Monday, January 9, 2012

Dentist vs Farmer


Dah berakhir dah pun Perang Dapur Masterchef Malaysia semalam.. 
Dan telah diketahui umum yang Ezani seorang Doktor gigi telah menjadi juara Masterchef Malaysia yang pertama.

Saya memang peminat setia rancangan Masterchef ni. Kalau sesiapa yang follow saya di Twitter, @NooryatiTawith , sudah tentu terbaca tweet saya yang banyak ittew.. pasal #MasterChefMY :) setiap Sabtu - Rabu, memang tak pernah miss tengok Masterchef ni. pukul 9 malam mesti dah ada depan TV. kalau missed pun terus tengok keesokkan harinya pukul 12 tengahari. siaran ulangan.
harus tonton katanyerr!



Ok, berbalik kepada cerita pemenang, Cik Ezani, pada pendapat saya Ezani adalah salah seorang peserta yang sangat bernasib baik kerana selalu berada dikumpulan yang menang semasa ujian masakan berkumpulan. Oleh kerana itu dia tidak pernah berada di dalam ujian penyingkiran. Ezani sebenarnya adalah seorang yang agak pendiam semasa dalam pertandingan ni dan tidak berapa menonjol berbanding Brian (seorang peserta yang sangat talkative tapi suka cara dia cakap BM ) Ary, Shariah, Dina, Zamir, Zahin,Abg K, Wahidan, Felix,Amitha, Imelda dan lain lain...

Mungkin kerana itu, Nasib sentiasa menyebelahi Ezani. Berada di kumpulan yang menang dan selalu terlepas daripada ujian yang agak susah berbanding yang lain. Ini pendapat saya sebab saya tengok semua  episod Masterchef ni. Walaubagaimanapun.. pujian harus diberikan untuk Ezani kerana telah sampai ke tahap akhir semalam dan menjuarai pertandingan ini..

FYI, saya sangat berharap yang Wahidan akan memenangi pertandingan semalam :( almaklumlah orang kampung saya kan.. confirmlah sokong :)) BBKK! Tahniah untuk Wahidan walaupun tidak menjuarai pertandingan ini tapi dia juara di mata saya kerana kejujuran beliau semasa dalam pertandingan ini. Walaupun hanya seorang pekebun tapi beliau telah membuktikan yang dia boleh memasak dan mampu menjadi finalist Masterchef Malaysia yang pertama.

Mengambil kepada kata kata dia semalam..
"Dia seorang doktor dan saya hanyalah seorang pekebun, tapi saya dapat bersama dia di peringkat akhir"
tersentuh hati ini bila Wahidan cakap macam tu T_____T







Whatever it is, adat pertandingan memang ada yang menang dan ada yang kalah. Kita tunggu pula MasterChef Malaysia yang ke 2 ok. Manatau ada seorang jururawat pula nak join kan. Who knows :)


hiks!




No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin