Hari ini, Sebelas haribulan November dua ribu empat belas [ 11.11.2014 ] Allahyarham Bapa, Haji Tawith Bin Haji Sungkit, genap berusia 60 tahun.
Hati tidak mungkin akan bergembira seperti tahun tahun lepas lagi.
Hari yang kami semua adik beradik tunggu setiap tahun terasa hambar harini. Pertama kali tarikh 11.11 tanpa Bapa tersayang. Selalunya ada kejutan ataupun paling tidak, kiriman ucapan dari kejauhan.
Kebiasaannya masuk saja detik dua belas malam 11hb 11, saya akan terus sms / wechat Bapa bagi ucapan "HAPPY BIRTHDAY PA, I LOVE YOU. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki" Dan sudah pasti saya akan wish Bapa juga di FB , Instagram & juga Blog.
Dan saya akan dapat balasan / reply. "Thanks for the Birthday wish Ngo. Bapa sayang semua anak anak Bapa"
So, harini bila tidak dapat buat semua tu, perasaan terasa kosong. Tidak mahu terlalu bersedih dengan
kehilangan Bapa yang sudah masuk bulan ke 7 ini. Dan saya tahu mama , adik beradik lain mesti tengah melawan perasaan bersedih masa ni. Dan saya juga tahu yang saya akan terus tewas melawan perasaan bersedih ini.
Seawal pagi tadi, bertubi tubi mesej Wechat family masuk dalam HP. Saya tak sanggup baca lagi sebab saya tau harini Harijadi Bapa. I knew they'll post something yang akan mengganggu emosi saya. Maksud saya ayat-ayat yang akan buat saya sedih. Oleh kerana masih dalam keadaan bekerja sehingga jam 7pagi. Bila kawan shift pagi sampai, takeover kes & siap pass report. Tukar baju OT ke Uniform, saya melangkah longlai ke kereta. Belum sampai kereta, saya nampak seseorang macam susuk tubuh badan bapa sedang berjalan depan Hospital dan sedang pakai baju sama macam baju bapa. Baju warna hitam lambang kuda merah. Baju RL hadiah father's day dari kami utk Bapa beberapa tahun lalu. Airmata terus menitik laju. Kenapa saya nampak semua tu? Sampai dalam kereta, terus check msg Wechat family.. Menangis sepuas puasnya dalam kereta. Sebab memang apa yang saya sangka betul. Kesemua ahli keluarga ucap Selamat harijadi Bapa berserta gambar2 gembira kami dengan Bapa selama ini. Semua sedang bersedih..
Terbaca pula post Adik Yohana di FB mengenai Harijadi Bapa harini, lagi membuatkan saya tak berhenti menangis dalam kereta. Setelah beberapa ketika, tarik nafas panjang dan teruskan memandu balik ke rumah dengan perasaan yang sebak.
Malam semalam saya kerja malam terakhir utk shift malam, dan hari ini night's off. Selalunya kalau kebetulan saya cuti masa birthday Bapa, saya dah plan siap2 untuk balik ke Sabah atau Bapa & mama akan datang KL untuk sambut Harijadi Bapa. Bukan menyesali takdir ini tapi hati sayu sekali. Without fail, setiap tahun kami akan bagi Bapa satu atau dua hadiah istimewa sempena harijadi dia. Sayalah yang selalu jadi ketua planning apa hadiah nak bagi Bapa. Bincang dlm wechat & buat collections adik beradik. Bila Bapa dapat hadiah tu, pasti Bapa tersenyum dan akan cakap sesuatu yang akan buat kami juga tersenyum.
Itulah kegembiraan. The meaning of Love. Siapa pernah buat ni, pasti paham maksud kepuasan menggembirakan seseorang.
Sorry semua, Pada permulaannya, taknak tulis panjang panjang harini tapi, tertulis juga. Laju je jari ini menaip. Gambar di atas adalah gambar minggu lepas masa saya balik Sabah. Perkara pertama yang saya mesti buat kalau balik Kota Marudu, adalah melawat pusara Bapa. Perasaan bila balik kampung halaman tanpa bapa menyambut di Airport amat sedih saya rasakan sebenarnya. Selalunya bapa akan tunggu di luar pintu kereta sambil tersenyum, saya akan salam tangan bapa & bapa akan cium dahi dan angkat Beg saya untuk diletakkan di dalam bonet kereta. Bapa akan terus tanya, sudah makan Ngo? Kalau belum makan, kita singgah mana2. Selalunya hentian yang kami akan singgah sebelum balik KM dari KK ( jikalau sampai lewat malam
dari KL ) adalah McDonald dekat University Condo Apartment. Depan One Borneo. Sambil Bapa isi minyak kereta, kami akan makan di McDonald & teruskan perjalanan balik Kota Marudu.
Sedih kan.. Apa lagi yang amat saya terasa sekarang adalah, apabila setiap hujung tahun atau cuti sekolah, Bapa mesti akan rancang sesuatu untuk Family gathering samaada ke tempat2 riadah / pelancongan untuk semua ahli keluarga. Bapa begitu pentingkan semangat kekeluargaan. Bapa mahu kami semua bersatu dan gembira. Walau se simple2 jalan2 ke tepi pantai, mandi sungai ramai-ramai ataupun tidur di Kinabalu Park melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Itu sudah cukup bererti untuk kami semua untuk bersama walaupun sekejap. Sebab kami adik beradik tinggal berjauhan. Selalunya Saya dan adik, Yohan lah yang agak susah untuk balik kampung. Walaubagaimanapun, InsyaAllah akan kami teruskan juga tradisi berkumpul satu keluarga ini walaupun tanpa Bapa. Kerana kami tahu Bapa pasti akan gembira melihat ini semua.
Semalam, Yiyen bagitau saya yang dia bermimpi jumpa Atuk, Yiyen ceritakan yang Kami semua satu keluarga ( mama, bapa, adik beradik, cucu, menantu ) berada di satu kawasan luas macam di lereng bukit, Berjalan2 dan naik bukit. Lepas tu Yiyen bagitau yang semua dapat salam dan peluk Atuk satu persatu sebelum Atuk bagitau yang dia hendak pergi. Sebak saya dengar masa Yiyen cerita semalam. Mungkin Bapa ingin berjumpa kami semua sempena Harijadi dia yang ke 60 ini. Sobss..
Dihari yang berbahagia ini, saya memohon dari semua agar dapat sedekahkan AlFatihah atau bacaan Yassin untuk Bapa dan mendoakan kesejahteraan Bapa di Sana. Itu sajalah yang kita di alam ini dapat berikan untuk Bapa di alam Barzakh sekarang. InsyaAllah. Untuk semua, ucapkan perasaan sayang anda kepada Bapa, mama, adik beradik, saudara mara & kawan-kawan sebelum terlambat. Sebab kita tidak tahu mungkin esok kita tidak dapat nyatakan lagi perasaan itu setelah dia tiada. But i'm glad i did it to Dad. Dan semua orang tahu. Once again,
Pa, I LOVE YOU. And you know that.