Thursday, May 17, 2012

Mother's Day present from Yiyen



I am so touched when Yiyen gave me this cute teddy bear last nite. "mama nah hadiah mother's day untuk mama" terus terharu T_____T

She bought this from her school with her "duit tabungan" dia kumpul seringgit setiap hari katanyer.


Thank u yiyen. mama will keep this forever~ Love u ❤ anak mama!!


Sunday, May 13, 2012

Neidal's 2nd Ferrari Birthday!!




Hari ni nak reveal satu gambar dulu. Cantik tak? Tema birthday Neidal tahun ni ialah Ferrari :) Kalay follow saya kat twitter, confirm dah tengok gambar ni :) Oleh kerana saya lihat minat Neidal lebih kepada kereta, so saya pun buat birthday Neidal dengan tema kereta. Saya tengok ramai sangat orang buat tema Cars, so saya pun pilihlah tema Ferrari :) lain dari yang lain sikit kan.

Kebetulan juga hubby suka sangat dengan F1 dan kereta Ferrari. Dia ada beberapa collection model kereta Ferrari, apa lagi saya terus tempah dengan Marryme2u :)

Thank u Marryme2u for the great posters & stickers! Next time sudah tentu nak oder lagi :)


ok nak gi Tesco jap. ada barang nak beli ❤ bye.


Happy Mothers Day!




Mother's Day 2012



Dear mom, nenek, mak mertua, mak sedare, sepupu yang dah ada anak, sister in law serta diri sendiri. hehe bila lagi nak buat ucapan untuk diri sendiri kan? Bulan ni memang meriah sangat dengan HARI. Hari pekerja, diikuti oleh Hari Jururawat, Hari Ibu then 16 haribulan nanti Hari Guru pula.

Great to be in the month of MAY, especially bila 7 Mei setiap tahun adalah harijadi IBU ku yang tersayang!


once again,

Happy Mother's Day!


Love,
Mamayiyeneidal.






Happy Nurses Day!!

Yeay!! hari ni adalah hari Jururawat
sedunia. Hari jururawat sememangnya diraikan setiap 12 Mei setiap tahun.

Selamat Hari Jururawat untuk semua Jururawat yang membaca blog Mamayiyen :)

pssst.. Mamayiyen dah 10 tahun lebih bergelar jururawat tau! bangga tak bangga tak? hehe.. mestilah bangga kan :)

Thursday, May 10, 2012

Minggu demam :(

Minggu ni semua demam. me, hubby, yiyen & neidal. Semua kena URTI.
Upper respiratory tract infection :(

Sedih betul. Nasib baik saya dah beransur pulih. Yang teruk skrg ialah neidal. saya yiyen dengan papa still batuk lagi tapi dah nak ok dah.

Hari ni neidal langsung tak ceria seperti biasa. dia bangun berdiri dalam 3 kali je. selebihnya, terbaring macam dalam gambar ni sepanjang hari.. kesian saya tengok.. so hari ni ambil EL. what to do :(

Family should go first kan...


Sent from my iPhone

Monday, May 7, 2012

Happy Birthday Ma!



7th of May every year is my mom birthday :) Sempat celebrate kecil kecilan kat Sabah hari tu. Nanti saya share gambar kat sini di next entry ok.

Happy Birthday ma. We love u so much today, tomorrow & forever...

From us,
Me, Lan, Yiyen & Neidal ❤

Nenek is unwell :(





So many things happened last week.
Balik ke Sabah mengejut khamis lepas sebab keadaan nenek tenat dan dimasukkan ke ICU.

Lepas hantar ke hospital Kota Marudu, Doctor diagnosed she had a broncopneumonia & been treated with antibiotics baru lah keadaan nenek beransur pulih.

Eventhough i know that its only a Palliative care to her :(
Nenek is suffering from Bone Cancer stage IV actually. Everyone know that that there is no treatment for cancer.

Mesti nenek sedang menahan kesakitan sekarang ni sebab tulang humerus dia dah membesar dan tangan kanan dia bengkak (oedema) disebabkan oleh kesekatan oleh tumour tersebut.

Kesian nenek. Hari ni saya dah balik dari Sabah lepas melawat nenek. Kalau saya tinggal kat Sabah, sudah tentu saya akan jenguk setiap hari :( Semalam sebelum balik KL, sempat suapkan bubur ayam kampung kegemaran nenek. rasanya 12 suapan nenek makan. selalunya nenek makan dalam 4 - 5 suap dia dah taknak makan..

Sedih sekali melihat keadaan nenek. Kami adik beradik panggil nenek, "Nini' ikat rambut" sejak kecil sebab nenek sentiasa ikat rambut dia dan tak pernah lepaskan ikatan rambut dia. Memang cute.

Nenek takde masalah kesihatan lain kecuali Cancer tu. hipertensi pun takde, kencing manis pun takde, tapi rasanya bila dah dapat penyakit ni, penyakit lain mesti datang.. sedih mengenangkan nasib nenek. Please be strong nenek. InsyaAllah Hari Raya ni kita jumpa lagi ok.


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin