Sunday, October 17, 2010

Glamer tak glamerrr? :p

A short update from Gateway Ballroom Pan Pacific KLIA for our Glamorous Anaesthesia Nite!! Glamer tak we olls?? hehehe..i pakai baju raye jer..tapi tudung baru dan heels baruuuu.. yang penting pandai mix and match kan..


sept & syai


Layan gambar kami yang anggun ni yer..i bagi satuuu jer dulu ok.. gambar lain nanti i upload yer..agak kebizian sekarang :)

Saturday, October 16, 2010

The Glam Nite..

Today is the day!
me n my bff become an event manager for our annual dinner
"Glamorous Anaesthesia Nite HPJ 2010"
tonite..



Hopefully everythings went smooth as planned..
kalau Angelina Jolie bisa datang ke dinner kami, lagi best! haha..
ni hanyalah gambar hiasan ye kawan kawan.. jangan terpedaya..



Venue: The Pan Pacific Hotel KLIA
Theme: Retro & Glam Nite!!

siap ada RED CARPET tu yang tak tahan..
tengok lah siapa yang incharge kan..hehehe..
uolls tunggu jer gambar2 dari ku esok or next week ok..

woohoo! malam ni dapat melaram dengan baju raya ku jer.. ramai nak sponsor baju tapi xcukup masa nak gi amik baju..
tapi xpe lain kali i pasti akan pinjam ye uolls..bff pun ada nak pinjamkan 3 pasang baju,tapi sedih semuanya agak ketats..huhu..i dah demuk :p
anyway thank you very much for the offer guys..
Love uolls!


Ensemboy demam..

Kesian sekali bila ensemboy ku demam..Gambar ni actually rabu lepas..masa gi klinik sebab ensemboy akan demam pada waktu malam je diikuti dengan batuk dan selsema..ubat dah ada tapi risau juga takut kena jangkitan lain..


Klinik yang dekat dengan rumahku..



Ensemboy yang demam didukung oleh si suami



di dalam klinik, menunggu untuk berjumpa doktor



ok dah siap jumpa doktor masa ni.tunggu nak amik ubat jer..malam tu nasib baik ensemboy xmeragam seperti malam2 sebelum nya..nyaris mengambil Emergency Leave sebab suhu badan dah dekat 39.0'C.Hari ni ensemboy dah beransur sihat tapi still batuk dan selsema..risau juga sebab mamanya akan conduct acara penting di jabatannya ~ Anaesthesia Nite malam ni..Aduhh..semoga semuanya berjalan dengan lancar.Amin.


Thursday, October 14, 2010

Pergi rumah Yaya..

Last Saturday we went to Denai Alam Shah Alam..
tempat dia memang cantik..almaklumlah pemajunya Sime Darby.. rumah memang vass!



Kami memenuhi undangan kawan mama hamil menawan ku Yaya untuk jamuan makan2 sempena raya dan rumah barunya..



Ini gambar ku di dalam toilet yaya :p sempat lagi tau..*pinjam toilet jap ye yaya*



Chocolate moist cake..sedap banget! order dari siapa yaya?



Ni lah dia si tuan rumah..dia dah turun 4 kilo berat badan semenjak pindah rumah sebulan yang lalu..terbaik lah yaya sampai berat pun turun. tapi tidak dinafikan pindah rumah memang memenatkan.. Thanks yaya sebab jemput kami ye.. saya terlupa amik gambar rumah & makanan except the cake :p sorry guys..


Tuesday, October 12, 2010

Jamuan Raya Di Tempat Kerja

Isnin lepas tempat kerjaku telah mengadakan jamuan hari raya untuk semua staff..
konsep catering dan potluck..
ramai yang bawak makanan hari tu..di tambah2 dengan catering lagi..
meriah la we olls!



ni dia deco last minit orang yang kerja malam hari tu..
hasil nukilan KCD dan BB :)
cayalah..walaupun banyak kes 'operasi' malam tu,tapi they olls sempat juga sediakan tempat untuk jamuan di pagi keesokkan harinya..



yeah!
dengan uniform kerja ku berjamuan..
kata tempat kerja kan..so memang pakai uniform lah :p
cupcake yang saya pegang tu adalah homemade dari sister ku
sila order dari dia di SINI memang sedap uolls!
kek pun dia buat ye..so sape2 nak tempah,dipersilakan..



woohoo!
Dr G yang sedang mengambil trifle sedap ittew!
jangan malu2 ye Dr G :)



Antara desserts hari tu..yang ni semua potluck dari staff..
paling i suka..pecal kak K..
uhhh sedap wo..hari tu juga i minta resipi dari dia..
lepas ni nak try buat sendiri..



eh eh malu2 pula Dr G ni..tadi dah nampak muka pun!
ha..banyak kan makanan we olls hari tu..
menu utama hari tu ialah nasi minyak,rendang,lemang,kari daging,dalca,acar
etc,etc..
saya pun dah tak ingat sebab memang makan je hari tu..
sampai balik kerja pukul 2 pun sempat lagi singgah makan round yang ke 3..



Adik I**** sedang memberikan pose sambil makan papadom di situ..
kelihatan Dr F sedang mengambil makanan...
sila sila jangan malu jangan segan..
jamuan ni untuk semua warga dewan bedah h** :)

memang kekenyangan lah hari tu..
tahun depan kita buat jamuan raya lagi ye uolls!

akhir kata..
selamat tinggal bulan Syawal..
selamat datang bulan Zulkaedah..



Sunday, October 10, 2010

Kisah Seorang Jururawat


Love a Nurse??


Buat renungan sahabat2 JURURAWATku... (luangkan masa seketika untuk membacanya)


"ish...tak ingin aku jadik 'nurse'.Pegang tahi org sakit!"
hmmmm...kadang2 aku terasa bagai termakan kata-kata sendiri.
padan muka.

kini,sekarang aku bergelar seorang jururawat.
mungkin Tuhan mahu aku mengerti dan belajar perasaan menjadi seorang yang bergelar JURURAWAT..

mulanya,profession ini ku pilih sebab 'last choice'
dan pastinya bukan di sebabkan minat..
tapi,bila mendalami bidang ini..aku mula jatuh cinta..

dengan profession ini,aku belajar banyak perkara..
kerana aku berhadapan dengan banyak ragam manusia..
bukan setakat ragam pesakit,tapi juga para doktor..

cuma kadang-kadang terkilan dengan sikap sesetengah orang,
menganggap jururawat sebagai "amah"
dalam hati ingin mengatakan
"kau ingat kau tu siapa??"

tapi,sabar mengatasi niat dihati..
tak sampai hati mengatakan hal sedemikan..
mungkin dia tidak berniat,sebab dia dalam keadaan sakit..

kadang-kadang berdepan dengan manusia yang..
"saya bayar maaa...saya punya suka laaa"
dalam hati ingin mengatakan
"kau bawa mati lah tu duit kau semua!"

tapi,dalam masa yang sama kesian juga..
mungkin dia tak tahu polisi-polisi,syarat2 yang dia tak boleh beli..hmmmm

tapi,
pernah juga air mata ku menitis...
menyaksikan isteri meninggalkan si suami,
anak bongsu meninggalkan keluarga pada hari jadi nya,
terharu melihat kegembiraan seorang lelaki akan bergelar ayah...

kadang sedih melihat seorang nenek tua tiada berteman...
kadang menyampah bila melihat lagak anak2 tak ingin menyentuh pakaian ibunya sendiri yang dibasahi air kencing "what the hell?".

ketika memberi bantuan kecemasan,
aku sering berdoa
"ya Tuhan,kembalikan lah nafas nya"

membantu sedaya mungkin...
biar pun badan sendiri sakit gara2 "chest compression" & "bagging"
tapi adalah satu kepuasaan kalau melihat 'dia' selamat...
dan turut bersedih jika Tuhan lebih sayangkan nya...



para doktor?
ada banyak spesis.
dan yang peliknya,jururawat terpaksa menghafal setiap habit,ragam,apa yg di sukai dan di benci oleh sang doktor..

para doktor ni baca buku yang sama,
tapi dengan cara masing-masing...

haishhhhh...
ada yg beri arahan hanya sekali,
di tanya kali kedua-melenting!
hish...pasang recorder baru tawww....

"tulisan Doktor"????
aduiiiii...mmg payah.
hanya beberapa sahaja yg memiliki tulisan yang boleh di tafsir..
bak membaca tulisan zaman purbakala..
kalau ada penafsir tulisan,kan baguss..

ada yang asyik nak cepat..
ntah apa yang di kejar..
kadang2 ada yang tak reti bahasa..
tapi,siapalah jururawat di mata doktor??
pembantu jerrr...

kadang2
ingin juga bagi tumbukan sulung di muka doktor nih...
nasib baik lah peraturan wujud..
ingat dia sorang saja yang patut difahami?

tapi,bukan semua doktor mcm tuu yaaa...
apa2 pun,hanya Jururawat faham perasaan seorang Jururawat.
so jadilah seorang Jururawat baru uolls tahu macamana perasaan Jururawat yang sebenar..


"don't judge the book by its cover"

renung renungkan.



Copypaste dari FB JURURAWAT MALAYSIA.

Saturday, October 9, 2010

I Need a Sponsor..pleaseeeeee

I need a "baju liplap" sponsor for our Annual Dinner this coming Saturday 16th of Oct..
Anybody??
kesian kan.. nak beli baju Rizman Ruzaini ni..tapi i tak mampu uolls..
tau tak harga dia RM3k untuk satu baju?
Sangat cantik tapi belum mencapai tahap kemampuan ku lagi..
jum layan baju2 rekaan Rizman Ruzaini ini..


Dato' Siti amat Gorgeous dalam rekaan RR
bahagianya kalau dapat pakai baju ni masa dinner sabtu ni..
tapi kalau bukan macam ni pun..i tak kisah..
janji liplap!



Rizman Ruzaini Collections..
terbaiklah!



Yang ni pun RR punya collections..
Comel dan ayu sekali Zahnita dengan koleksi ini..
Kalau dapat pakai baju ni alangkah bestnya!!
So sesiapa di luar sana yang berminat nak sponser daku...do email to

septembia1409@yahoo.com

i will promote your baju in my blog as soon as i dah pakai baju tu okeh...
Kalau xdapat sponser...tak glamerlah i malam tu...
huahhhhhhhhh....tolongggggg!

credits to RizmanRuzaini

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin