Monday, March 28, 2011

11 Months old Baby Neidal



Neidal is 11 months Today!!
Yeah anak mama tak lama lagi nak masuk setahun dah :) terasa cepat masa berlalu kan..


budak suka mandi :)

Neidal 11 months update:

Dah berjalan 2 langkah 2 hari sebelum masuk umur 11 bulan.
Dah pandai berdiri lama tanpa pegang apa2.
Dah pandai duduk sendiri dengan stabil.
Dah pandai tepuk tangan sendiri.
Dah pandai main kejar kejar dengan kakak dia :) tapi versi merangkak lah..
Dah pandai makan biskut sendiri & gunakan garfu untuk makan.
Dah pandai sedut air guna Straw.
Pandai sebut Mama Papa :)
Bangun pagi mesti menyanyi happy..
Dah tau kalau kita buka grill nak gi kerja & terus menangis takut kena tinggal..
Tak banyak meragam kecuali demam.

Semalam Neidal demam panas sampai 38'C tapi nasib baiklah lepas bagi Supp pcm demam dia ok sikit..risau juga sebenarnya..harap harap lah hari ni dah hilang demam dia.

Tak sabar rasanya nak tunggu Neidal umur setahun..hmmmm....Cayang Dia!


Wednesday, March 23, 2011

39 & 3.90


Aiseyman apalah maksud nombor tu ye? hmmmm yang pasti i belum berumur 39 lagi ye.. hehehe... Apa yang saya nak ceritakan disini ialah.. no 39 dan no 3.90 nilah yang kulalui setiap hari nak ke tempat kerja :) Apa maksud nombor tersebut? Ok let me explain to you..

Setiap hari saya akan ke tempat kerja dari rumah, Kota Kemuning, Shah Alam ke Hospital Putrajaya sejauh 39 kilometer dan akan melalui Highway Elite.. Oleh kerana nak mengelakkan jem, saya memilih laluan yang straight forward ini tanpa banyak traffic light :)


nombor yang saya tak berapa gemar :p


Oleh kerana ikut jalan ni, saya sudah pastinya akan melalui Plaza Tol Putrajaya dimana jumlah tol yang perlu saya bayar ialah RM3.90. Kencang bukan??? Itu baru bayaran one way,belum 2 way lagi.. so jumlah keseluruhan tol yang saya perlu bayar setiap hari ke tempat kerja ialah RM7.80.

RM7.80 x 7 hari = RM55
RM55 x 4 minggu = RM220

So estimated perbelanjaan TOL yang saya perlu bayar setiap bulan adalah lebih kurang RM220.
Belum kira minyak lagi.. rasanya minyak penuh kereta 1.6cc saya tu cukup juga untuk seminggu tepat kalau tak melencong kemana mana :) maksud saya gi shopping ke Sunway pyramid ke kan.. minyak kereta saya kalau penuh rasanya dalam RM70.

RM70 x 4 minggu = Rm280 (seminggu)
TOL: RM220 + MINYAK: RM280 = RM500

Ini bermakna duit (RM500) gajian saya akan terbang begitu sahaja untuk tol & minyak kereta :( how pity i am.. Bila tengok kawan kawan yang tinggal kat Quarters Putrajaya, terasa jeles pula. diorang biasanya akan keluar rumah dalam 20minit sebelum ke tempat kerja berbanding dengan saya yang mesti keluar rumah sejam awal :( kesian kan..

Saya memang layak mendapat rumah TERES untuk quarters kat Putrajaya tu..namun rumah yang kudiami sekarang ini adalah rumah sendiri..thats why terasa sayang kalau tak duduk rumah ni.bayar bulan bulan RM1K, takkan saya nak bagi sewa kat orang lain kan..baik tinggal sendiri.... lagipun kalau saya tinggal quarters, terpaksa bayar rumah & potong elaun rumah..double payment pula..oh tak sanggup i! hmmmmmmmmmm.....kerja di tempat jauh nak buat macamana kan..

Redha je lah (T__________T)


Baju baru untuk cik Ipoon :)


Aduhh!! lama banget tak update blog :) sorry ye kengkawan.bukannye ape.. sibuk mengkaji macamana nak guna cik Ipoon kita ni..hehehehe.. Alhamdulillah dah genap seminggu guna iPhone4 aka cik Ipoon ni dan dah get used of it.. gumbira sekali aku ketemu kamu Ipoon :)

Yeay! lepas beli Ipoon hari tu, terus beli baju untuk dia tau! kesian sekali dia kesejukkan kalau takde baju..hehe.. oleh kerana tempat yang paling dekat dengan rumah untuk mencari baju Ipoon ni ialah kat Carrefour, so saya pun singgahlah ke Carrefour Bukit Rimau. dekat je dengan rumah i pun.. eh eh sama lah pula :p


Jenama baju Ipoon: CAPDASE (Wah siap ada brand gittew!!)


Masa survey baju apa nak beli hari tu.. salesman tu terus promote jenama ni kat saya.. untuk iPhone4, akak better ambil ni...jenama ni memang khas untuk iphone kata dia.hmmmmm dalam hati saya ye lah tu..entah betul entah tidak..saya pun belek lah casing lain dulu.. tapi bila dia beria ia cakap jenama ni memang original dan ada website dia sendiri.. barulah saya terbuka hati nak beli :)




Ok ni nak bagitau ni... dalam packaging yang salesman tu promote kat saya hari tu.. ada 5 in 1 dalam dia.maksudnya.. ada soft jacket, screen protector, apple logo's protector at the back, video stand & black casing ni.. video stand tu, dia bgtau saya.. kalau nak tengok Youtube amat bergunalah, sebab handphone boleh di tegakkan so leher tak sakit tengok handphone sambil tunduk..




Yang ni screen protector dia..semua dah ada dalam set tu.. harga sebenar satu set ni adalah RM99 ye..tapi oleh kerana saya berjaya 'memujuk' taukeh kedai hari tu..dia pun bermurah hati jual kat saya dengan harga RM65 per set! :) berbaloi kan.. sangattttt.. owh ya..perbedaan diantara casing yang ori dengan yang tak ori ialah.... casing tu tak akan fit dengan betul pada iPhone kita dan ada kelonggaran sedikit.. paham kan maksud saya?



Haaa..ni lah dia video stand tu..canggih tak? hehehe.. video stand ni boleh ditanggalkan kalau taknak guna.contohnya kalau kita nak guna untuk telefon je..tak payah lah guna stand ni..kang orang cakap overan pula kan.. hehe..


Ok yang ni memang kaler soft jacket saya..kaler kelabu gittew..memang saya pilih kaler yang agak transparent ni..sebab senang nampak kalau ada habuk kat dalam tu.. takpe next time kita cari kaler hijau pula ye.. kesemua image ni saya google je sebab tak sempat nak amik gambar cik Ipoon sebab dia malu malu...awwww! oklah itu jer nak citer pasal baju cik Ipoon kita ni.. semoga dia bergumbira dengan baju baru dia ye cik Poon :)




Saturday, March 19, 2011

Neidal cowboy!


Hi.. Ensem tak ensemboy pakai topi koboi ni? hehe..bukannya apa just nak try snap guna kamera hp yang ada 5 megapixel ni :p Agak terang dan best sekaliiiii! bila dah guna hp idaman ni.. sangat puas hati dan berbaloi baloi! No words i can say sebab memang i know i choose the right Smartphone :)



Alzreil Neidal Azlan



Yang di bawah ni pun guna kamera iPhone4 juga..terang kan!! yeeha... I'm LOVIN' IT! Gambar ni di ambil pagi tadi lepas neidal siap mandi.. penat snap gambar yang dia betul betul tengok kamera..berpeluh panggil nama dia suruh senyum tau.nasib baik ada juga gambar dia senyum..

ok daaa..ketemu besok hari ye :) beta nak pergi kerja dulu..tata!




Thursday, March 17, 2011

Yiyen's School Holiday's Programme


A short entry about Yiyen's school holiday's programme.. Last week i received sms from yiyen's former teacher from Smart Reader, teacher Jenny. She ask me weather i want to join the SR school holidays programme for Yiyen. It's a 1 week programme at Pusat Sains Negara. Oh i'm excited to tell Yiyen about this. When i ask Yiyen, she said she want to join.. I told dad about this, my dad/her grandpa decided to sponsor Yiyen for this programme :) Wah I Like! hehe.. Thank you dad!!



budak excited nak gi PSN :)

Actually we've planned to go somewhere on Sunday the 13th and its a beach holiday! but as you know what had happened in Japan..we cancelled our plan.. JJCM at Sunway Pyramid would be the best choice for us then.. On Monday morning i sent yiyen to Smart Reader as early as 8am. because they have to move to PSN at eight.. Yiyen is super duper excited for her first time school holiday's programme..As you know, i only can get off on Monday so this is the best "school holiday programme' we could give to yiyen.. Wait for 2nd semester School Holiday ye Yen.. mama will bring you for cuti cuti Malaysia. InsyaAllah..

p/s: Sister janji bagi cuti untuk yang belum dapat cuti March ni kan??? hehehe.. i know you read this! kantoi!


Wednesday, March 16, 2011

Wordless Wednesday :) :) :)



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

------- (@)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






:)

Sunday, March 13, 2011

Lelong! Lelong! JAM Murah!!


Okey seperti yang di janjikan hari tu..ni lah dia 3 utas jam tangan yang saya nak jual tu..hehehe.. bukannya apa kesian tersimpan dalam bekas jam ku.memang jarang jarang pakai :p kesian kat diorang. bagus cari tuan yang memang nak pakai diorang ni selalu.. silalah pilih kalau berkenan.kalau tak berkenan pun takpe,i simpan jelah.. :p



From left to right: GUESS (grey), TITUS (black), ELLESSE (white) semuanya berkonsepkan.. Genuine Leather. yang Ellesse tu ada 24-hour,date & day display :) All in a good condition cuma the leather je yang bertukar kaler sikit.kebiasaan berlaku untuk semua barangan Leather :) Box pula, InsyaAllah saya bagi box jam tersebut,tapi kalau saya dah tak jumpa box dia.saya akan ganti yang lain mana yang berkesesuaian lah ok.. kekadang box tu lupa letak kat mana..sorry..



Gambar belakang jam.. sorrylah gambar agak kelam sedikit..almaklumlah kamera HP.. bila lah nak dapatkan HP yang ada tinggi megapixel ni..hmmm.. ok ok enuff with that.. price ada di bawah ni ye. dan sebarang pertanyaan atau nak beli ke..boleh tanya kt ruangan comment atau email direct pada saya di sini septembia1409@yahoo.com

GUESS: RM150 retail price was RM499
TITUS: RM190 retail price was RM749
ELLESSE: RM200 retail price was RM799


murah kan saya jual?? nak murah lagi? silalah email kepada saya ok.can nego a bit lah :)
p/s: gambar jam ELLESSE ni lbh kurang mcm JAM ni tapi besi dia kaler gold lah :)

Selamat tidur dan selamat berkerja di pagi Isnin esok ye! Nanite!


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin