Showing posts with label my collections... Show all posts
Showing posts with label my collections... Show all posts

Monday, December 9, 2013

Mamayiyen & Pandora





Sejak dua menjak ni, tetiba suka sangat dengan Pandora. Pandora ni actually a join venture / produk Habib Jewels. Ada banyak cawangan kat Malaysia sekarang. Saya biasa pegi kat Pandora setia City Mall & Alamanda tapi paling suka ke Pandora Empire shopping gallery. SA dia baik sangat dan peramah.

Suka sebab nampak cantik bila pakai dan pada setiap charms ada maksud tersendiri. Contohnya kalau mother's day ada charms untuk itu, untuk friendship pun ada etc.

Untuk koleksi Pandora Mamayiyen sekarang, bertemakan PURPLE. hehe.. cantik tak collections kita? InsyaAllah setiap kali ada hari penting, nak beli charms ataupun dapat as a birthday gift ok juga kan..

Buat masa ni, saya mampu ada yg sterling silver je, takde lagi yang emas. Mahal okeh kalau emas T_____T Harga kalau gelang silver tu je without charms pun dah RM295. Satu charms, start dengan harga RM139 keatas kalau tak silap saya. Takpe pelan pelan buat koleksi ni. Confirm penuh nanti kan. Jom kita buat koleksi sama sama. Mesti meriah nanti :) Pandora Club katanyer. yeehaaa..


Wednesday, November 27, 2013

Shopping kat Shoeblitz.com!


Salam Rabu semua. Cantik tak flats ni? Actually dah lama usha flats ni. Memang follow Shoeblitz kat Instagram, tapi selalunya tengok je kasut kasut theyolls. Haritu kebetulan Shoeblitz buat SALE, ternampak owner dia update gambar flats MissKaty Cat ni sale RM30 je! do you read me? RM30 je uolls!!




Cantik kan! Apa lagi, bila tau sale RM30 je, terus whatsapp laju laju owner dia. Dia rely & bagitau termasuk poslaju, RM40.Ok lah kan sebab siap dapat kotak pink theyolls yang cantik tu. Terus transfer duit thru Maybank2u :) saya ni memang cepat je kalau nak shopping online. Susah gila nak cakap taknak ^_______^ Sukaaa sangat flats ni. Dah le selesa! Belum rasmi lagi tau. Mungkin next vacation, saya akan rasmi flats ni :) heee..




Ni haritu just try test je. Suruh Yiyen snap. Masa ni nak hantar Yiyen gi school. Sempat snap sebab nak tunjuk kat owner shoeblitz.hehe..

Uolls yang nak beli flats cute macam saya ni dan macam macam design lagi, boleh lah ke website diorang kat SINI dan boleh beli direct dari sana juga. Ada wedges yang cantik juga tau. Cepat gi website diorang.
Fyi, i pakai saiz 38 atau 39. mana2 pun boleh. hehe.. budget ada orang nak sponser SHOES baruuuuu.

Selamat bershopping uolls!!

psst, tadi saya check masih ada SALE Rm30 lagi sekarang. Cepat! Add to cart!



Thursday, October 17, 2013

Tantalizing Thursday !




Yeah!
Received a belated birthday gift from a friend of mine yesterday. Happy sangat sebab memang dah lama mengidam nak pakai brooch Chanel :) Thank u friend for the lovely gift.

Nanti dah pakai brooch tu, i akan upload gambar ok. Hehe..

Ok itu je nak cakap harini. Sebab happy sangat ❤


Tuesday, October 15, 2013

Mamayiyen InstaSHOP !



Salam pembaca blog Mamayiyen semua :) Hari ini Mamayiyen nak mewarwarkan kehadiran InstaShop milik Mamayiyen kat Instagram. Uolls sudi lah kiranya menjenguk IG shop tu ye. Baru nak bermula ni. MAMAYIYENCOLLECTIONS diberi nama. hehe.. 



Gambar dari IG Mamayiyencollections. snap daripada screen je tadi :)



Ada barang baru dan juga per Loved items.





Email atau pun comment je bawah gambar , InsyaAllah saya akan reply as soon as possible ok.




yang ni per Loved items :)





Wristlet Coach pun ada uolls!!



Haa.. sesiapa yang dah jadi followers Mamayiyencollections tu, terima kasih & yang dah pernah beli dengan Mamayiyen pun, terima kasih diucapkan ok.

InsyaAllah.. satu hari nak buat kuiz & ada hadiah best menanti :)
Tunguuuu..




Friday, June 28, 2013

Hijab of the Day





I wore green today. Green is my favourite colour actually :)
Picture taken at Columbia Asia Hospital this early morning when i accompanied hubby to see doctor for his Follow up after the operation. Operation? owh ya, hubby has undergone a minor surgery last Monday & he's recovering now. Thanks for the prayers & Doa from all friends & relatives either FB or Instagram.

Love uolls ketat ketat!


Sunday, May 19, 2013

My first LV wallet dari Paris ( katanyer )


Holla uolls..
sorry la lambat update. sedangkan banyakkkk sangat nak share dengan uolls kat sini..

Nampak tak gambar kotak kaler coklat kat bawah ni?
apa? tak nampak? ke buat2 tak nampak?
hehe..




Syukur Alhamdulillah..
dapat juga akhirnya Wallet LV saya yang pertama. Yelah kan..kita penat kumpul duit, bila dapat apa yang kita wishlistkan, mestilah happy dan bersyukur kan :)

Saya memang selalu buat target tahun ni nak apa.. dan tahun depan nak apa..
i mean 'wishlist' utk shopping la..
nakal kan..



pic: bersama my sister Yohana & My BFF, si Duta Ladorn , Syai & anak dia Aryssa. 

Thanks adik ku, Yohana yang telah belikan dari Paris gittew!
awwww!! tak? hehe..
Mula2 berdebar juga kalau design yang saya nak tu takde dalam butik hari tu,
tapi bila adik saya whatsapp lima minit kemudian,
wallet yang saya nak tu memang ADA, so..
happy sangat!

uolls tau kan, kat Paris , harga LV jauh lebih murah berbanding kat Malaysia?
Harga handbags boleh mencecah kurang seribu daripada harga di Malaysia. so memang berbaloi kalau beli kat sana. I mean, kalau ada saudara mara yang akan ke Paris, sila lah kirim ok. Tapi uolls bagilah sedikit duit belanja untuk diorang kan sebab, kesian diorang kena angkut beg uolls tu sampai Malaysia :)




Hehe.. ni dia masa adik i baru sampai dari UK. Diorang hari tu buat 19 Days trip to Europe. Siap pegi Rome Italy, Armsterdam, UK, Paris..etc.

berbaloi baloi sebab dah pergi melancong jauh2 sebelum kawen kan.
Kalau lepas kawen, memang susah sikit nak berjalan. Nak2 yang dah ada anak.

Ape ape pun. Saya happy dengan wallet baru saya.
Wallet lama, simpan dalam kotak dulu ye.
Wallet lama tu (Coach) adalah hadiah birthday dari my BPP juga.
So sayang juga kat dia..


Ok lah uolls..
gud nite! 



Saturday, March 30, 2013

Tribal shawl!



How are you guys doing?

Hari ni nak promote shawl yang kawan saya jual.
Uolls bole beli terus dari dia di FB atau Instagram dia..

ni saya pakai petang tadi masa nak gi JJCM kat Secret Recipe,
SACC Mall.





take one




take two




take three




take four




take five




take six




take seven!!
ok itu jer..
hehe


search FB Irmazura Matdaud
ataupun Instagram dia @irmazura ok


thank you :)







Thursday, March 28, 2013

Shopping @ H&M lagi!





Hoyeah!!

Bestnya kalau setiap minggu shopping kat H&M kan.. Suka sangat baju2 dia especially bahagian baju budak budak.

Baju bajuan ni adalah hasil borongan beberapa minggu lepas :) lupa nak share kat sini. Ahem..

Selalunya kalau ke H&M, mesti diorang akan adakan satu port baju2 yang ada tulis DEALS, itu adalah baju yang diorang nak buat sale hari tu. So uolls yang nak beli baju dengan banyak dengan harga yang murah, belilah pada tag yang ada tulis DEALS ok :)

Sekian tips of the day..

Tata..


Friday, March 15, 2013

Salam Jumaat dengan L_adorn ❤





Assalamualaikum..
Wah.. sopan je bagi salam kan. hehe.. Sesiapa yang suka dengan tudung ni, silalah ke www.ladorn.co.uk untuk beli ok :)

Much ❤,
Mamayiyen


Monday, March 4, 2013

My scarf collections :)




Salam semua..
lama tak update kan..

Hari ni just nak bagitau kalau ada sesiapa yang berminat nak beli scarf macam saya pakai ni.

Saya ada 2 lagi scarf macam ni.
Sesiapa yang berminat, sila emailkan ke : septembia1409@yahoo.com ok

RM35 satu termasuk poslaju.

InsyaAllah ada banyak lagi scarf yang saya akan jual nanti. Tetiba nak jadi bussiness woman kanzz.. hehe



Tata titi ❤
Mamayiyen.

Friday, December 28, 2012

Kasut kerja yang baru :)





Hi uolls!! Hari tu saya ada janji nak bagitau harga kasut ni kat sini. Sebab hari tu upload gambar kat instagram, saya dah janji nak bgtau harga kasut ni kat blog :) tapi lupa pula. hehe..

Ok, Kasut ni saya beli dengan harga RM239.00 uolls! Zang Toi kan. Harusss la.. tapi... mesti ada tapi kan..



dapat diskaun 70% uolls!! so kiralah berapa saya perlu bayar lepas diskaun tu :) Memang berbaloi! Hari ni dah start pakai kasut ni, selesa je masa berjalan & terasa comel je kaki :D


oklah uolls. itu je nak citer. nanti kita sambung cerita shopping lagi ye. tata ❤

Saturday, May 26, 2012

Nine West RM59??





Sila percaya dengan apa yang anda baca ok sebab saya dah beli 2 pasang kasut Nine West kat Parkson KLCC semalam! yeeha! sangat berbaloi sebab bayar RM118 je semalam :)

Yang ni adik saya punya, yang saya punya nanti i reveal ok. saja nak bagi suspen :D

Sesiapa yang rasa nak beli tu, sila terjah Parkson KLCC hari ni ye, sebab semalam pun dah ramai membeli. takut saiz uolls dah takde. Kalau ada memang uolls bernasib baik sangat sangat :)

Selamat merembat Nine West uolls!! daaaa...


Sent from my iPhone


Sunday, March 4, 2012

My first Fitflop :)




Yeay!! finally got my Electra Strata ~ Palladium from Fitflop last day Sale today!! RM199 only instead of RM299 if i buy from Isetan or Parkson KLCC / Pavilion :)

Senyum sampai ke telinga sebab dah dapat Fitflop. yahoo!! Uolls yang nak pegi, sempat lagi sebab sampai pukul 6pm hari ni last day tau!

Cepatan!!

Sent from my iPhone

Wednesday, December 14, 2011

Not so WW : Hadiah dari Nuffnang :)


Tengok gambar pun sudah pasti teruja. apatah lagi Tajuknya kan? Jangan marah uolls.. Nuffnang kan sayang saya.. so theyolls bagilah jam tangan kat saya yang amat meminati jam tangan ni..

Upssie! jangan cepat melatah! yang sebenarnya saya beli jam ni hasil dari duit blogging yang Nuffnang bagi tu.. Aww.. seronok sangat bila dapat cek dari Nuffnang!

Memang berazam bila dapat cek nak beli something that always can be remembered, as a blogger :)

Thank u once again Nuffnang sebab bagi saya kegembiraan ini. Muahhcakk!!

p/s: gambar jam yang satu dari website yang satu lagi gambar jam sebenar yang sedang berada digenggaman :D




Monday, December 12, 2011

Baju baru lagiii!





Yeay!! rasanya dalam beberapa bulan ni, saya dah banyak kali tukar baju cik iPoon saya ni :))
Sabtu lepas gi JJCM, beli baju baru lagi untuk dia.. comel kan baju baru dia? Bila nampak je chasing Hello kitty ni, terus rasa nak beli sebab saya rasa cute sangat untuk cik iPoon saya :))
So hello Hello Kitty! selamat jadi pelindung kepada handphone saya ok.. kamu memang Cute!

Tuesday, November 15, 2011

Baju baru cik iPoon


Wah gittew!
Memang pun.. cik iPoon kita dah ada baju baru dah..




Bling bling katanyerr!
suka sekali dengan baju baru dia :)




Ok yang baju saye pakai ni pun baju baru juge.. Cantik tak?


Monday, November 14, 2011

Sambungan souvenir!



Ok gambar ni dah upload kat instagram juga. those who follow saya kat instagram dah tengok dah saya menggayakan t-shirt I Love London ni :) Thank you Cheng for the tee..




Salah satu makanan yang di bawak balik dari USA oleh adik ku ialah popcorn ini. Bila nampak Cheng Cheng tweet pasal Poppycock ni, terus suruh tapau! Dia cakap sedapnya ya ampun!! Bila dia dah sampai Sabah..Yang mula mula rasa is adik, abang & kakak saya.. yelah masa diorang transit kat KLIA hari tu, beg theyolls dah direct ke Sabah..so memang tak sempat nak merasa Poppycock ni...Diorang semua cakap sedap. terbaekk la sampai berebut pastu nak habiskan konon taknak kasi saya rasa.. kebetulan 3hari lepas tu adik saya Cheng cheng kena datang KL untuk kursus pula..so dia bawakkan lah untuk saya.. Nasib baik dapat merasa 1 peket! FYI,Cheng cheng tapau 10 peket Poppycock ni dari USA! Mula2 masuk mulut jer terus speechless sebab caramel dia tengah mencair dalam mulut! haha! memang sedap i tell you Poppycock ni. Nape kat Malaysia takde jual eh? kalau tak,boleh borong 10 peket lagi :D Saya pernah juga dengar satu brand lagi yakni popcorn Garret eh? diorang cakap popcorn ni sedap juga.. mohon share kalau tau ye :)




10 helai baju untuk saya,hubby dan anak anak :) haruss best! ada wrangler, Levi's, kenneth Cole etc.. harga pula murah murah semuanya. bila saya tengok tag dah murah, adik cakap ada discount lagi. OMG! saya tak boleh bayangkan kalau saya yang pegi USA tu..confirm Gedung Ross tu saya pajak! hehe..




Baju ni sengaja nak highlight sebab Cheng Cheng cakap bapa saya yang pilihkan untuk saya! Pandai sekali bapa pilih baju untuk saya,, bila pakai baju ni sangat cantik dan terletak je.. nanti harus update kalau saya dah pakai baju ni ye.. Thank you Pa!




Ni pula baju Neidal. Di beli dari Montana, tempat adik saya tinggal.. Yang best pasal baju ni.. ialah dia akan Glow in the dark! best kan.. malam malam kalau nak cari Neidal, tengok je mana baju yang menyala :D bila tau baju ni GITD, Yiyen pun terus jeles.. dia cakap kenapa baju dia tak Glow? hmmmm... nasib baik saya terus cakap takpelah Yiyen dapat jeans Levi's.. mahal tau jeans ni..terus dia terdiam :)

That's all for now..Ada lagi barang sebenarnya..tapi biarlah rahsia.. hehehe..jangan marah!! Awwwwwwwww!!


Sunday, November 13, 2011

Souvenirs From USA & UK





Jumaat lepas dapat souvenir ni dari adik ku si Cheng Cheng.. happy sangat..
Bukan dapat ni je tapi ada banyak lagi.. tapi hari ni nak tunjuk yang ni dulu ye. sayakan pengumpul FM harusslah banyak dapat! Thank u cheng, mom & dad :)

Akan ku jaga FM ni elok elok ok. Jangan saja Neidal pecahkan.. OMG!



Saturday, October 29, 2011

Terbeli!





Auchh!
Baru je beli heels minggu lepas sempena our Annual Dinner.. ni dah terbeli lagi. Tapi eh, lupa nak share heels tu.. nanti ye.

Sebab sebab pembelian wedges ni ialah.. Aldo, Cantik, berkenan, hitam bole match semua baju, murah sebab sale! dan yang penting sekali sangat Selesa! Jangan marah ye kekanda :) sebab i memang camni :))
hikhik..

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin