Showing posts with label home deco. Show all posts
Showing posts with label home deco. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Hasil hiasan bilik by Mamayiyen


Salam semua..
agak lama juga tak update belog letak gambar banyak banyak ni kan..
bukannya apa uolls.. sekarang ni memang susah nak online.. lagipun banyak kerja sekarang. Ini pun nasib baik ada iPhone senang sikit nak update dalam belog ni..




Hari ni just nak share dengan uolls semua mengenai hiasan dinding kat bilik Yiyen ni..
Sabtu lepas adalah hari mengemas bilik Yiyen dan bilik tetamu. Almaklumlah dah lama tak kemas kan..
So hari tu buat general cleaning sambil buang buang apa yang takpatut.

Owh.. teruja tak tengok cat dinding kat bilik Yiyen tu? Itu actually saya yang buat. Apa? tak percaya? hmmm... percayalah sebab memang saya yang cat :) 
Cantik tak? siap buat design LOVE lagi.. Fyi, cat tu adalah jenama Jotun dan memang bagus sangat. Kalau anak anak conteng dinding, boleh padam je contengan diorang tu.. Ok enuff pasal tu.. kita gi gambar kat bawah ni pula ok..




Ini bilik tetamu yang saya dan ubah sedikit kedudukan tempat tidur tu. Yelah kadang kadang kena juga tukar citarasa kan.. baru tak boring sangat :) Hiasan dinding dan lain lain memang saya yang hiaskan semua..
Nantilah kalau ada rezeki nak tukar design pula tahun depan.. InsyaAllah..




Yang ni mesti dah boleh agak bilik siapa kan.. yang ni confirm lah bilik anak kesayangan saya tu..
Bilik Yiyen :) Dia kan memang suka kaler Pink, so bilik dia pun ala ala girlish gittew..
Seperti biasa, hiasan bilik dia saya yang uruskan..
Owh ya, bilik Neidal kat tingkat bawah tapi bilik dia, dia tak pernah tidur pun sebab masih kecil kan.. so bilik tu ala2 stor mainan  diorang berdua juga. Nanti kalau ada masa, saya ambil gambar bilik Neidal pula ye.. Hopefully you guys suka baca pasal interior design ni ok. sebab saya memang dari dulu suka bab bab Interior design ni. Cuma profession je lain :)

hehe.. bye guys!



Thursday, May 24, 2012

Baru :)





Cantik tak cantik tak? gittew.. jangan jeles ye sebab mak ada crocs baru.. awww!!

Itu je nak crite :)

 #kthanxbye hehe..

Saturday, April 28, 2012

NEIDAL is TWO!






Today is the day when the fun will never end, Yippie! Your birthday is here and it's your 2nd!

I wish you have a brilliant day my dear one. May you continue to grow up more adorable over the years.

Your second birthday brings me back to the days when i first held your fragile body in my arms.

Happy Birthday my Champion NEIDAL!
We love you so much ensemboy :)

From,
Mama, Papa & kakak Yiyen ❤




Monday, April 16, 2012

Cuci mata tengok Shoe racks!



p/s: Sape nak beli Maxi Dress Mamayiyen, klik DISINI :) RM79 jer


Sebenarnya saja je browse rak rak kasut yang ada di pasaran sekarang kan..
pastu jumpa lah rak kasut ni..
OMG!
best kan..



i wish i have this kinda shoe rack!
puas hati boleh susun kasut ramai ramai..hehe..






Aaaaa... yang ni tahap diva punya shoe rack sebab macam nak jual gittew..
tapi best juga kan.. senang nak pilih kasut sebab facing our site..so senang nak tengok kasut..



yang ni pula spinning shoe rack..
senang nak pilih..putar putar jer..




this is the most cutest shoe organizer ever!!
bentuk macam pokok..rasanya kalau Neidal ada shoe rack ni, confirm dia rajin nak susun kasut dia hari hari kan :)

Last but not least..ini lah rak kasut yang saya ada kat rumah..
sadiskan.. kasut banyak tapi semuanya dalam kotak kasut lagi..
rak kasut ni saya beli kat Ikea dalam rm12 kalau tak silap saya :)

Uolls ada rak kasut yang best? sharelah dengan saya ok..

Tata..



Sunday, April 1, 2012

The Tudungss!





Dah lama nak susun tudung camni sebenarnya tapi asyik tertangguh je hasrat dihati. Memandangkan terlalu banyak tudung hamba, so petang tadi pergilah mencari tudung organizer ni.

Tudung organizer katanyer :) Dulu actually pernah beli kat Ikea
camni. Kalau tak silap, harga dia rm25 kan? Tapi ada orang nak beli, dan memang rasa malas nak susun tudung masa tu. Ni bila dah banyak sangat dan susah nak cari tudung kalau tengah kelam kabut nak keluar, terus nak susun tudung :D


Ok, organizer ni ada 28 slot, 7 x 4 slot katanyer, so bolehlah masukkan 28 helai tudung uolls kan. Tudung saya memang tak cukup korum lagi ni. Banyak lagi yang tersusun indah dalam bakul.. so maybe kena beli lagi satu organizer :)

Harga pun murah je. rm10! murah kan!! daripada tudung kita tak teratur, baik susun dengan cantik, redup mata memandang :) hehe

Ok, selamat menyusun tudung uolls!


Monday, February 21, 2011

Koleksi Fridge magnet Nurshazura & Ainor :)


Terima kasih Nurshazura & Ainor kerana sudi berkongsi minat dan gambar Fridge magnet kat blog saya ini.



Fridge magnet Nurshazura


Memang comel2 belaka FM Nur sebab banyak FM binatang.suka sangat!

owh ya,
Nur ada buat entry khas pasal fridge magnet ni kat blog dia..and also
entri khas untuk mamayiyen :)
thank you so much Nur.. cayalah peminat hijau juga rupanya..

sila baca entri tersebut di SINI


ok..
yang ni pula koleksi Fridge Magnet Ainor
Ainor dah buat entri ni bulan April tahun lepas lagi.. dia just nak share kat sini je FM dia..
suka ada FM dari Sabah gambar 'Sumandak' sedang tiup 'Sompoton' tu :)


sila baca entri tersebut di SINI



Fridge Magnet Ainor


p/s: saya tau ramai silent reader baca blog ni tapi tak pernah comment di sini.. kalau uolls ada koleksi fridge magnet, jangan segan silu ye..nanti saya share kat blog saya ni juga..


haruss..
tata!

Friday, February 18, 2011

Fridge magnet ku yang tak seberapa


Walaupun tak sebanyak mana koleksi fridge magnet ku..tapi ku sudi berkongsi gambar dengan uolls semua :) hehe.. sebenarnya dah lama kumpul fridge magnet ni..tapi masa nak pindah rumah hari tu,banyak yang hilang & pecah..sayang sekali..sape pengumpul fridge magnet di sini? and sesiapa yang nak gi bercuti kat oversea tu..bagitau lah kat saya sebab nak kirim beli ok.nak menambah koleksi :)



Cute tak? siap ada hush puppies punya fridge magnet gittew..


Untuk view yang lebih jelas..
rasanya fridge magnet yang paling lama saya simpan ialah yang Garfield tu..dah dekat 10 tahun rasanya..fridge magnet tu sebenarnya saya beli untuk di lekatkan kat fridge rumah kat sabah..tapi bila balik hari tu..geram pula tengok sebab cute sangat..so saya pun bawak balik KL..buruk siku kan..hehehe..


Fridge Magnet saya ni ada juga hasil pemberian kawan2 as a gift kalau diorang gi melancong..


Eh..ni bukan gambar fridge magnet ye..saja tempek kat sini :) kasi tengok dapur i yang tak berapa comel ni..hehe..uolls yang ada buat entry pasal fridge magnet tu..bagilah link kat saya..nak juga tengok hasil pengumpulan FM uollss ok..


ADIOS!

Wednesday, August 25, 2010

Rumah ku syurga ku :)


Bila tengok gambar ni terus rasa nak kemas rumah dan nak cantikkan rumah ala ala casa impian..hari tu beria ia kemas rumah siap post lagi gambar rumah..hehe jom cantik kan rumah!



dulu pernah buat entry pasal rumah..kalau nak baca lagi,silakan :) baca lah disini

Wednesday, March 10, 2010

Inspired by Yiyen..

Amboi..amboi...macam jenama Perfume pula entry kali ini... actually just want to share dgn u olls dengan kreativiti Yiyen ku ini! I rasa yang my daughter ni pun ada minat nak jadi Part Time Interior Designer macam Mamanya jugalah..hehehe..bacalah entry seterusnya k..

See..di minta bergambar terus silang kaki..auutomatically! but yang ni bukan kreativiti nya yang saya nak share tu..tapi yang ini..

Di bawah ini ialah hasil titik peluh ku mengecat bilik yiyen (adikku yg used to sleep here before) ianya juga hasil inspirasi yiyen..dia nak corak LOVE katanye...hehehe..so,i catkan saje.. isn't it cute?

Aahaaa....this one is hasil tampalan2 wall sticker By Yiyen juga ye..Dia yang request biliknya dihiasi dengan Butterfly2 yang indah itu..Hari tu masa beli Wall sticker ni..dia pilih nak sticker Butterfly nih..Tak tau kenapa tapi mungkin dia ni Pencinta Alam kut..baguslah kalau macam tu :) Aku lagi suka..

The Dora Wall sticker pun pilihan dia..tapi yang ni,aku yang tolong tampalkan sbb agak susah nak tampal..nanti kang berterabur pula hiasan dinding tu..

This one is Our Guest Room di tingkat bawah rumah.. Wall Sticker bunga2 tu dipilih oleh Yiyen juga..dia kata baik tampal kat sini sbb..boleh buat Tong Sampah ni jadik macam Pasu Bunga.. hah..what a great idea Yen! Dia terus nak bergambar kat sebelah sticker tu ye :)

Hi semua..cantik tak bilik tetamu ni? Yiyen mmg suka baring2 kt bilik ni kalau dia penat nak naik tingkat atas...

Last but not least..this one also chosen by her but i yang tampal kan...kalau Yiyen yang tampal,alamat mmg xmenjadi la wall deco kami...

Apa yang penting..Me & Yiyen berpuas hati dengan hasil dekorasi kami ini..terasa tenang dan damai je bila berada di rumah... next time bila ada idea lagi,akan ku share di sini ok...thats all for now..got Appointment @ Tropicana Medical Centre today..Will update soon..
p/s: Semua wall sticker tsbt kami beli di SACC MAll..

Upps...lastly..Sticker Mickey Mouse pilihan Yiyen khas untuk adik tersayangnya..
"Tak sabar nak main dengan adik Ma" :) hmmmm...sabar ye sayang!! Adik pasti akan lahir juga...

Saturday, January 9, 2010

Pagar baru rumah yang dinanti-nantikan akhirnya siap dipasang..Yippie!

I got my new Gate from
DELUX today..
I was so happy!
We ordered from DELUX IOI Mall last November 2009..
Its a present actually..
hehe..

DELUX apearrance in the paper

some of the design..

they got Quality awards last year as a winner..

uhh..i like!

Delux’s Unigate

This maintenance-free automatic gate system saves you hundreds of Ringgit and years of heartache

Thinking of installing a new automatic folding gate? Or replacing your old one?
Well, here’s a tip.

Whether you’re a first time buyer or already own a system, there are maintenance-free, energy saving answer that also gives you better convenience and security. Never again worry about sinking tracks (which 80% of conventional folding gate owners face). Neither should you give a thought again to unaligned and dirty track and rollers and rollers that damage your lovely tiled floors.

Yes, the answer you’re looking for are over 100 designs that are easily changeable.
Introducing the Delux Unigate system – a revolutionary trackless automatic folding gate, unlike any other in the market today.

Quality Finishing & Built to Last with Anti-Rust

One smart innovation with the Unigate is the use of Multiple waterproof ball bearing system (24 pcs), which most gates only have 12. This makes movement smoother and the adjustable hinges can be adjusted easily enough to significantly reduce the impact of sinking after several years.

In addition, the whole body of the gate is screw-fabricated so no welding is done. This maintains the product’s finishing without any damage during installation.
In addition to its superior quality and durability, the system’s intelligent design saves 50% of space and has 48 hours of back-up power for uninterrupted operation.

It’s also rust-free thanks to the hot-dip galvanized finish and premium powder coated. Rain or shine, Unigate is able to withstand the weather, keeping it operating well and looking great.
Better Safety & Security – Multi Open Function

The system also comes with a built-in alarm system (useful if thieves and robbers try to tamper with the gate), can be operated by a remote control with multi opening function.
Choices, Choices & Never Go out of Fashion

With 100 designs to choose from, you’re bound to find that looks great! But what’s even better are that the inner panels can be easily replaced to create your own customised style. So as time goes by, your gate will continue to look new!

The Delux Unigate is available at Homedec and Delux store near you. For more information, visit www.mydelux.com.my



below, is my UniGate design by Mr.Chin
from DELUX

"Secret Garden Theme"


The process..


they came at about 11AM
this morning..


started their installing etc..
and finished at
4.30PM the same day..
can't wait to see my Unigate!



what a great job..


Yiyen with her Kangaroo style..

me and yiyen while waiting
for our Unigate to be installed..

Walla!!!

It's done..

www.mydelux.com.my


There you go!
It's our new gate!
A Secret Garden Unigate
from DELUX
Thank you so much DAD & MOM
for this present!
Love you so much..
Muahhhhh....

xoxo,
Mamayiyen,Yiyen and Papayiyen.

Saturday, June 6, 2009

The House That I ever Dream..


~Home Sweet Home~

Suatu masa dulu aku pernah bermimpi untuk memiliki rumah sendiri..
Mimpi tersebut telah pun menjadi kenyataan apabila rumah yang dibeli,telah siap pada bulan June 2007.
Ini bermakna telah genap 2 tahun kami mendiami rumah ini.
Rasanya cepat masa berlalu.
Masa kami (me n hubby) beli rumah ni aku baru berumur 25tahun..
so proud of me sebab dapat beli rumah dalam usia muda..muda ke?
masa sign agreement rumah,orang bank tu siap puji lagi sebab jarang org beli rumah dalam usia muda mcm ni :)
kembang skejap... :p bwekk!


Rumah ni siap tidak sampai 2 tahun seperti dalam perjanjian pemaju perumahan..
sangatlah effektif..
nasib baik,sebab risau juga kalau jadi mcm Taman Klentong tu :)

Rumah ini kami beli masa 'Promosi Hartanah & Perumahan' di Mid Valley pada tahun 2005.
Masa tu tinggal 2 Unit lagi rumah yang belum dibeli.
Kesian juga masa mau beli rumah ni,salesman di booth tu macam xmau melayan kami ja..
Dia pikir kami xda duit ka..aik napa aku tiba2 marah ni..sajukk..


Oleh kerana memang berminat dengan rumah ni,kami tabahkan hati juga bertanya itu ini dgn salesman tersebut..
Dia terus cakap mesti bayar 10% dari harga rumah on Monday..masa tu Friday..
Harga rumah sikit lagi 200K.
sot sikit ni urang sebab bank kan tutup weekend..mulau ..nah tekeluar terus bahasa sabahku :p


Whatever it is,kami bayar deposit rm2000 terus untuk booking rumah tu..
kalau tidak,melepass...

Sebab musabab beli rumah ni:


Berada di lokasi yang strategik..dekat dgn KL,PJ,Putrajaya,KLIA,Klang..
pendek kata tengah2 KL la..
jarang dapat harga rumah kurang 200k kalau di sini.
apa lagi,terus rembat la...

Kawasan Elite pula tu perasan..
tapi memang betul pun..ada 2 padang golf yg memang famous di sini..hehe..
Kota Permai Golf & Country Resort
Kota Kemuning Golf & Country Resort.
Salah 1nya terletak di kawasan depan rumah ku ja..


Keluasan rumah ni..ok la..tapi lupa la pula kaki perseginya :p
rasa2nya macam 18x70cm2 betulka ni?
ishh..xingat la nombor2 ni..
dulu math dapat A2 ja..yay!


Paling best Masterbed room sangat lah besar..
masa mula2 tgk rumah ni,terkejut juga sebab masterbedroom macam hall..
Rumah ni ada 4 bedrooms & 3 bathrooms.


Oklah.puas sudah membebel ni..jom lah kita pura2 tengok rumah c Bingo ni..
lawa ka betul rumah dia ni?
Hmmmm....






My Livinghall
Interior Design by Bingo
Boleh lawan Eric Leong ka?




Tempat menjamu selera
@
tempat blogging :p




Sideview




Upss..ada beg la pula..
xperasan kih..




Hijau itu damai..
yay! sejak bila aku pandai bermadah ni..




Meja makanku..




Tempat minum kupi'..




kampung2 bah..




di beli di puchong jati




meja belajar yiyen
&
kotak mainan nya..




cadang mau buat stor di bawah tangga ni,
tapi belum kesampaian lagi..




makanan nya mana bu'?




pandangan dari atas.
aku perlu memanjat utk mendapatkan hasil gambar ini..




masa ambil gambar ni,yiyen di daycare..
kalau tidak,haruss x menjadi
Casa Impian ku ini..hehehe..




tv ku yang wajib sudah ditukar ke plasma/LCD
tapi xpa la dulu..pelan pelan bah kan..yang penting sudah ada rumah sendiri..cukup la..
p/s: terima kasih do..aku tau nanti ko kasi beli aku kan?? sajukk!




Featured wall Hijau..
Blog pun Hijau..
patutla...



Lukisan itu berharga rm499
tapi aku telah mendapat diskaun 70% sbb sale.
so,bayar rm100+ jer.nasib baik la..
tapi belum puas hati lagi ni..sbb banyak lagi impian2 ku untuk menghias rumah ini..
tunggu la dulu 1 by 1..




some of them..




my kitchen
by
CLS Kitchen Cabinet..



macam kenal ja gambar2 ni..
model di zaman2 remaja?
mengkali..



Our Room
Also
Yiyen's too..




You can see Yiyen sudah standby there..
perasan mau kena ambil gambar..




Cado playing saxophone?
by
Ikea



Yiyen sempat posing..
mau jugak!
Di rumah ini,
hanya masterbedroom ja yang ada aircond..
so minta maafla kepada tetamu yg datang sbb bilik tetamu belum pasang aircond lagi.
nanti c cado mau sponsor juga kan do?? cado lagi..ko baik bah kan do :)




Yiyen's bed
masih tidur dengan parent nya ok..




terus mengantuk tgk bilik ni...




the 3rd bedroom
aka
cheng2's bedroom
masa ni kemas la :p




The 2nd bedroom
aka
bilik Cado
bilik mama,bapa
bilik tetamu..


Thats all about my House..penatkan tengok gambar...
Anyway I am so happy staying in this house..kalau malam memang sunyi..
xdengar pun bunyi2 racing macam tinggal di Puchong dulu..
Tiap2 malam ada racing..benci I!
mau tidur pun susah.


FYI,rumah ini belum di 'renovate' lagi sbb masih puas hati dengan keadaan rumah ini..
dan tidak mau membazir kan wang..
sebenarnya ongkos nya kurang.itulah pasal x mau 'renovate' lagi..
haha!


Oh..lupa pula,
Jemputlah datang ke rumah saya kalau sudi ek..
Kemuning Greenhills2 @ Kota Kemuning
Shah Alam.
p/s: bawak la jajan such as pizza,mc D or KFC..
Sate Kajang pun should be ok...
yay!



~Aramai Ti~


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin