Showing posts with label yiyen's. Show all posts
Showing posts with label yiyen's. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

A Simple celebration!





Gambar kawan2 Yiyen dengan kawan kawan nursery dia.

Ni sebenarnya adalah kejutan untuk mama dia. Masa tu mama dia otw balik keje pukul 5.15pm, Yiyen message, "mama, kawan2 Yiyen dah ada kat rumah nak celebrate birthday Yiyen" +______+

Terkejut mak, sampai rumah, kawan2 dah ada. Terus suruh papayiyen beli kek & kfc. Tanya Yiyen kenapa jemput kawan, xbgtau mama? Dia cakap bukan ke mama yg suruh? Adoiii.. miscommunication rupanya. Actually nak buat birthday dia minggu2 depan sebab minggu ni busy sangat. Sekali lain jadinya.

Ape2 pun, kalau xde aral, nak buat juga birthday dia. InsyaAllah.. yang teratur sedikit :)


Sunday, October 13, 2013

Kasut baru Yiyen





Tadaa.. cantik tak kasut baru Yiyen? Setiap tahun mesti nak belikan kasut baru untuk Yiyen & Neidal. Tapi untuk Neidal dalam setahun 2 kali sebab kaki dia cepat membesar. Almaklumlah budak kan cepat membesar.

Ok jom cerita pasal kasut ni. Mana i beli & berapa harga dia. I bgtau kat sini je sebab haritu dah upload gambar kat Instagram tapi tak bagitau beli kat mana.

Kasut Ralph Lauren memang menjadi idaman saya & hubby nak beli untuk Yiyen & Neidal. Selalu survey kat Parkson KLCC tau Pavillion je. Memang lah mahal & takde diskaun. Ada pun dalam 10% off tapi bukan design yang kita suka.

Minggu lepas, JJCM kat Sunway Pyramid, lalu satu kedai STAR THREESIXTY ( rasanya G Floor, depan ice ranking ) then nampak satu sudut jenama kasut POLO Ralph Lauren. Apa lagi, Mamayiyen yang dah memang lama nak survey kasut ni pun, teruslah masuk kedai tu. Ada lekat stickers 50% off uolls! Terus tanya SA itu ini & terus beli 2 pasang. Yang penting ada 50% kanzzz hehehe.. Satu tu sandal Mamayiyen. Kalau tak tengok IG lagi , nanti Mamayiyen upload kat blog hokey. & Kalau uolls nak tau berapa harga, silalah ke sana. Hehehe.. Tata titi tutu.


Yang suka shopping,
Mamayiyen :)


Wednesday, August 22, 2012

Yiyen ku sayang ❤





Salam Aidil Fitri ke 4 semua..

Ni gambar Yiyen masa Raya pertama Ahad lepas. Syukur Alhamdulillah Yiyen puasa penuh lagi tahun ni :)

Sunday, August 12, 2012

Baju raya Yiyen & Neidal 2012 ❤





Kebiasaannya memang saya akan beli baju kurung & baju melayu untuk Yiyen & Neidal pada Hari Raya pertama. Untuk Hari Raya ke 2 dan seterusnya, selalunya kemeja atau tshirt je untuk Neidal & Dress pula untuk Yiyen.

Tahun ni tema baju raya memang kaler hijau. Emerald green katanyer :) raya ke 2 atau ke 3, saya beli satu set kaler orange pula untuk kami sekeluarga :) Ni nak share gambar baju anak anak dulu ye. baju papa mama lambat sikit ye. hehe..

Info baju Yiyen :
Hijau dari Rainia Boutique,
Putih + bunga biru dari #RingAroundTheRosie Sacc Mall

Info baju Neidal :
Hijau dari Omar Ali Sacc Mall
Orange dari Ralph Lauren Kids


p/s: tunggu update seterusnya ye. banyak lagi baju raya nak update ni :) hihi!

Monday, August 6, 2012

Mamayiyen dalam Harian Metro.




Salam semua.. lupa pula nak update pagi tadi. Minggu lepas teruja sekali bila ada seorang wartawan HMetro nak interview kiteww :)

Dalam masa seminggu je artikel ni keluar. Thanks to Aniza from Metro yang tulis cerita "Rumah mana beraya?" & also to Azie too :) Glamer sekejap mamayiyen. hehe..


Harian Metro 5 Ogos 2012
bhg halaman Majalah Metro.

p/s: Alhamdulillah, Papayiyen dah beransur pulih tapi tak boleh puasa lagi. duduk rumah je sampai hari isnin ni untuk berehat. Hopefully semuanya ok..

Monday, June 18, 2012

My Two Heroes ❤





Happy Father's Day dear Dad, Hubby, Father in law & all Father's out there!

We all Love u guys so much & Thanks for being there when we need you :)

Love,
[ Mama+yiyen+neidal ]

Friday, June 8, 2012

TGIF





Yeay! its Friday already. Asal hari Jumaat je happy, asal happy je hari Jumaat. hehe..

Itu je nak cakap. Another 5 weeks to go untuk kursus saya ni habis.

Can't waitt!! yahoo!


Tuesday, June 5, 2012

Yiyen Aleesya

Lama tak post gambar Yiyen kat sini kan :) Eh, ke ada? lupa pula..

Bukannya apa saya ni jenis dah tulis kat blog, kadang kadang tak sempat pun nak baca previous entry blog diri sendiri T____T Busy katanyer :D

Gambar ni gambar sabtu lepas masa balik dari Wedding kawan saya kat Ampang. Yiyen nak sangat bunga Raya tu, bila jumpa pokok bunga raya tepi jalan, siap suruh berenti nak petik bunga. Pelik tapi benar.

Macam macam anak mama seorang ni :) p/s: minggu depan result peperiksaan semester satu Yiyen keluar, hopefully sangkutlah bawah no 10 sebab kelas dia kali ni semua pandai pandai. Risau sangat..

Mama dia pun sedang berdebar juga ni actually sebab exam Formative 2 akan diumumkan minggu depan juga.. Oh double risau!

Thursday, May 24, 2012

Baru :)





Cantik tak cantik tak? gittew.. jangan jeles ye sebab mak ada crocs baru.. awww!!

Itu je nak crite :)

 #kthanxbye hehe..

Sunday, May 20, 2012

Hadiah untuk Yiyen.

Thanks atuk sebab hadiahkan Yiyen 4 wheel scooter (princess) ni. Ni lah yang dia idam idamkan sejak beberapa bulan lepas. Balik balik nak scooter ni.

Bila Yiyen dapat markah 100% hari tu, atuk dia hadiahkan duit untuk beli scooter ni. Semalam baru sempat beli. Ada banyak kaler & design. Ada Winnie the Pooh, ada Mickey Mouse tapi kaler
pink juga dia nak :)

Cute kan scooter ni, zaman akak dulu takde pun camni ^______^ hehe.. Exam semester 1 ni pula, saya cakap dengan Yiyen, kalau dapat no 1, 2 atau 3, saya akan bawa di ke hotel & mandi manda kat kolam renang. Punya main bersemangat dia nak exam hari tu..

Balik dari exam setiap hari, saya tanya boleh jawab tak soalan exam hari ni, dia cakap boleh, tapi ada sikitlah tak boleh jawab, tapi lepas tanya cikgu, Yiyen boleh jawab dah :) Harap harap Yiyen dapat no 1,2,3 katanyer.. hihi!

Good Luck anak mama! Minggu depan exam kat KAFA pula. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah..

Thursday, May 17, 2012

Mother's Day present from Yiyen



I am so touched when Yiyen gave me this cute teddy bear last nite. "mama nah hadiah mother's day untuk mama" terus terharu T_____T

She bought this from her school with her "duit tabungan" dia kumpul seringgit setiap hari katanyer.


Thank u yiyen. mama will keep this forever~ Love u ❤ anak mama!!


Saturday, April 28, 2012

NEIDAL is TWO!






Today is the day when the fun will never end, Yippie! Your birthday is here and it's your 2nd!

I wish you have a brilliant day my dear one. May you continue to grow up more adorable over the years.

Your second birthday brings me back to the days when i first held your fragile body in my arms.

Happy Birthday my Champion NEIDAL!
We love you so much ensemboy :)

From,
Mama, Papa & kakak Yiyen ❤




Wednesday, April 25, 2012

Wednesday, February 22, 2012

WW : my Hero & Heroin :))




Nureen Aleesya Bt Azlan @ Yiyen





Alzreil Neidal Bt Azlan @ Neidal

Casting ni actually 7 bulan lepas.. lupa nak share dengan uolls :))
tak sempat lagi nak udate profile diorang ni..mama dia busy katanyer..

p/s: DZMS Ni actually Modelling agency yang uruskan Lisa Surihani :)
awwww...





Saturday, January 28, 2012

Splash Splash with Yiyen & Neidal :)



Salam semua..
sorry sangat sangat sebab tak sempat nak update pasal tempat bermandi manda hari tu.





 Ok hari ni nak bagitau tempat tu adalah kat Wet World Shah Alam yang terletak betul betul bersebelahan dengan Tasik Shah Alam tu. Harga untuk dewasa adalah RM20 ( tahun lepas RM10 ) dan kanak kanak RM16. untuk kanak kanak bawah 85cm, masuk FREE!! yeay!! sebab hari tu bayar RM56 je. Neidal masuk percuma :)





Wet World ni di buka bermula dari jam 10AM sampai pukul.. tak ingat.. hehe. Tapi rasanya dalam pukul 7PM kot. Tempat ni berbaloi sangat nak pergi kalau just nak mandi je, berbanding Sunway Lagoon sebab kat sana mahal, kat sini murah.. memanglah tempat ni tak secanggih Sunway Lagoon tapi kalau just nak mandi manda bersama keluarga, semua ada disini. Siap promote gittew :) sesuai untuk keluarga bersantai. Ada juga disediakan kedai cenderamata & kedai jual makanan & minuman di sebelah swimming pool!




Puas hati sangat mandi hari tu sebab dah lama tak mandi sambil gelongsor gelongsor.. best gila! siap air masuk telinga lagi. haha! tapi sekejap je. pastu ok. balik rumah, tengok cermin, akak dah jadi Dayang Senandung T______T huwaaaaa!!!



Ni update guna iphone je tau sebab malas nak buka laptop. Nak update belog sambil baring baring gittew!! Jom layan beberapa keping gambar Yiyen & Neidal main air.



yeehaa!!



yahoo!!!

Thursday, January 5, 2012

Yiyen first day at KAFA




Syukur Alhamdulillah.. Yiyen dah masuk Darjah 2 tahun 2012 ni. Semalam dia dah start kelas KAFA dia. Tahun lepas dia tak masuk kelas KAFA disebabkan masalah masalah yang tak dapat dielakkan.. nasib baiklah keputusan PAI dan BA dia dapat 80 markah ke atas juga.

Tahun ni kami nekad kena hantar dia juga ke kelas KAFA. Kelas petang sekolah biasa juga berjalan dengan lancar semalam. Yiyen masuk Kelas Intelek :) Papayiyen amik cuti memandangkan saya kerja semalam.. pendaftaran kelas dan memberian buku teks dah settle semalam.. cuma buku teks dan buku aktiviti tak balut lagi.. malam ni mama balut ye Yen. mamayiyen penat :D

Semoga Yiyen menjadi pelajar yang cemerlang selalu.. Amin ya rabil Alamin..



Friday, December 9, 2011

Hello Miss Whitey :)





Yeay!! Yiyen already got her own handphone now.. she named her hp "miss whitey"
Yiyen got this birthday present from her Atuk as she wish to have her own handphone..

Thank you AtukYiyen :) Yiyen like it so much :))


Wednesday, November 30, 2011

WW : Yiyen's 7th Birthday Cake :)


Hi semua,

Just nak bagi update sikit pasal kek birthday Yiyen . Kek dari Secret Recipe je sebab balik kampung husband so, memang tak sempat nak tempah personalise punya kan.

Macadamia white chocolate perisa dia. Sedapp!

Happy 7th Birthday Yiyen ku sayang.


Tuesday, November 29, 2011

Happy 7th Birthday Yiyen!





Macam tak percaya diam tak diam Yiyen dah 7 tahun hari ni. (29.11.2011)
Happy Birthday Yen. Mama Love u so much :) Muahhhhh!!
from Terengganu with love..

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin