Showing posts with label papayiyen's recipe... Show all posts
Showing posts with label papayiyen's recipe... Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Sotong Kicap :)

Salam semua..
Hari ni menu berbuka sotong kicap by encik suami :)

20 minit lagi nak berbuka ni.. sempat lagi nak update belog hehe..

tak sabar nak makan masakan hubby :) uolls berbuka menu apa Ramadhan ke 14 ni?

-mamayiyen-

Monday, May 30, 2011

Breakfast by my Love :)


Actually entry ni dah lama nak tulis sebab dah beberapa minggu yang lepas :) Nampak sedap tak breakfast kami ni? Hmmm...ni lah dia hasil masakan sepenuhnya by my hubby.. sesekali suami masak sarapan pagi memang membahagiakan ku.. nasi lemak ni namanya Nasi Lemak Papayiyen :)



Complete dengan telur rebus, timun, ikan bilis goreng dan sambal udang..yang takde cuma kacang goreng sebab kami berdua memang tak suka makan kacang :) Makan bertambah betul saya hari tu sebab memang sedap sangat hehe..ini bukan bodek tau tapi memang kenyataan..



Nyum nyums! hubby cakap dia tak pernah belajar masak dari mak dia cuma katanya, dia selalu tengok mak dia masak.rasanya lelaki memang macam tu kan..tengok je dah pandai.. hidangan ni disediakan sepenuhnya oleh dia kecuali kupas kulit timun dan potong timun tu..tu saya yang buat..kerja paling senang..



Nasi dia betul betul terasa lemak dia sebab hubby memang beli santan yang diperah bukan yang dalam kotak tu.. Sambal udang tu pula dia siap blender bawang dan lain lain bukan guna perencah ready made :) pastu udang tu dia dah siap kupas kulitnya..tinggal nak ngap lagi.. i like!
Sebagai tanda menghargai masakan Papa, saya buat entry ni..harap papa happy ye :)


Thanks pa, for making our breakfast that day! Lain kali buat lagi ye...
Cayang papa! ngeeeeeeee :p


Sunday, April 18, 2010

Ketam Masak Lemak Papayiyen!

Sebenarnya..menu ni telah dimasak oleh papayiyen Ahad lepas lagi..
Oleh kerana cuti hari ni,baru sempat update disini..
Sebenarnya saya pun tak tau yang dia nak masak Ketam hari tu..
Tapi 2 minggu lepas,ada hint kat dia yg saya teringin nak makan Ketam
before bersalin...kang berpantang xleh makan..
kempunan pula..
Bangun tidur tengahari Ahad tu..
bila pegi dapur,
Papayiyen dah siap masak dah..
Owh..terharu ku!!
Ni dia Ketam Masak Lemak tu..
Enak sekali..sampai Yiyen pun makan 2 kali tau!

Ketam yang x di belah dua..
Papayiyen cakap dia lupa..
hehehehe...
yang penting sedap!
Yiyen yang kesedapan!

Ni dia resipi..
Ketam Masak Lemak by Papayiyen!

Bahan-Bahan:

½ kg ketam
½ biji kelapa atau a/2 peket santan serbuk
4 biji cili api atau cili kering
2.5 sm kunyit hidup
1 batang serai (dititik)
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Ketam dibersihkan dan dipotong dua.
Kelapa diperah ambil santannya.
Cili api, bawang merah dan kunyit ditumbuk lumat.
Setelah itu masukkan santan dan serai ke dalam periuk.
Jerangkan di atas api yang sederhana sambil dikacau perlahan-lahan sampai mendidih.
Bila telah mendidih masukkan pula ketam sambil dimasak lagi.
Tambahkan garam dan gula secukupnya.
Bila ketam telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Mudah kan!
Selamat mencoba!

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin