Thursday, April 10, 2014

Don't Be SAD



Sadness consumes us and takes up the time we could have used to be happy. Sure it’s a long stretch to say ‘don’t be sad’ knowing that it’s easier said than done, but the next time something saddens you, do the following:

1. Close your eyes. place your hand over your heart, that alone should remind you of your purpose. You were made to serve Allaah subhanahu wa ta’ala. You were made for so much, fulfill your duty by making the most of your time.     

2. Smile. It psychologically helps you feel a little better. Even if it’s not genuine or sincere, just smile.

3. Distract yourself by doing something else. If you’re thinking about your poor grades for example, think about Salaah and how you need to pray. Or perhaps go exercise or read a book.

4. Talk it out. Talk to yourself. Let it out, don’t vent to anyone, vent to yourself & complain to Allaah alone.

5. Remember Allaah. Remember what awaits you if you’re patient. Jannah inshaa’Allaah.

6. Remember death. Will this situation matter when you’re dying? It wont, death is the biggest obstacle, bigger than even what you’re going through.

7. Remember the death of the Prophet. He went through so much that could cause any person to become depressed and upset for life, yet he had trust in Allaah and always saw the good side of things.

8. Trust in Allaah. What is making you sad right now, wont continue on making you sad forever. Look back at all the other times you were sad, do they matter now? They wont matter in the future, so let go of it.

9. Find a lame joke and laugh at it. That’ll liven up your spirit.

10. Make duaa and lots of it. “Verily in the Remembrance of Allaah, hearts find rest.” & duaa and reading the Qur’aan are the best forms of remembrance.

11. Write a letter. If you hate writing, paint or draw something and focus on it. The more you focus, the smaller your problems appear to be.

12. Bake something you’ve never baked before.

13. Clean/ organize/ decorate your room/ home.

14. Play dress-up and play with your makeup!

15. Snap outfit shots!

...Remember,

repost from  AA

Wednesday, April 9, 2014

Dad & PET - CT Scan





Semalam, 8 April 2014 tarikh bapa buat prosedur PET Scan kat Hospital tempat saya berkerja. Tujuan prosedur ini di lakukan adalah untuk mengetahui staging Cancer bapa.

Berdebar nak tau keputusan hujung minggu ni atau minggu depan. Harap2 kanser bapa tak merebak ke mana2 & boleh dirawat. Keadaan bapa sekarang memang lemah. Batuk, rasa mual muntah, tak boleh tidur malam, takde selera makan & bapa nampak tertekan sangat :(

Sedih sangat melihat keadaan bapa macam ni. Bapa yang sekarang bukan lagi macam dulu. Kuat & tabah, sekarang lemah & kurang semangat. Dah banyak kali bagi kata2 perangsang & pujuk bapa untuk melawan kanser dia tapi keadaan bapa tak mengizinkan lagi buat masa ni.

Ya Allah ya Tuhan ku, Kau sembuhkan lah penyakit bapa ku ini ya Allah.. Amin ya rabbil alamin..


Thursday, April 3, 2014

Fight On!





Yeah!

Harini entry pasal OOTD. Taknak lah hari2 bersedih. Hidup mesti diteruskan. Banyak kata2 perangsang daripada kengkawan dan saudara mara.

So, Keep calm &  Fight On!

#FightForCancer #HelloApril


Monday, March 31, 2014

We FIGHT together DAD.





Lama sangat tak update blog. Ini adalah perkongsian saya mengenai ayah yang rasmi. Saya tak pernah lagi bagitau mengenai ayah kat FB, Twitter & Instagram apa sebenarnya yang ayah saya sedang alami sekarang. So sesiapa yang baca Blog ni, kira orang first yang tau pasal ayah. Saya cuma pernah beritahu yang ayah sakit tapi tak bagitau perkara sebenar :(

Siapa yang tahu simbol reben pink kat gambar ni mesti tau apa.

Ye, ayah saya telah didiagnoskan menghidap Kanser Paru-Paru sebulan yang lepas. Agak berat untuk beritahu semua ni. Tapi kena juga bagitau sebab ramai sangat yang bertanya.

Kami sekeluarga dah tau pasal ni, selepas pembedahan pertama ayah lagi iaitu VATS (Video assisted thoracoscopic surgery) . Selepas keputusan VATS keluar, Doktor jumpa ayah , mak dan semua ahli keluarga di Klinik Respiratori, QEH. Masa tu, saya dah balik KL. Memang pahit untuk dikenang kembali T____T

Masa tu adik bagitau. "It's POSITVE" Ayah ada Cancer.. Adik share gambar mak kat wechat. Mak menangis bila dapat tau ayah ada Kanser. Terasa gelap sekeliling. Semua broke down masa tu. Semua ahli keluarga bersedih. Saya pitam dalam tandas tempat kerja, nasib baik ada Doktor sambut saya daripada jatuh. Tapi cakap dgn kengkawan xmakan lagi. Konon2 pitam sebab hypo. Taknak bagi diorang sedih. Masa tu menangis teresak esak sebab dah tau ayah ada Kanser. Tak boleh berdiri masa tu. Tuhan saja yang tau perasaan saya ketika itu.

Sedih yang teramat sedih tak dapat digambarkan.Kalau la boleh dipindahkan penyakit tu kat saya :(

Tapi adik bagitau, ayah nampak tabah. Dia langsung tak menangis. Ayah diam je masa tu. Lepas dapat tau pasal tu, terus sms ayah, yang ayah kena tabah. Sedangkan dia tak tau yang anak dia ni yang tak tabah sebenarnya. Tak sanggup call ayah masa tu sebab saya tau yang saya tak cukup kuat untuk tahan menangis. Ayah siap pesan, buat masa ni jangan bagitau sesiapa dulu. Ayah takut saudara mara dan lain2 terkejut dengan berita ni.

Harini dah dekat sebulan ayah suffering from Lung Cancer. Keadaan ayah nampak teruk disebabkan batuk berpanjangan sejak dari hari pembedahan hingga ke hari ini.

Ayah tak dapat tidur dengan baik. Sehari dapat tidur dalam 3 jam je. Selebihnya batuk non stop. Berat badan pun susut dengan mendadak. Kurang selera makan & kadangkala taknak makan. Sedih sangat dengar adik, mak, abang & kakak ipar cerita. Tak sanggup tengok ayah sengsara macam tu. Adik bungsu dapat ambil cuti tanpa gaji buat masa ni. Nasib baik permohonan dia diluluskan. Alhamdulillah.

Kadang - kadang masa kerja, teringat ayah, sampai kerja pun tak berapa menentu. Rasa nak berhenti kerja pun ada. Baik jaga ayah. Bila lagi nak berbakti kepada ayah sendiri. Penat2 je belajar jadi staff nurse T_____T

Saya yang di kejauhan ni, tak tau apa nak buat. Jumaat lepas, review ayah ke QEH lagi, Adik bagitau yang ayah kena buat Prosedur PET Scan kat hospital tempat saya berkerja. Alhamdulillah. Dapat jumpa ayah minggu ni. Tapi ayah kena kuat untuk naik flight. Tekanan udara di awan biru amatlah rendah. Risau pula , InsyaAllah ayah ada surat kebenaran menaiki Flight & membuat rawatan susulan di sini nanti.

Hopefully ayah kuat semangat untuk melawan Kanser. Tak sanggup tengok ayah macam ni hari hari. Saya akan cuba tolong ayah setakat yang termampu. Niat nak refer ayah ke Institut Kanser Negara. InsyaAllah..

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Saya akan update lagi mengenai progress Ayah nanti. InsyaAllah.


Together we FIGHT for Cancer!!
Be strong DAD!
We're all with you.


Saturday, March 15, 2014

Sedikit update mengenai pembedahan bapa.



Salam semua,

Bapa saya telah Discaj dari wad, Hospital Queen Elizabeth II, selepas Pembedahan kedua Khamis lepas ( 6 Mac 2014 )  Ayah saya telah menjalani pembedahan major iaitu Lobectomy ( mengeluarkan 1/3 daripada paru2 kanannya ) Bapa telah masuk wad pada 5 Mac 2014 & keluar wad pada 15 Mac 2014. 11 hari dalam wad termasuk CICU.

Nanti saya akan update lagi mengenai pembedahan bapa saya bila ada kelapangan yang panjang.
Buat masa ini, penjagaan yang rapi harus diambil kira untuk bapa saya. Pemakanan dia pun perlu dijaga.

InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar lepas ni.

Love,
Mamayiyen

Saturday, March 8, 2014

Dad Second operation.





Salam semua,
Alhamdulillah, Bapa saya telah selamat menjalani pembedahan Khamis lepas di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

Sekarang berada di CICU lagi untuk pemerhatian rapi. Kemungkinan besar akan transfer ke wad harini. Doakan untuk bapa saya ok.

Info Gambar : Adik saya yang baru sampai dari USA sempat berjumpa dengan bapa sebelum pembedahan. Nasib baik sempat. Dapat naikkan semangat bapa. Alhamdulillah. #terharu


Saturday, March 1, 2014

Dad Discharge from Hospital.





Salam Sabtu semua.

Lama sangat tak update blog selepas bapa buat operation 12hb Febuari lepas. Bukannya apa, cuma saya diserang demam selsema yang teruk atau dengan istilah medicalnya "Acute Pharyngitis" :Jangkitan pada pharyngs

Tekak pedih gila. Batuk berkahak, berhingus non stop , gatal tekak , demam panas etc. Dah la dengan cuaca kering sekarang ni. Memang bertambah tambah lah susah nak baik sakit saya ni. InsyaAllah esok, habis makan antibiotik & hopefully sihat lepas ni.

Berbalik kepada keadaan Bapa saya pula, Bapa telah discaj dari Hospital Queen Elizabeth II, Selasa lepas ( 18hb Feb 2014 ) Telah pulang ke rumah untuk berehat dan akan mulakan rawatan susulan Jumaat ni ( 7hb Mac 2014 )

InsyaAllah saya akan balik minggu depan untuk menemankan bapa sebelum rawatan tersebut. Doakan yang baik2 untuk bapa saya. Semua dah boleh terima keadaan ayah sekarang. Walaupun sangat perit untuk ditelan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul :(

Sayang BAPA.


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin