Monday, September 12, 2011

Raya sakan!



Salam semua.. kita masih lagi berada di bulan Syawal so memang banyak open house dan kenduri kahwin yang harus di attend kan :)

Samalah juga seperti saya.. Entry hari raya saya tak srmpat lagi nak tulis. so sorry guys.. eh, ada orang nak baca ke??

Actually gambar saya dah upload. tinggal nak tulis cerita dia je.. tapi asyik tak cukup masa je.. Btw, gambar raya marathon saya dah upload kat FB saya. kalau sudi nak tengok, silalah..

Hari ni dengan esok keje petang. Lusa cuti.. ehem.. cuti birthday katanyer :D mungkin duduk kat rumah je kut hari tu.. nak kemas kemas rumah :)

Petang ni kat tempat kerja, ada jamuan raya lagi. memang makan tak henti bulan ni.. Rezeki di bulan Syawal lah katakan :)

Ok guys, Jumpa di lain entry pula ye.. rehat sekejap sebelum bersiap ke tempat kerja.

XoXo..



Friday, September 9, 2011

Renungan untuk kaum adam..



WAHAI KAUM ADAM..
Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu.
Bawalah dia ke jalan Allah.
Nasihatilah dia.
Perbetulkan kesilapannya.
Jagalah dia dgn baik.
Kasihanilah dia.
Lindungilah dia.
Berilah kasih syg padanya.
Hargailah dia.
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya.
Bersabar dengannya.
Terimalah & cintailah kekurangannya.
Jd IMAM terbaik & redhalah padanya ♥♥


Thursday, September 8, 2011

Birthday wishlistku :)




Salam semua..
Hari ni entry gambar tuan belog jerr.. haha! takde yang penting sangat pun.. hehehe.. tak sesuai langsung kan.. sebenarnya just nak share apa yg saya wish kan utk my birthday tahun ni :)
birthday Mamayiyen adalah pada 14th of September every year :) please take note :)

Ni dia Birthday Wishlist Mamayiyen..
Harap harap termakbul salah satu atau salah dua..hehe..

1) Cincin whitegold yang baruuuu! i pakai saiz 18 uolls! jari gajah disitu :D

2) Wallet baru sebab wallet lama dah agak uzur sedikit :) itupun actually bday present 2009 :)

3) Nak something yang ada diamond sebenarnya.. contohnye subang berlian ke. cincin berlian ker. haha.. perasan sunggoh! ada ke orang nak bagi?? harapkan belas ihsan suami je la -___-

4) Perfume baruuuuu! (yang ni dah tertunai sebab sebelum balik dari beraya hari tu kakak saya dah belikan. macam tau tau jerr! Thanks Kats :)

5) Jam tangan baruuu! walaupun baru beli jam tangan tapi untuk peminat jam tangan yang tegar seperti saya ni. memang akan happy bila dapat jam.. berkenan dengan jam tangan ceramik actually.. ada berkenan dengan jam ceramic Fossil *_____* hmmmm...

6) Percutian bersama suami dan anak anak :) tak kira di dalam ataupun luar negara.

7) Handbag baruuuu juge! dah lama teringin merasa beg Gucci & Longchamp itteww :D

8) iPad2 katanyerr!

9) Majlis harijadi yang simple tapi saya duduk diam diam jer. tak bole buat keje sebab Birthday Girl kan.. hehehe... tapi nak hadiah jugak. *poyo*

Ok cukup setakat ini.. ada banyak lagi sebenarnya.. tapi kang uolls pengsan pula kan.. ini adalah birthday wishlistku. Berangan je lebih tau :) Sape2 yang malu nak wish Happy Birthday 14 Sept ni, atau nak alamat rumah sebab nak pos HADIAH, *ayat paling poyo* sila lah emailkan ucapan atau apa2 pertanyaan uolls ke email saya septembia1409@yahoo.com ok. tengok email pun dah tau bila birthday i. teehee!!


Sekian terima kasih. haha!

Love,
Mamayiyen.


Wednesday, September 7, 2011

My Hari Raya 2011


Ok. Janji harus di tepati.. Entry raya yang dah seminggu tertangguh ni harus ku siapkan hari ini juga.. enjoy reading ya!



Ni lah dia gambar kami sekeluarga masa beraya tahun ni. Semua gambar raya dah upload kat FB. so uolls boleh lah tengok yang lain kat sana ok. mak macam kemalasan nak up up kat sini sebab agak lembs gambar dia nak kena upload..



Kek lapis dari Sarawak yang adik saya beli sebelum dia balik beraya hari tu..



Rendang special kakak saya.. dia cakap ni rendang setahun sekali sebab masa raya je dia masak :D hehe..



Kakak iparku bersama Neidal :)



Last day berbuka puasa atau bagi orang Sabah, berbuka puasa dia panggil bersungkai :) Atleast dapat juga berbuka puasa dengan family walaupun tinggal sehari berpuasa..



Duit raya untuk anak anak buah dan of course untuk yiyeneidal :)



Ketupat yang di beli readymade dianyam tinggal nak isi beras je dalam dia.. dah lama tak buat kerja ni.. tapi memang best sebab sambil isi beras, sambil buat ketupat / gossipan.. hahaha!



Baju raya saya yang paling banyak :) Baju yiyen, papa dengan neidal raya pertama je saya iron.. yang selebihnya tak payah iron..so semua ada dalam almari..



Di pagi raya.. bukan senang dapat captured memori macam ni. that's why saya cepat cepat ambil gambar diorang masa bertuala ni.. kalau tak sekejap je nak pakai tuala terus buka..nak pakai baju..



Snap selagi diorang ni duduk diam.. kang susah dah nak duduk diam si Neidal ni..



Tabble set up untuk tetamu pertama datang hari tu... Kami makan di pagi raya kat dapur je..



Kek lapis yang dah siap di potong dan untuk dihidang untuk para tetamu..



Hasil ketupat yang kami isi beras semalam..



Amirah Zahirah & Neidal..



Sebelum ke masjid, adik saya dah siap settingkan ruang tamu untuk bergambar di pagi raya.. sesi photoshoot katanyer..



Amirah & Neidal lagi... Amirah cakap atiek Neidal tu atiek dia.. hehe atiek tu maksudnye adik :)



The cousins! kecuali Adam sebab masa ni dia gi masjid..sembahyang raya..



Girls in PINK!



Isi tangki bagi penuh dulu baru tak nangis masa photoshoot :)



Kan hensem tu :) berbaju melayu katanyer Alzreil Neidal kita ni..
Love u always ensemboy!



LOVE,
Mamayiyen..


Monday, September 5, 2011

Salam di bulan Syawal


Raya pertama with my ensemboy :)

Salam semua..
Tak tau macamana nak update post untuk raya ni. bukannya apa tapi gambar banyak sangat sampai tak tau mana satu nak share kat sini..

Nak upload guna iPhone ni pula boleh satu gambar satu entry je.

Uolls tau tak mcmana nak up gambar banyak2? kalau sudi, ajarin ok sebab saya budak baru belajar :)

Ketemu di lain lembaran..dada..


sent from my iPhone


Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya 2011



Salam semua..
Walaupun terlambat wish, mamayiyen nak juga wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011..

Balik ke Sabah tahun ni dan banyak sekali agenda. thats why blog pun tak sempat nak update :)

will update soon ok..
nak unpack dulu ye.. baru sampai dari Sabah ni..

Love,
Mamayiyen & Family.

sent from my iphone


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin