Thursday, March 31, 2011

My Brother's Wedding part 2


Aduinaaaaa.. lama sekali baru dapat buat entry ni.tapi yang sebenarnya dah lama upload gambar ni kat sini :) tapi tak menyempat je nak tulis pasal Wedding adik saya ni..Oh maafkan saya ye.. Hari ni oleh kerana ada sedikit masa, saya harus selesaikan assignment ini..wah! gitu!




Rasanya lah kan uolls mesti lebih suka tengok gambar daripada saya menceceh kat sini kan? ok.. gambar kat bawah ni saya tulis capture je ok.. tapi kalau ada yang best best tu saya tulis panjang panjang k..




Inilah keluarga ku
*kalau klik pada gambar,ianya akan lebis jelas..hehe*




Audri Alzacherina, cucu atuk paling happening.tengok gambar pun dah tau :p




Gambar ala ala klasik gitu! me & my sister yohana. apesal muka macam tu??




Ok ni versi happy :)
Left to Right: my uncle Denny,brother Richado,sister yohana & you know who :)




With our eldest brother :) Dr William G




Artis Sabah katanyer :)




Pengantin perempuan dah sampai




Ke Dewan Komuniti Kota Marudu, Sabah




The Brides & Groom




Salah satu gambar yang paling ku sukai..




colour version




Persembahan pencak silat sebelum pengantin masuk ke Dewan




Berarak masuk ke dewan




Duduk di pelamin dan seterusnya persembahan tarian dari Penari Kebudayaan Kota Marudu




My dad & abg Will :)




Me & my eldest sister, kartini




Yohana & mom seperti kembar seiras bukan?? hehe..




Pengantin bersama pengapit yang juga sepupu sepupu ku..




Yohan Tawith




Mandy Amanda




Tetamu with our Guest Book..




My mom sedang merenjis pengantin..




Memohon restu dari Ayahanda :)




ini saya :)




Datin Yohana sedang merenjis renjis di pilis :p




Para jelitawan..hehehehehe..




Mom & Yohan




Pengantin lelaki & pengantin perempuan




Sedang khusyuk makan katanyer..




Ececeh..konon si Yohana aka Cheng Cheng sedang kontrol ayu makan..





yeah! tu dia..




Meja penyambut tetamu




Abangku dengan buah hati pengarang jantung dia :) *anak dah tiga uolls*




Suasana di dalam Dewan..




say cheeseeeee :)




Artis sedang menyanyi..




Artis kedua pula :p








last but not least.. pengapit aka cousin we alls.. Andy & Roxanne :)

So amacam guys? ok tak tema wedding adik saya ni..Baby Blue theme katanyer.. Wedding adik saya ni kesemuanya adalah di inspirasi oleh kami semua tapi telah di jayakan oleh Wedding Planner yakni my Auntie sendiri :) Actually banyak lagi gambar tapi beta tak laratlah nak upload..oleh itu, for more pictures,uolls can view from my FB Album HERE > Yohan & mandy Wedding Reception Dec 27th 2010 ok..



Wedding photographer: http://ikwanhadee.com/

sekian terima kaseh :)




Wednesday, March 30, 2011

Wednesday's Happiness :)


Semalam Neidal demam panas lagi.. sehinggakan hari ni kena amik EL :( how sad.. ingatkan dah ok masa tengah malam tu sebab dah masukkan Supp PCM.rupa rupanya jam 5 pagi dia muntah lagi dan badan panas.terus masukkan supp PCM 125mg lagi.tertidur sampai 9am. lepas tu baru demam dia nak turun sikit.. whatever it is.. gambar kat bawah ni menyebabkan saya happy :) happy bila dapat markah ujian Yiyen yang agak baik ni.. Cayalah yen!



Kira oklah juga sebab semua dapat A.. cuma Matematik Yiyen je dapat B.. dia sendiri cakap tak berapa pandai Math. Ok nanti mama ajar ye yen..dulu mama champion bab kira mengira ni..hehe..

p/s: neidal dah sembuh dari demam.harap esok saya boleh pergi kerja dan tak amik EL.kesian kawan kawan kalau tak cukup staff..sorry guys.. family come first :)


Tuesday, March 29, 2011

Birthday tips!


Hi guys! hari ni nak share pasal birthday tips pula ye.. almaklumlah Birthday Neidal tak lama lagi.. sebulan je lagi dia nak masuk setahun.. (28 April 2011) *ehem*

Uolls dah pernah baca pasal birthday review Yiyen tahun lepas? I lah Birthday Planner nya :)
tapi di atas bantuan beberapa online blogshop saya berjaya menjadikan Birthday yiyen a memorable Birthday untuk dia..

Hari ni uolls wajib ke http://creativegeniusprints.com/ ni untuk order apa2 yang di perlukan kalau nak buat Birthday Party ok!! Saya adalah salah seorang costumer yang pernah menggunakan khidmat they all ni..memang Perfecto Job! Thats why hari ni nak promote pasal diorang..saya siap promote kat kawan2 sekerja lagi tau!



Candy Buffet Table Set Up by CGP



Yiyen's Birthday Scallop tag last year :)


You guys yang belum pernah baca pasal birthday Yiyen, can jump HERE ok.. kat sana nanti ada link lagi pasal Yiyen 6th Birthday..
Have a great day & start planning your child Birthday today!! *wink*


Menjelajahi Petrosains


Weekend lepas,sabtu tu.. kami sekeluarga telah ke Petrosains KLCC. Ini sebenarnya nak menunaikan hajat yiyen yang dah lama nak ke sana.Hari tu seminggu ke Pusat Sains Negara tapi tak puas katanya.nak juga ke Petrosains..



Pintu masuk Petrosains KLCC



Tiket untuk dewasa sebenarnya rm12 tapi oleh kerana ku ada tiket discount masa ke Aquaria hari tu..so dapat lah rm9 seorang for adult.for child dapat rm3 instead of rm5 :) so jumlah kami bayar hari tu utk 2 adult + 1 child + 1 infant (free) = rm21 jimat rm8



Best gilak ke Petrosains ni.. rugi tak pegi sejak dulu lagi..ingatkan apelah yang ada dalam Petrosains ni sehinggalah ku menjejakkan kaki ke sana..



Siap ada penimbang badan ye,,i pun ada timbang tapi maluuuuu nak snap sbb dah put on weight nih! menciiiiiiii!



Ok, sesampai kami di pintu masuk,kami di sambut oleh staff Petrosains..masa nak beli tiket pun ada yang sambut uolls kalau ke sini ok.Layanan memang terbaekk!



Melangkah masuk ke sini,terus teruja sebab tak sangka kat dalam ni ada macam ni.. rasa macam ada di dalam filem kartun pula..best best!



Ni salah satu yang menarik perhatian yiyen.kereta lumba kecil yang kita boleh control kelajuan dia..



Neidal masa ni dah start mengantuk dah ni..dia diam je kalau jalan jalan..



Adik beradik haruss bergambar bersama ye..



Kereta yang yiyen tengah pegang tu hanyalah illusi ye..nampak macam ada tapi bila kita pegang, sebenarnya objek tu tiada..saya pun teruja hari tu :p buat malu je gelak kuat kuat dengan yiyen hari tu..sebab pegang angin..



Yang ni rasanya kereta lembu..tapi lembu takde lah..



Ada jentolak kecil untuk budak budak try dan ianya memang real macam yang betul punya tapi kecil.siap ada gear untuk angkat pasir..



Ni pula abang Dino kita..si T Rex..pandai pula menyanyi T Rex ni mengalu alukan kedatangan kita :) actually kan, saya betul betul ingatkan masuk ke Petrosains ni mahal..macam nak masuk aquaria tu..rasanya seorang adult per entry dalam rm30+ rupanya2 murah dan amat berbaloi baloi



Ni papa yang amikkan gambar..orang nak bergambar dengan T Rex,dia ambil gambar kaki jer..ish ish ish.. *tema we olls hari tu hijau* hehe sempat lagi bagitau..



Ok ni barulah betul..tapi T Rex tu macam nak makan kepala Beta pula :p lol



Di sepanjang pameran dalam Petrosains ni, memang ada perkerja yang akan sambut kita dan akan menerangkan why,what,when etc etc mengenai apa yang dipamerkan di sini ok.. yang yiyen tengah pegang ni adalah kepala suku sakat singa..tapi dah lupa nama dia..



fossil dinosaur :)



laluan Explorasi Upstream..



Ha..masa ni kami duduk di atas kerusi untuk mencuba bagaimana rasanya kalau Gempa Bumi berlaku..siap ada mild, moderate & strong earthquake..memang bergegar lah duduk kerusi ni..papa amik gambar semuanya gegar..ni je yang kureng gegar..



Petrosains Space..dalam ni kita akan belajar apa apa yang berada di ruang angkasa..



Tu yiyen nak tengok anak bulan lah tu..kerja saya hari tu memang amik gambar je..sampai dekat nak habis bateri cik Ipoon kita sebab saya tak habis habis snap gambar..terujalah katakan



Career corner..sape nak join sila lah..



Abang robot kita :)



Neidal dah start terlelap masa ni..papa dan yiyen naik helicopter time ni..naik helicopter replica tapi terasa simulasi sebenar dalam helicopter tu..



Neidal dengan replica apetah ni..saya main snap jer..kesian neidal kepenatan berjalan jalan..ni dah nak masuk stesen yang berbelas belas dah ni..



Pekerja di bahagian simulasi helicopter :) bila dah siap diorang yang akan bukakan pintu heli dan jaga penumpang dalam tu..siap ada cctv so diorang boleh nampak penumpang dalam heli tu..



Di bahagian pelantar minyak petronas..yang ni pun diorang buat macam real..cayalah! macam berada di atas laut pula..



Bilik rawatan pekerja di pelantar minyak..manatau ada pekerja yang sakit atau tercedera..inilah bilik rawatan they all..



Ni dalam kawasan pelantar minyak juga..



Papa pun nampak excited masa kat petrosains ni..



See! i told ya! ini memang kegemaran papa sejak dulu! dia ni memang peminat F1.. kalau jumpa kereta lumba, pantang xpegang atau tengok..yang ni siap boleh drive lagi..



Woohoo! siap mencoba pertandingan ice skating gittew!



Ehem! yang ni jangan cakaplah..harus try okeh..rugi je masuk sini kalau tak try..tapi ini dikenakan bayaran rm2 dan ketinggian mestilah melebihi 1.4meter.. haruslah lepas kan.. yang ni adalah mcm drift lah...so kita kena berlumba dengan kereta kereta lain.tapi macam real sebab bila terlanggar dinding atau accident memang rasa terpelanting.simulasi sebenar di rasai :p kecut perut den masa ni..nasib baik pakai talipinggang.. haha!



F1 lagi..almaklumlah, Petronas kan penaja F1 so memang banyak kerata kereta they all kat sini..



phweeeet!



Papa dan yiyen merasai betapa hebatnya Hurricane..habis terbang terbang rambut yiyen dalam tu..



Ok dah nak sampai ke pintu keluar dah ni..ada banyak lagi tempat tak sempat merasa hari tu.. ada terowong untuk kita masuk dan gelongsor tapi macam tak berani cuba pula hari tu..semua yang masuk dalam tu menjerit tah hengat..so mak pun takutlah :p



melihat zarah zarah & atom :)


Ok dah habes.. kami masuk dalam 12+noon dan keluar dekat pukul 3ptg hari tu.can u imagine? tak terasa lapar pun..sebab telampau best! tapi bila dah keluar terus laparrrrr...cari makan terusssss...



yiyen sempat lagi singgah sini..



Dan oleh kerana kelaparan kami terus makan... ini adalah lunch yiyen hari tu.. ok ketemu dia lain lembaran ye..mana pula nak pegi lepas ni ye yen??? any suggestion from you guys?


p/s: uolls yang tak pernah kesini should go..banyak lagi yang best masa kat sini terutama sekali bila dapat naik Gondolla tu..masa balik naik Gondola tu pun akan ada sesuatu berlaku! uolls kena datang dan rasainya..hehehe..i taknak bagitau! biar suspen..baru excited!!


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin