Kelihatan sedap tak Puding ini?? hehe..
*drooling eyes*

Puding Peach Mamayiyen :)
Ok jum saya ajarin teman teman semua cara cara nak buat puding peach..ni sebenarnya adalah resepi kakak ipar ku kak Azni.. dah lama tak buat puding..so minggu lepas tiba tiba rasa nak buat..apa lagi terus beli bahan bahan kat Carrefour dekat ngan rumah tu..

Bahan bahan nya adalah sangat simple:
(saya bagitau bahan basic yang perlu ada je ye)
. Tepung castard 1 cawan
. 1 Tin Peach slices
. 1 Tin susu cair
. 1 Peket Serbuk agar agar
. Sebiji telur (lupa nak snap)
*santan tu hanyalah hiasan je kat sini..tersnap sekali hari tu..hehehe..
CARA CARA:

Rebus agar agar bersama 4 cawan air
agar agar sepatutnya pilih yang kaler jernih..tapi hari tu ku tersilap beli kaler merah..so guna je lah kaler merah ni..
(bila dah sebati agar2 tadi..asingkan sebekas cawan agar2 untuk topping)

sementara menunggu agar2 tadi masak...sediakan bahan bahan untuk puding iaitu:
sebiji telur
secawan castard
1/2 tin susu cair
(gaul sekali ketiga2 bahan tadi sehingga sebati)

bahan2 puding tadi akan jadi seperti ini

masukkan bahan2 puding tadi ke dalam acuan agar2 yang dimasak tadi..
gunakan penapis supaya tekstur puding lebih halus katanyer :)
*sempat i snap sambil tangan sebelah tuang bahan2 puding tadi*
kelas kan..hehe..
setelah bahan bahan tadi di campurkan..
macam inilah rupanya

tuang ke dalam bekas yang comel..
yakni bekas yang kita nak hidang untuk di makan kelak

lepas tu..susun peach slices tadi mengikut citarasa masing masing..
ni saya dengan yiyen yang susun :)
*yang dalam cawan tu ialah..agar2 yang di asingkan untuk tujuan topping tadi*

last sekali tuangkan agar2 yang kita dah asingkan dalam cawan tadi..sabagai pelekat puding dan peach tadi..atau sebagai topping..
so ianya ada 3 lapisan..puding di bhg bawah..peach di bahagian tengah dan agar agar di bahagian atas..
Walla!!! dah siap..Ensemboy pun tak sabar nak rasa puding peach ku!!
sabar ye sayang...panas lagi ni..

masukkan ke dalam peti sejuk untuk efek puding & agar agar yang lebih sedap :)

dah sejuk..
potong mengikut citarasa memasing juga..

akhir sekali...
hidangkan puding peach tadi bersama susu cair yang lebih tadi!!
dah siap dah & now masa untuk makan....oh enak!! nyum nyum!!
selamat mencuba kawan kawan!
you can do it :)