Friday, July 31, 2015

Handbag Baru!





Lamanya tak update kat Blog pasal Handbag baru kan.. hehe. Cantik x handbag baru saya? Eh tak pernah nampak kita pakai handbag ni?




By the way, memang pun. Ni handbag adik ipar kita. Kita pakai untuk bergambar je. Feeling feeling che Ta bila pakai handbag ni tau! Awww.. 

Ok itu je nak cerita harini. Walaupun sebenarnya banyakkkk nak bagitau. Esok esok je lah ye. Tata.. 

Tuesday, July 21, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015!

Salam semua, Mamayiyen nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua pembaca blog ni. Maaf sebab dah lama tak update. InsyaAllah akan update as soon as possible ok. Raya tahun ni balik Terengganu :) 

Saturday, July 11, 2015

Sahur dengan penuh kebaikan bersama Horlicks di bulan Ramadhan

Siapa pernah sahur dengan Horlicks? Angkat tangan!

Ye saya pun. Dan Horlicks adalah kegemaran kami seisi keluarga untuk bersahur kerana Horlicks berkhasiat dan mudah disediakan. Anak saya seawal usia tujuh tahun sudah mula berpuasa penuh dan tidak pernah ponteng puasa Sejak tahun 2010 sehingga ke harini ( InsyaAllah ) Anak saya sekarang berumur 11 tahun. Bersahur dengan Horlicks memang terbaik!

Baru baru ini, Horlicks telah mengumumkan pelancaran Kempen Ramadan Horlicks, #SahurDenganHorlicks, satu inisiatif yang bertujuan untuk mendidik ibu bapa dan anak-anak mereka mengenai kepentingan mengamalkan puasa yang sihat dan memulakan hari mereka dengan sahur yang berkhasiat.


11401073_575942065880951_6229235355408300810_n


Horlicks percaya bahawa kempen itu mempunyai satu pendekatan yang unik ke dalam bulan puasa kerana ia memberi tumpuan kepada “sahur”, hidangan yang dimakan oleh orang Islam sebelum subuh. Ia adalah makanan yang penting untuk menyediakan pemakanan untuk mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari pada bulan Ramadan.





Ia amat penting untuk kanak-kanak yang mula berpuasa buat kali pertama kerana mereka akan belajar untuk membangunkan rasa disiplin di sepanjang bulan Ramadhan. Walaupun puasa memberikan beberapa faedah kesihatan untuk orang dewasa, ia boleh secara fizikal “melemahkan” kanak-kanak yang berada dalam fasa pertumbuhan yang pesat. Oleh itu, adalah penting untuk mendidik anak-anak mematuhi disiplin agama dengan cara yang sihat melalui pengambilan makanan mereka





Dua hidangan Horlicks akan memberi manfaat pemakanan sihat kerana ia mengandungi lebih daripada 80% daripada vitamin A, B1 dan B2 Reference Nutrient Intake (RNI) harian dan 72% daripada Zinc RNI. Ia membantu untuk membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk menyokong keperluan nutrisi keseluruhan kanak-kanak.

Bagi menyokong kempen ini, halaman Facebook rasmi Horlicks akan berkongsi tip-tip menarik untuk Ramadhan dan memperkenal resipi Ramadhan / Hari Raya yang berguna bagi membantu ibu-ibu menyediakan hidangan mudah untuk anak-anak mereka.






Minum secawan Horlicks semasa sahur akan membekalkan anak-anak dengan sumber serat pemakanan baik yang diperlukan. Serat boleh membantu untuk menyokong sistem penghadaman mereka yang selalunya puasa boleh meningkatkan tahap keasidan perut. Kekurangan serat akan menyebabkan perasaan terbakar dalam perut akibat pengumpulan asid. Jumlah serat yang tepat akan mengimbangi tahap keasidan dalam perut dan melambatkan rasa lapar, dengan mewujudkan rasa kenyang.
Horlicks melengkapi nilai pemakanan yang diperlukan kerana ia adalah sumber yang kaya dengan serat pemakanan. Pada masa yang sama, Horlicks juga diperkaya dengan Kalsium , Vitamin D, Asid Folik, Multi-Vitamin dan Mineral yang diperlukan untuk membantu mereka berjaga-jaga di sekolah sepanjang tempoh puasa dan menyokong pertumbuhan mereka secara keseluruhan.




    “Horlicks has 23 essential vitamins and minerals for a daily wholesome nourishment”

Orang ramai juga boleh berkongsi resipi sahur inovatif mereka dengan memuat naik gambar ke platform media sosial mereka dengan menggunakan hashtag #SahurDenganHorlicks. Para ibu juga dijemput untuk mengemukakan pengalaman berpuasa menarik anak-anak mereka di laman Facebook.

Pertandingan media sosial ini akan berjalan sepanjang bulan Ramadhan dan 5 penyertaan terbaik akan dipilih  untuk memenangi hadiah SATU TAHUN barangan produk Horlicks. Pertandingan ini berlangsung dari 18 Jun – 16 Julai 2015.

Boleh layari Online video berkenaan Horlicks disini ( Ilham's Ramadhan memories ) https://www.youtube.com/watch?v=8BVVImB208g

Untuk maklumat lanjut mengenai Horlicks, sila layari http://www.horlicks.com.my/my atau https://www.facebook.com/HorlicksMalaysia.




Advertisement

Blog Widget by LinkWithin