Thursday, December 26, 2013

100 DORAEMON secret gadgets Expo!


Salam Khamis semua...

Minggu lepas, weolls jumpa DORAEMON!! Apa tak percaya? hehe..
Uolls pun boleh berjumpa dengan 100 Doraemon ni tau. Mari saya nak tolong uolls mengembara ke masa silam :)



Yang folow instagram & FB, saya dah share serba sedikit pasal ni. Ni actually adalah 100 Doraemon Secret gadgets Expo yang diadakan di KL.

Event Information
Category:            Family Entertainment 
Venue:               Viva Home Expo Hall, Kuala Lumpur 
Duration:           14 December 2013 till 23 March 2014
Organizer:          Animation International (M) Sdn Bhd




Expo ni diadakan selama 100 hari bermula dari 14 Disember hingga 23 Mac 2014. Ini adalah untuk memberi peluang kepada para pencinta Doraemon untuk melihat sendiri gajet2 rahsia Doraemon secara live.




Teruja gila bila dapat ke sini hari tu.Saya dapat tau pasal expo ni dari Radio ERA. Masa tengah memandu 2 hari sebelum ke Expo ni, saya terdengar Dina Nadzir cakap pasal iklan ni, sampai rumah terus google & beli tiket secara online. Jap saya share harga tiket kat sini ok.


Ticket Pricing

100 Doraemon Secret Gadgets Expo
NORMAL PRICE 
Adult
(13 years old and above)
Children
(4-12 years old)
RM 25.00RM 15.00


Tapi kalau beli online, seorang akan kena charge RM3 untuk processing fee Debit card atau Kredit card. takpelah yang penting dapat jumpa Doraemon kan. hehe.. Adik saya yang minat sangat dengan Doraemon ni cakap dia akan datang hujung bulan Januari ni sebab nak tengok Doraemon katanye ^______^




Tak kira tua muda semua tak segan silu bergambar dengan Doraemon haritu. Dah memang minat kan. Apa yang nak dimalukan. Doraemon kan memang menghiburkan. Suka sangat dengan poket ajaib & pintu suka hati dia tu.




Saya dengan Doraemon & teko ajaib dia. hehe..



Ok gambar ni xde dalam instagram atau FB, so uolls orang first tengok gambar ni. Eksklusif bukan. Ada bergambar dengan Giant, Sunyo, mak sunyo & Nobita..


Yiyen dengan Neidal pun suka sangat haritu. Berbaloi bila diorang cuti, mama pun cuti. Boleh bawa mama jalan2 gi mana2 je, Tak kisah yang penting anak anak gembira. 

Alhamdulillah.

p/s: Boleh ke Laman web ni untuk beli ticket secara online ok ----> 100 DORAEMON 

Ok, ni direction nak ke Viva Hone shopping Mall:

Direction to event :






No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin