





Tadaa.. cantik tak kasut baru Yiyen? Setiap tahun mesti nak belikan kasut baru untuk Yiyen & Neidal. Tapi untuk Neidal dalam setahun 2 kali sebab kaki dia cepat membesar. Almaklumlah budak kan cepat membesar.

Ok jom cerita pasal kasut ni. Mana i beli & berapa harga dia. I bgtau kat sini je sebab haritu dah upload gambar kat Instagram tapi tak bagitau beli kat mana.

Kasut Ralph Lauren memang menjadi idaman saya & hubby nak beli untuk Yiyen & Neidal. Selalu survey kat Parkson KLCC tau Pavillion je. Memang lah mahal & takde diskaun. Ada pun dalam 10% off tapi bukan design yang kita suka.

Minggu lepas, JJCM kat Sunway Pyramid, lalu satu kedai STAR THREESIXTY ( rasanya G Floor, depan ice ranking ) then nampak satu sudut jenama kasut POLO Ralph Lauren. Apa lagi, Mamayiyen yang dah memang lama nak survey kasut ni pun, teruslah masuk kedai tu. Ada lekat stickers 50% off uolls! Terus tanya SA itu ini & terus beli 2 pasang. Yang penting ada 50% kanzzz hehehe.. Satu tu sandal Mamayiyen. Kalau tak tengok IG lagi , nanti Mamayiyen upload kat blog hokey. & Kalau uolls nak tau berapa harga, silalah ke sana. Hehehe.. Tata titi tutu.


Yang suka shopping,
Mamayiyen :)


Tuesday, September 24, 2013

Ladorn Bazaar Day !





Hi semua!

Sape peminat L'ADORN scarf / shawl kat sini? Semalam pegi ke Ladorn bazaar day kat L'adorn office kat seksyen 7, Shah Alam.

Dapat tau pasal bazaar ni pun, lepas Ayu ( Founder of Ladorn ) jemput datang. Walaupun follow iG Ladorn, tapi kadang2 lupa nak scroll iG diorang. hehe..

So semalam pegi ke sana & memborong 8 pcs of shawl dengan harga yang sangat murah !! Happy sangat. Uolls yang nak beli, boleh buka website Ladorn ok. Google je. Tapi nak dapat macam harga semalam mungkin xdapat la. Next time kalau diorang ada buat sale lagi, Mamayiyen akan share ok.

Thanks Ayu & HanaFedora sbb layan weolls semalam dengan baik sekali. Suka sangat photo booth & candy bar uolls semalam. MeleTop ❤️

Salam sayang,
MamaYiyen + Neidal :)


Sunday, May 19, 2013

My first LV wallet dari Paris ( katanyer )


Holla uolls..
sorry la lambat update. sedangkan banyakkkk sangat nak share dengan uolls kat sini..

Nampak tak gambar kotak kaler coklat kat bawah ni?
apa? tak nampak? ke buat2 tak nampak?
hehe..




Syukur Alhamdulillah..
dapat juga akhirnya Wallet LV saya yang pertama. Yelah kan..kita penat kumpul duit, bila dapat apa yang kita wishlistkan, mestilah happy dan bersyukur kan :)

Saya memang selalu buat target tahun ni nak apa.. dan tahun depan nak apa..
i mean 'wishlist' utk shopping la..
nakal kan..



pic: bersama my sister Yohana & My BFF, si Duta Ladorn , Syai & anak dia Aryssa. 

Thanks adik ku, Yohana yang telah belikan dari Paris gittew!
awwww!! tak? hehe..
Mula2 berdebar juga kalau design yang saya nak tu takde dalam butik hari tu,
tapi bila adik saya whatsapp lima minit kemudian,
wallet yang saya nak tu memang ADA, so..
happy sangat!

uolls tau kan, kat Paris , harga LV jauh lebih murah berbanding kat Malaysia?
Harga handbags boleh mencecah kurang seribu daripada harga di Malaysia. so memang berbaloi kalau beli kat sana. I mean, kalau ada saudara mara yang akan ke Paris, sila lah kirim ok. Tapi uolls bagilah sedikit duit belanja untuk diorang kan sebab, kesian diorang kena angkut beg uolls tu sampai Malaysia :)




Hehe.. ni dia masa adik i baru sampai dari UK. Diorang hari tu buat 19 Days trip to Europe. Siap pegi Rome Italy, Armsterdam, UK, Paris..etc.

berbaloi baloi sebab dah pergi melancong jauh2 sebelum kawen kan.
Kalau lepas kawen, memang susah sikit nak berjalan. Nak2 yang dah ada anak.

Ape ape pun. Saya happy dengan wallet baru saya.
Wallet lama, simpan dalam kotak dulu ye.
Wallet lama tu (Coach) adalah hadiah birthday dari my BPP juga.
So sayang juga kat dia..


Ok lah uolls..
gud nite! 



Saturday, March 30, 2013

JJCM with Yiyen & Neidal


Salam..

JJCM di hujung minggu memang menjadi rutin kami sekeluarga :)
Yelah kan dah berpenat lelah berkerja masa weekdays..

so
lets jalan jalan cari makan!






with my Yiyen & Neidal




mula mula makan cake dulu
oh absolute choc!
kenapa kamu sedap sangat? hehe..




SR Fried rice with sate
this is mine




Neidal punye
Mini burger & alphabets fries
sedapp!!




this one Yiyen punye..
dia kan peminat tegar spaghetti bolognoise..




ok gambar kami lagi..
keluar bertiga je tadi sebab papayiyen ada keje kat luar hari ni.


thats why pilih Sacc Mall je sebab dekat dengan rumah.
Lagi pun nak ke Diamond & Platinum untuk polish aksesori weolls..
dah lama xgi sana..

sambil2 cuci mata ke Gulati's..

yeah..
terbeli kain lagiii...

help!


Tribal shawl!



How are you guys doing?

Hari ni nak promote shawl yang kawan saya jual.
Uolls bole beli terus dari dia di FB atau Instagram dia..

ni saya pakai petang tadi masa nak gi JJCM kat Secret Recipe,
SACC Mall.





take one




take two




take three




take four




take five




take six




take seven!!
ok itu jer..
hehe


search FB Irmazura Matdaud
ataupun Instagram dia @irmazura ok


thank you :)







Thursday, March 28, 2013

Shopping @ H&M lagi!





Hoyeah!!

Bestnya kalau setiap minggu shopping kat H&M kan.. Suka sangat baju2 dia especially bahagian baju budak budak.

Baju bajuan ni adalah hasil borongan beberapa minggu lepas :) lupa nak share kat sini. Ahem..

Selalunya kalau ke H&M, mesti diorang akan adakan satu port baju2 yang ada tulis DEALS, itu adalah baju yang diorang nak buat sale hari tu. So uolls yang nak beli baju dengan banyak dengan harga yang murah, belilah pada tag yang ada tulis DEALS ok :)

Sekian tips of the day..

Tata..


Sunday, March 17, 2013

Memborong baju kat H&M ❤





Minggu ni memang busy buat saya, lepas keje double shift, keje mlm etc, akhirnya dapat bershopping bersama keluarga selama 5 hari. omg! 5 hari? hehe..

Minggu ni, Mak, ayah, kakak & anak buah datang KL untuk JJCM. So kalau diorang datang KL, memang sayalah yang akan jadi tour guide diorang. hehe.. Betullah kan.. kata shopaholic :)

Mak memang datang KL kali ni untuk membeli sedikit barang2 untuk keperluan perniagaan kat Sabah sambil2 shopping kain baju raya. Siap tempah 9 pasang uolss :D

Ni gambar ke H&M hari tu. Kalau ke KL, mmg tak sah kalau x ke H&M. Rugi je tak beli baju2 comel & gojes dioran tu. Semalam ke Jusco, tengok harga baju contohnya Scarlet, sama je harga macam kat H&M. Kalau pandai pilih baju, bolehlah buat perbandingan sendiri kan.. Mana yang sesuai dan berkualiti..

Ok itu je nak cakap. Kat rumah ada Unifi ni, wajiblah tulis panjang2 kat blog lepas ni kan. Harusss..




p/s: top & pants by H&M
scarf by L_adorn ❤

Monday, March 4, 2013

My scarf collections :)




Salam semua..
lama tak update kan..

Hari ni just nak bagitau kalau ada sesiapa yang berminat nak beli scarf macam saya pakai ni.

Saya ada 2 lagi scarf macam ni.
Sesiapa yang berminat, sila emailkan ke : septembia1409@yahoo.com ok

RM35 satu termasuk poslaju.

InsyaAllah ada banyak lagi scarf yang saya akan jual nanti. Tetiba nak jadi bussiness woman kanzz.. hehe



Tata titi ❤
Mamayiyen.

Monday, January 21, 2013

Misi mencari baju renang :)





Wah! tajuk nak cari baju renang, tapi gambar lain. hik hik!

Ni actually memang dalam fitting room masa nak try baju renang tu. Alah.. baju renang muslimah ye uolls.. bukan yg seksi meksi tu :D

Masa ni yiyen tolong pegang baju tu, lepas camwhore, baru saya try baju2 tu. Xsabar nak berenang hujung minggu ni. yahoo!!

Iolls dah beli baju renang yang ada Love ❤❤❤ gittew. Awwww!! Nanti i update lagi hokey..

Tata..

Ootd / Wiwt:

#L_adorn, #H&M , #Yogapants #Grendha #Longchamp


Friday, December 28, 2012

Kasut kerja yang baru :)





Hi uolls!! Hari tu saya ada janji nak bagitau harga kasut ni kat sini. Sebab hari tu upload gambar kat instagram, saya dah janji nak bgtau harga kasut ni kat blog :) tapi lupa pula. hehe..

Ok, Kasut ni saya beli dengan harga RM239.00 uolls! Zang Toi kan. Harusss la.. tapi... mesti ada tapi kan..



dapat diskaun 70% uolls!! so kiralah berapa saya perlu bayar lepas diskaun tu :) Memang berbaloi! Hari ni dah start pakai kasut ni, selesa je masa berjalan & terasa comel je kaki :D


oklah uolls. itu je nak citer. nanti kita sambung cerita shopping lagi ye. tata ❤

Tuesday, December 18, 2012

JJCM at Paradigm Mall (H&M)



Seperti yang dijanjikan.. saya nak share dengan uolls semua masa JJCM kat Paradigm Mall. Jalan jalan hari tu memang actually nak cari makan je. Takde niat pun nak shopping tau.heee... Oh ye, Sesiapa yang tak pernah ke Paradigm Mall lagi, shopping kompleks tu bestttt sangat!! Rasanya banyak kedai yang best best macam kat Setia City Mall juga.. Apa yang best lagi, kat sana ada SEPHORA!! Omg!! nanti nak memborong kat Sephora pula :)




Hari tu pakai tema Electric Blue katanyer :) Neidal & yiyen pakai baju H&M sebab memang suka pakaikan diorang baju yang sedondon :)




Mula mula, kami gi makan dulu.. Restoren pertama yang kami jumpa, Nandos. Oleh kerana dah lapar sangat, so kami terus masuk dan makan. Tak sempat gi cari restoren lain dah.. Seperti biasa, oder quarter meal with 2 side dishes. Saya confirm akan order coleslaw & nasi :)




Neidal tiba tiba nak patung Mickey mouse hari tu  sebab kebetulan Toys R us ada buat promotion kat ruang legar concourse. Terpaksalah saya beli biskut lollychoc yang ada Mickey mouse..
Bila dapat, dia terus senyap. Nasib baik :) So bolehlah saya teuskan agenda bershopping saya dengan tenang ^_____^




Koleksi Hello Kitty kat H&M hari tu.. banyak design baru daripada yang kat Lot 10 dan Setia City Mall.. Siapa yang gila dengan brand Hello Kitty ni, wajib gi H&M. Ada baju, beg tangan,rantai etc etc..  
Best gila pegi hari pembukaan sebab banyak Opening price Sale!!




Jangan tak percaya, Dress cantik ni saya beli dengan harga RM12.90 jerr each!! instead of RM49.90 tau!
mula mula terkejut juga dengan harga dia..bila check balik, memang itulah harga promotion dia.. 
Terus grab 4 pieces.. total pun dalam RM50 lebih je. Berbaloi baloi :)
Dress ni saya belikan untuk Yiyen & cousins dia Audra, Audri dan Mia.



Hasil Shoppingan yang saya grab kat H&M Paradigm Mall hari tu. 7 pieces at only RM160++
Sila percaya! Oh ye, Tshirt Hotwheels Neidal tu, normal price RM39.90 tapi saya dapat dengan harga RM7.90 je. 

Koleksi pakaian H&M ni memang memikat hari. Kain dia pun memang berkualiti. So Uolls takkan rugi berbelanja kat H&M. Hari raya nanti, InsyaAllah nak borong baju kat sini lagi :)

Sebelum pegi H&M tu, uolls pilih dulu apa yang berkenan kat Website H&M Malaysia ok, sampai sana, dah senang nak beli apa. hehe.. Selamat bershopping uolls!! Sabtu atau Ahad depan saya pun nak pegi lagi..

Jumpa di sanaaaaaa!!




Tuesday, December 11, 2012

JJCM @ KLCC (ootd)





Hi uolls! Ni gambar minggu minggu lepas ye. Masa my SIL & family datang jjcm ke KL hari tu.

Yiyen ajak gi taman KLCC depan air pancuran tu, thats why keluar sekejap dari Suria KLCC :) Sambil sambil tu snap gambar dengan Yiyen & Neidal. Photo taken by Papayiyen.

Jum usha OOTD :)

Neidal:

Top: H&M kids
Bottom: Hush Puppies
Shoe: Adidas

Yiyen:

Top: H&M kids
Bottom: Cotton on kids legging
Sandal: Roxy

Mine:

Top: Ralph Lauren Long dress
Cardigan: Tz Factory
Bottom: Skinny jeans by Padini
Sandal: Fitflop


ok itu jer untuk hari ni ok. Nanti i update lagi kalau ada gambar yang best2 k :)

ciaoo ❤❤❤

Wednesday, September 12, 2012

Tudung Pearl Haya lagi.



Salam semua.. comey tak orang yang pakai tudung Pearl haya ni? hehe.. gambar ni dah lama actually.. masa bulan puasa lagi. Dah lama upload gambar ni, bila check tadi rupanya ada dalam draft lagi.. lupa nak publish..




Tudung ni harga dia dalam 190+ rasanya.. pernah masuk majalah untuk iklan Pearl Haya..
Kalau pernah masuk majalah, diorang takkan bagi diskaun untuk tudung ni.. Ni adik i yang beli.. i memperagakan aje :)




Gambar ni saya ambil dari Instagram adik saya Yohana. Comeykan tudung ni.. yang ni pun ada keluar majalah juga, so takde diskaun juga.. senang sangat nak pakai tudung ni.. alahh macam nak pakai tudung masa zaman zaman sekolah rendah dulu.. mula2 masukkan bahagian dalam tudung kat kepala, pastu masukkan tudung yang luar pula..tadaa! cantikkan..




Ok yang kat atas ni model terbaru Pearl Haya ye. hiks! saja je camwhore hari tu..




We Love Pearl Haya katanyer :D
Beli sampai 7 helai hari tu.. mampukan aje.. tudung raya lah katakan..




Sesi mencuba tudung dalam fitting room theyolls.. best gila butik PH ni boleh try try tudung lagi dalam fitting room. bau butik ni pun wangi sangat! i like!




ok ni tudung yang i beli. yang ni rm69 tapi dapat diskaun 30% untuk member.. so dalam rm30+ je hari tu..



Siap beli tudung sekolah yiyen pula.. yelah, mak pakai Pearl Haya, anak pun nak juga Pearl Haya kan.. harusssss!!


so apa tunggu lagi.. marilah beli tudung Pearl Haya!


p/s: Tudung Fareeda pun dah menjadi pujaan hatiku sekarang!

awwwww!!!




Monday, August 27, 2012

❤ at the first sight by Thepoplook.





Wee.. saja nak buat ceria di malam hari ni kan.. ❤ at the first sight ni maksudnya.. masa tengok dress ni kat website thepoplook, hati terus terpaut dengan dress ni. murah pula tu.. rm69 jerr..

Tanya kawan kawan mana kaler sesuai, semua cakap amik kaler hitam. so there u go, Penny chiffon maxi dress - Dotted black dah selamat dirasmikan Khamis lepas, hari raya ke 5, di tepian Pantai Bukit Keluang, Jertih Besut, Terengganu :)

Uolls apa lagi, gi serang website Thepoplook sekarang!! p/s: gi fb thepoplook juga ye. ada gambar ni kat wall theyolls. Sharing is caring katanyer.. harussss...


Friday, August 24, 2012

I ❤ beach by Mamayiyen.





Gittew.. tajuk tak tahan :) Tak sah tak gi pantai kalau balik nganu kan. So semalam ada sesi camwhore bersama anak saudara dan SIL. Yiyen Neidal sibuk main pasir pantai, so tak banyak sangat gambar diorang. Mama dia consentrate sorang sorang bergambar :D

Pantai bukit Keluang ni dekat je dengan rumah hubby kat Terengganu. dalam 20 minit rasanya. Kat sini siap ada Resort lagi tapi kami tak gi lah semalam, sebab tujuan memang nak berphotoshoot je :)

Ok, nantikan gambar seterusnya selepas ni ye. tata..

Dress : Penny chiffon maxi dress by Thepoplook ❤

Sunday, August 19, 2012

BerFareeda di pagi Syawal ❤





Salam 1 Syawal semua. Balik je keje pagi tadi, terus siapkan hidangan di pagi raya. Semalam, cik abang dah siap rebus nasi himpit. Rendang tok saya tempah sekilo dari kawan sekerja, sate instant hubby beli dari Ayamas siap dengan kuah kacang sekali. Ok lah kan sebab kami berempat je di pagi 1 Syawal ni. Esok baru beraya beramai ramai..

Lepas hidang semua bahan2 tadi, terus siapkan Yiyen & Neidal dengan baju raya. Pastu saya pula bersiap berbaju raya. Husband balik je dari masjid, bersalam salaman dengan dia dan anak anak, bergambar dan makan satu family ( berempat je pun ) saya pun terus berehat sekejap sebab kena bertugas petang pula lepas tu. ( 2pm )

Dan sekarang sedang menunggu sekiranya ada kes kes kecemasan pembedahan di dewan bedah. Hopefully dewan bedah hari ni cool je kan.hehe.

Ok, berbalik kepada tajuk sebenar entry ni, tercapai juga hajat nak ber Fareeda di pagi raya. Bersusah payah beli tudung ni tau. Nanti saya ceritakan ok. Kuikuikui.. Ape ape pun lepas ni ada satu lagi tudung Fareeda nak pakai di Hari Raya ni. Tunggu kemunculannya ok :)

harusss..

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin